CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19417|Reply: 133

Kerani, Bukan Peguam

[Copy link]
Post time 16-8-2023 07:50 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Fathia Latiff tampil memberikan penjelasan berkenaan statusnya yang dikatakan sudah berkecimpung dalam bidang guaman.


Menerusi Instagramnya, Fathia, 36, merungkai isu yang hangat diperkatakan baru-baru ini.






"Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.


"Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.


"Sesungguhnya ini adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya terlepas pandang," katanya.


Pelakon yang mula dikenali menerusi drama bersiri fenomena Nur Kasih ini turut melahirkan permohonan maaf atas apa yang berlaku.


"Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak," katanya lagi.


Terdahulu, pelakon kelahiran Pulau Pinang ini menerusi Instagramnya mendedahkan dirinya kini sudah berkecimpung dalam bidang guaman dan secara sahnya menjadi seorang pengamal undang-undang.


Dia turut menyertakan beberapa keping foto dan video bersama rakan-rakan sepejabat.


"Officially a legal practitioner…" tulisnya ringkas. Difahamkan Fathia kini bekerja di syarikat guaman Tawfeek Badjenid & Partners.


Anak sulung daripada empat adik-beradik ini menamatkan pengajian beliau dalam bidang Undang-Undang di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Disember 2014.


Adik-beradiknya juga diketahui mempunyai latar belakang pendidikan hebat termasuk bergelar peguam dan juga doktor.




Sumber: Harian Metro, IG Fathia Latiff
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 07:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dr primadona smpi jd kerani dh.. i bet xlm pon kj ni. Org pnh glamour mn sanggup kj mkn gji ciput
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 07:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Madel at 16-8-2023 11:58 AM

Haha..kan aku dah ckp Tekya ni level kerani je
tpi ada pulak kata aku kejam
Nak jadi para legal pun dia tak berqualifaction
Study tak abis, convo pun tak ada
Tak buat chambering
Nama pun tak ada dlm council bar
Tapi jadi kerani pun tak apa, mula n belajar dari bawah.
Pelan2 ambil n cari penglaman.
acik2 kerani ni la lagi terror dari sesetengah loyer yg sethun dua pratice tau
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah nape kata legal assistant pastu ckp org salah paham. Dlm legal firm legal assistant tu maknanya lawyer. Klau clerk kena ckp clerk.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Okay la asalkan berkerja tak jadi biawak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tau dpt laki loyer nanti. Hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-8-2023 08:09 PM | Show all posts
bos sheols helok kot...
mcm drama2 fairytale gitew...
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by sharlenetexas at 16-8-2023 08:32 PM

Itu perlunya education ya adik2 yg malas sekolah sekalian.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 08:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Patut awal2 tulis Clerk ja....legal practitioner terpakai utk lawyer2 ja....takut kena perli drpd jadi artis tiba2 jadi kerani cabuk kot....tapi jadi kerani kat lawyer firm bukannya kerja kerani kat syarikat2 biasa ya....kalau ada experience lps tu nak keja firm lain mmg senang dapat ya....ni lawyer yg bagitau la
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kena tegur la kot, itu dia clarify
Takde benda nak malu pun kerja tu fathia oi
Asalkan rezeki halal
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:19 PM | Show all posts
sleepandream replied at 16-8-2023 08:09 PM
bos sheols helok kot...
mcm drama2 fairytale gitew...

mana chuols gambar bos yang helokk tu? napa meols check kat pesbuk yang keluar mula2 sekali gambar acik2 kepam gundu jah?



Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh my Ariana rose...
Xpe la fatiya...asalkan gaji halal
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Bagus jugak Fathia nie jelaskan pekerjaan dia. Asal buat kerja dapat rezeki halal, ok je.. mana tahu suatu hari nanti dia lulus untuk jadi loyar pulak
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 16-8-2023 07:54 PM
Haha..kan aku dah ckp Tekya ni level kerani je
tpi ada pulak kata aku kejam
Nak jadi para legal ...

Dia blajar setengah jalan je ennn. Kat uitm shah alam tu. So skarang, dia sebenar nyaaaa Kerani je?
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:29 PM From the mobile phone | Show all posts
mizzelly15 replied at 16-8-2023 11:55 AM
Dah nape kata legal assistant pastu ckp org salah paham. Dlm legal firm legal assistant tu maknanya  ...

Biasa la tu, retis dgn sembang kencang berpisah tiada..semua kena up2 aje
Teringat aku dulu Fasha nak saman siapa tah
beriya up buku Perundangan Msia ke apa(aku lupa)
Beriya2 no mcm tahu undang2 sgt, sekali nak kena saman dgn ND terus menikus sampai sekarang
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Baik2 dh timbul balik dh patia latip ni kekgi abam SY pm tepi " hi awak rindu lama hilang " dia ni buruk rupe gane pun ttp la lawa. Leluhur arab, padu..bkn leluhur paki tp acah2 arab dubai... oh btw dia ni bkn ke anak sedara fara adeeba tv9 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-8-2023 08:36 PM From the mobile phone | Show all posts
jambatannetizen replied at 16-8-2023 12:25 PM
Dia blajar setengah jalan je ennn. Kat uitm shah alam tu. So skarang, dia sebenar nyaaaa Kerani je ...

Tak sahih le abis study ke tidak, tpi dia mmg tak ada convo rasa nya
Kerani la tu, Tekya pun dh kasi penjelasan.
Baik le Tekya ni amik job freelance jadi sales person jual kereta2 mewah/rumah or insurans
mesti laku keras n komisen lebat.
Sbb orang ramai dh kenal dia n dia pun ada pengaruh.
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
kan main benang lg satu siap habis bljr tak buat chambering je.
kalau ikut gosip dulukala mmg dia ni x habis bljr pun kelas asyik tuang je. tp sbb ramai yg kata habis bljr igtkan memori iols yg kelautan rupanya tekya yg membongak.
kerja je la apa2 pun janji halal tak tingtong tnjuk tetek
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:41 PM From the mobile phone | Show all posts
teringat kwn i minat betul ngn fathia ni time blakon cter ariana rose tu..smpai ank dia lahir thn tu pun bg nama ariana rose..
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2023 08:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Madel replied at 16-8-2023 08:36 PM
Tak sahih le abis study ke tidak, tpi dia mmg tak ada convo rasa nya
Kerani la tu, Tekya pun dh ka ...

Sara ali dulu pun berhijrah pakai tudung kejap jadi wealth planner ke jadi agent apa tah. Sekerat jalan je.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:09 PM GMT+8 , Processed in 0.093181 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list