Malah, ada juga netizen menyarankan supaya Leona berubah menjadi seorang gadis yang lebih matang seiring dengan peningkatan usianya.
“Awak perlu juga mendewasakan dan mematangkan diri. Kematangan mempunyai kaitan dengan kecerdasan dan keupayaan untuk belajar berdasarkan pengalaman,” kata seorang pengguna Twitter.
Dalam pada itu, Leona juga diminta untuk berehat buat sementara waktu daripada bermain media sosial supaya dirinya berasa lebih tenang berdepan dengan kecaman masyarakat.
“Apa kata berehat sementara daripada melayari media sosial. Percayalah dengan cara ini boleh memberi impak kepada diri kita sendir,” cadang seorang netizen.
Sebelum ini, Leona kerap menjadi mangsa kecaman netizen kerana tindakan beraninya berkongsi foto dengan berpakaian seksi.
Penampilan tersebut mengundang rasa kurang senang dalam kalangan netizen yang menganggap gadis itu tidak sensitif berkaitan hal agama.
Sumber: Kosmo! Online, Twitter Leona