CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1703|Reply: 0

Peserta Miss Universe Indonesia dakwa diminta tanggal pakaian dalam

[Copy link]
Post time 9-8-2023 02:44 PM | Show all posts |Read mode

PERTANDINGAN Miss Universe Indonesia berakhir 3 Ogos lalu. FOTO Facebook

Jakarta: Enam peserta pertandingan Miss Universe Indonesia memfailkan aduan kepada polis, mendakwa penganjur melakukan gangguan seksual apabila mereka diminta menjalani 'pemeriksaan badan' tanpa baju, kata peguam mereka pada Selasa.

Polis mengesahkan bahawa peserta memfailkan laporan itu dan ia akan disiasat, lapor The Straits Times yang memetik Reuters.

Pertandingan ratu cantik itu diadakan di ibu negara Jakarta dari 29 Julai hingga 3 Ogos.

Peserta terbabit berkata, penganjur meminta lima daripada mereka menanggalkan pakaian dalam untuk pemeriksaan fizikal di dalam bilik dengan lebih 20 orang turut berada di situ, termasuk lelaki.

Mereka kemudian diambil gambar dalam keadaan sedemikian, kata peguam peserta itu, Mellisa Anggraeni.



Peguam itu berkata, tiada keperluan untuk pemeriksaan sedemikian dan justeru itu, enam peserta itu memfailkan aduan.

Pertubuhan Miss Universe dalam satu kenyataan pada Selasa berkata, pihaknya dimaklumkan mengenai dakwaan itu dan ia sedang meneliti perkara berkenaan.

"Miss Universe memandang serius dakwaan gangguan seksual. Menyediakan tempat selamat untuk wanita adalah keutamaan Pertubuhan Miss Universe," katanya.

Seorang pengadu memberitahu pada sidang akhbar yang disiarkan oleh saluran berita Kompas TV, bahawa dia diminta untuk bergambar secara tidak wajar, termasuk dengan melebarkan kakinya.

"Saya rasa seperti sedang diintai. Saya sangat keliru dan tidak selesa," kata wanita yang tidak disiarkan namanya itu dan penyiar televisyen turut mengaburkan wajahnya.

Reuters cuba menghubungi syarikat yang mengendalikan pertandingan Miss Universe Indonesia, PT Capella Swastika Karya, dan pengasas syarikat itu, Poppy Capella, melalui akaun media sosial mereka, tetapi tiada respons.

Reuters tidak dapat mencari butiran talian hubungan untuk jurucakap syarikat. Pertubuhan Miss Universe juga tidak segera menjawab permintaan menerusi e-mel untuk komen mengenai dakwaan itu.

Jurucakap polis Jakarta, Trunoyudo Wisnu Andiko berkata, laporan daripada peserta diterima pada Isnin, dan ia akan disiasat.

Kumpulan agama di Indonesia, negara dengan penduduk Islam paling ramai di dunia, pada masa lalu membantah pertandingan ratu cantik.

Taikun media selebriti Thailand dan peguam bela hak transgender, Jakapong 'Anne' Jakrajutatip membeli Pertubuhan Miss Universe pada harga AS$20 juta (kira-kira RM91.6 juta), tahun lalu.

Pertandingan di Jakarta diadakan untuk memilih penyertaan Indonesia untuk pertandingan Miss Universe tahun depan yang akan diadakan di El Salvador, akhir tahun ini.

Pertandingan oleh Pertubuhan Miss Universe, yang kini dimiliki bersama oleh Donald Trump antara 1996 dan 2002, berlangsung sejak 1952.


Disiarkan pada: Ogos 9, 2023 @ 11:23am



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:27 PM GMT+8 , Processed in 0.362389 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list