View: 6547|Reply: 24
|
Bergomol Ganas Belasah Kawan, Individu 20 Identiti Beri Penjelasan
[Copy link]
|
|
Tular di media sosial rakaman menunjukkan seorang wanita dipukul oleh seorang individu selepas video kejadian dimuat naik oleh rakannya di Instagram Story pada Jumaat malam.
Video tersebut kemudian dikongsi semula oleh beberapa akaun lain di Twitter sehingga mengundang kemarahan warganet terhadap individu yang ‘mengganas’ itu.
mStar menghubungi Belle atau nama sebenarnya Ain Nabila Natasya bagi mendapatkan komen mengenai video tular menunjukkan dia memukul wanita itu yang bernama Mia.
Belle sebelum ini tular selepas mengaku didiagnos menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID)dengan mendakwa memiliki 20 identiti, termasuk lelaki walaupun dilahirkan sebagai wanita.
"Apa yang dipaparkan dalam video, itulah yang berlaku. Betul, saya menderita penyakit DID. Video tu dimuat naik oleh rakan Mia iaitu Meera.
"Sewaktu kejadian, yang memukul Mia adalah alter saya (identiti alternatif) iaitu Nae'em Harith yang juga teman lelaki Mia sebab dia dah lima kali curang dan kantoi ada lelaki lain.
"Jadi dia (Nae’em) datang ke rumah Mia untuk pulangkan barang Mia dan putuskan hubungan. Nae'em berdepan dengan Mia, cuba dapatkan penjelasan sama ada cerita (curang) betul atau tak,” dakwanya.
Menurut Belle yang kini berusia 24 tahun, pada masa itu dirinya (Nae'em) berasa dikhianati dan mahu segera beredar namun dalam masa sama mula berang dengan reaksi Mia.
Seperti mana dilihat dalam rakaman, 'Nae'em' mula bertindak di luar kawalan dengan melempang Mia sehingga mencetuskan pergelutan antara mereka berdua.
Bagaimanapun, dakwa Belle, ketika memukul Mia, dia sebenarnya 'dikawal' oleh Ryan Adam, satu lagi personaliti dirinya yang lain.
Tangkap layar perkongsian di Instastory Meera.
"Ryan Adam yang tampar Mia sebab sebelum ni Mia selalu ugut alter (teman wanita Ryan) yang lain. Apabila dia baran atau marah, dia rasa macam nak guna kekerasan,” dakwanya.
Mengakui apa yang dilakukan adalah salah, Belle, sebagai berkata dia tidak akan memberikan alasan lain bagi membela diri berhubung tindakannya terhadap Mia.
Jelas Belle lagi, ketika cuba meloloskan diri daripada dicengkam Mia, dia juga mengalami kecederaan.
"Video penuh mengenai kejadian masih ada pada saya. Tindakan Ryan memang dayus sebab pukul Mia. Salah tetap salah. Siapa naik tangan dulu patut dipersalahkan.
“Pada bahagian muka saya ada kesan cakar dan dekat septum bahagian bertindik tu terkoyak sebab bergaduh. Kesan cakar tu menyebabkan penuh darah pada tisu disebabkan luka,” katanya.
Belle mendakwa dia tidak menonton atau melihat hantaran dibuat oleh rakan Mia atau mana-mana individu lain yang memuat naik semula video tersebut.
Belle yang mengakui kesilapannya dan beberapa 'individu' dalam dirinya lagi berkata dia hanya ingin menceritakan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.
"Saya bagi penerangan dan penjelasan dari pihak saya saja. Saya tak akan berikan alasan apa-apa, tak akan bercakap apa-apa untuk bela diri sendiri dan alters.
"Saya percaya isu ini hanya perlu diselesaikan antara dua orang saja tapi memandangkan pihak sana pilih untuk viralkan, saya memang tak boleh buat apa-apa. Itu pilihan dia dan benda pun dah jadi.
"Jadi saya bertanggungjawab dan bersedia untuk menghadapi akibat daripada apa yang saya lakukan. Ini bukan kali pertama viral fasal benda tak elok jadi dah terbiasa. Terpulang nak percaya atau tidak," ujarnya.
Secara amnya, DID ialah keadaan kesihatan mental di mana seseorang yang mengalami gangguan berkaitan mempunyai dua atau lebih personaliti berasingan.
Identiti yang terbentuk itu akan mengawal tingkah laku penghidap pada masa yang berbeza.
Sumber: mStar |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa rasa nak tergelak baca artikel ni [em:23:] |
|
|
|
|
|
|
|
Nama-nama nk kokesen je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Self diagnosed ke dekkkk...
Brapa byk real case of DID ko bace tuuu |
|
|
|
|
|
|
|
Belle sebelum ini tular selepas mengaku didiagnos menghidap penyakit Dissociative Identity Disorder (DID)dengan mendakwa memiliki 20 identiti, termasuk lelaki walaupun dilahirkan sebagai wanita.
"Sewaktu kejadian, yang memukul Mia adalah alter saya (identiti alternatif) iaitu Nae'em Harith yang juga teman lelaki Mia sebab dia dah lima kali curang dan kantoi ada lelaki lain.
Bagaimanapun, dakwa Belle, ketika memukul Mia, dia sebenarnya 'dikawal' oleh Ryan Adam, satu lagi personaliti dirinya yang lain.
"Ryan Adam yang tampar Mia sebab sebelum ni Mia selalu ugut alter (teman wanita Ryan) yang lain. Apabila dia baran atau marah, dia rasa macam nak guna kekerasan,” dakwanya.
hah? ko merepek apa ni babi? berbelit2 sampai orientation ko pon terbelit? kejap jadi laki kejap jadi pompuan kejap ada teman ada wanita kejap kantoi dengan lelaki lain? |
|
|
|
|
|
|
|
Ni propa je... Mohon pulis amik tindakan. Kalau di biarkan takut jg anjing plak. Identity ke 21. Tibahhh... Mrnyalak xtentu pasal. |
|
|
|
|
|
|
|
Terpengaruh dgn cerita split ke ni.? Eh tolong la merepek sgt |
|
|
|
|
|
|
|
Orang tak simply ada DID la... Selalunya sebab trauma masa kecik. Budak ni entah ada trauma entah tidak. Dahlah nama watak semua macam watak fiksyen. Tulis novel je la dik. Tak payah la mengaku ada mental illness. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau DID, personality yg lain tak kan tau apa yg lain buat. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku tak percaya orang Malaysia ada DID. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau ada yang pukul perempuan tu lepas tu cakap "Aku bukan pukul kau tapi pukul Nae'em Harith dan Ryan Adam", agak-agak perempuan yang ada DID tu boleh terima tak? |
|
|
|
|
|
|
|
Setabu aku tgk tv lasal DID ni diaorg x sedar.. Ni siap tau alter mana yg kuar siap nama belit2 |
|
|
|
|
|
|
|
sedap nama nama alter semua, siap ada '
|
|
|
|
|
|
|
|
Alter dia siap boleh tukar2 baju and style. Time buat photojob ka tgh jalan2 dgn kawan x switch pun |
|
|
|
|
|
|
|
Meolss taknak baca sampai habis nnti meolls pulak gila ada 100 personaliti traits.. ekekekekekee |
|
|
|
|
|
|
|
makin lama makin ramai manusia bermasalah mental... |
|
|
|
|
|
|
|
Lgbtq detected. Lantak korg |
|
|
|
|
|
|
|
Mana nak tengok video tu? Ngan gambar lam ni pun semua censored.. apo mcm mana aku nak menghakimi.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|