CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1311|Reply: 7

Bekas Siak Masjid Jadi 'Tiktokers' Popular

[Copy link]
Post time 4-7-2023 11:56 AM | Show all posts |Read mode
Tidak pernah terfikir bergelar pempengaruh media sosial atau TikTokers, Muhamad Ilyas Asyraf Mat Ali atau dikenali sebagai Aaabias, 28, mendedahkan gelaran itu hadir bersama tanggungjawab besar.


TikTokers kelahiran Kampung Bukit Lanchong, Shah Alam itu berkata, awalnya dia hanya leka menghasilkan video tarian ketika mula-mula berjinak dalam dunia TikTok, dua tahun lalu.


Namun, katanya, pertemuan secara tidak sengaja di sebuah masjid dengan seorang kanak-kanak yang boleh meniru tariannya membuka mata Aaabias bahawa setiap tindak-tanduknya dalam platform media sosial itu memberi impak kepada kanak-kanak.






"Timbul rasa bersalah kerana kanak-kanak mengikut perlakuan tidak baik, apatah lagi ia dilakukan dalam masjid. Saya diterpa rasa malu apabila jemaah lebih berusia memerhatikan sahaja aksi kanak-kanak berkenaan.


"Sejak itu, sebelum memuat naik kandungan, saya fikirkan kesan kepada pengikut, khususnya kanak-kanak. Jika kita lihat sekarang, kebanyakan kanak-kanak memiliki telefon bimbit dan suka menonton TikTok.


"Jadi, saya tidak mahu mempengaruhi pengikut dengan perkara tidak elok," kata Aaabias yang finalis kategori TikTokers Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-35.


Bekas siak masjid dan pengawal keselamatan di sebuah masjid di Seksyen 28, Shah Alam itu berentap dengan TikTokers lain seperti Aleya Zailan, Hafiz Mahamad, Sally Who dan Ustaz Ahmad Yusof.


Aaabias berkata, kandungan dihasilkan kini lebih menjurus kepada masakan dan makan angin, tetapi sesekali tetap memuat naik isi kandung 'mengarut' untuk menarik pengikut.


Bagaimanapun, katanya, setiap kandungan perlu diselang-seli bagi memastikan pengikut tidak bosan.





Selain itu, Aaabias berkata, sebagai pempengaruh, dia tidak mengejar populariti, sebaliknya setiap kandungan dihasilkan lahir daripada hati yang ikhlas.


"Keikhlasan penting, jika sibuk mengejar populariti saya rasa tidak seronok kerana kandungan tidak dihasilkan dengan sepenuh jiwa, sebaliknya terpaksa.


"Saya tidak pernah menyangka boleh sampai ke tahap kerana tujuan menyertai TikTok hanya untuk berniaga suatu ketika dahulu.


"Namun, daripada mengambil alih akaun orang dan menjual pakaian 'bundle', saya kini sudah memiliki jenama sendiri dengan menjual jersi, kurta, pakaian kasual dan banyak lagi," katanya.


Sebelum ini, kata Aaabias, dia menggunakan dialek biasa, tetapi sejak menggunakan bahasa utara, jumlah pengikutnya bertambah kerana pengguna TikTok sukakan kelainan.


Sejak itu, katanya, bahasa utara terus melekat digunakan sehingga hari ini.


"Saya memang tidak kekok menggunakan bahasa utara memandangkan ibu berasal dari Perlis," katanya.


Mengulas peluang menggenggam trofi TikTokers Popular, Aaabias juga anak sulung daripada lima beradik menyerahkannya ke tangan rezeki.


Aaabias melihat Sally Who sebagai pencabar terdekat juga tidak pernah menyangka namanya berjaya mara ke kelompok Top 5.


"Jujurnya, saya memang tidak ambil tahu langsung mengenai pencalonan ketika disenaraikan dalam Top 20. Saya terkejut dan rasa tidak percaya apabila ada rakan memaklumkan nama saya membolosi senarai Top 5.


"Kalah atau menang, saya serahkan kepada rezeki. Jika menang, Alhamdulillah. Namun, seandainya tewas, tidak mengapa kerana tiada rezeki saya," katanya.




Sumber: BH Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2023 12:30 PM | Show all posts
malu la dulu ahli masijd skang ahli neraka..agitchuuu
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 12:42 PM | Show all posts
dia ni rase diri dia lawak sangat.. padahalllll
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Kira ok dia ni, x munafik, jd diri sndri...bukan mcm org lain yg depan org berserban, brjubah ttup bagai tp rupa2nya bapak setan.
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 03:23 PM From the mobile phone | Show all posts
semoga kau menang la dik asalkan content jgn ada unsur2 syirik dab pastikan menutup aurat...nnt dh dpat rezeki lebih tu buat la kenduri kesyukuran...dpt juga berkongsi rezeki dgn orang rmai
Reply

Use magic Report

Post time 4-7-2023 04:06 PM | Show all posts
dia meniaga kan kt tiktok
laku jugak baju2 dia
content dia pon best jugak cara dia buat video apa semua tu
menarik la
adik2 dia pon keje jual baju sekali dgn dia
dari live atas kabin je sekarng dh boleh sewa rumah kt BSP utk bisnes dia
bgus la bab tu kan bisnes ada perkembangan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-7-2023 10:16 AM | Show all posts
bukan dia dah gunting rambut ke

nampak helok sikit

dulu tagline dia 'samsung ahhh' tu kan

lama tak lalu fyp
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2023 12:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh bdk ni yg jual baju2 bundle tu kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 06:55 PM GMT+8 , Processed in 1.026300 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list