|
Nama Asyraf Khalid dan Tya Ariffin tiba-tiba menjadi perhatian netizen selepas ada individu yang mendakwa pasangan suami isteri itu yang menunjukkan sikap bertentangan dengan apa yang ditunjukkan di media sosial.
Menerusi ciapan yang dihantar oleh seorang pengguna Twitter, pasangan itu didakwa 'propa' dan berlakon alim.
Tampil menyangkal dakwaan itu, Asyraf ketika dihubungi berkata, dia cuba menjaga hati semua orang yang ditemuinya selagi mampu berbuat sedemikian.
"Kalau setahu saya, saya cubalah sedaya upaya untuk hormat semua orang. Tapi, kalau secara tak sengaja tak tau lah.
"Tapi, kalau saya ada terguris hati sesiapa tanpa sedar, saya minta maaflah," katanya.
Sumber: Gempak |
|