Tambahnya lagi, ada juga drama yang mempertaruhkan nama-nama besar dalam industri tapi tidak ke mana.
Oleh itu, dia berharap dengan perkembangan ini, bajet untuk drama boleh digunakan untuk pembangunan skrip serta kos pembikinan.
"Untuk semua bakal-bakal bakat baharu, saya harap perkembangan ini memberi harapan pada kalian. Bukan semua projek drama yang ada sekarang stesen concern pasal jumlah follower kalian.
"Yang penting sekarang adalah skill lakonan dan attitude. Muka pecah rumah sekali pun tapi kalau korang ada aura atau screen present yang kuat, insya Allah korang adalah bakat yang kita cari.
"Dalam Budak Hostel Otaknya Sewel pun Radiusone dah start guna khidmat unknown faces yang biasa-biasa sebagai pemain utama," katanya.
Menerusi komen-komen yang ditinggalkan warga maya, ramai yang memuji mutu lakonan barisan pelakon drama tersebut.
Sumber: Gempak