CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3703|Reply: 1

Hyundai, Kia Panggil Semula Lebih 3 Juta Kereta Di Amerika

[Copy link]
Post time 28-9-2023 11:53 AM | Show all posts |Read mode
Washington: Pengilang kereta Korea Selatan,  Hyundai dan Kia mengeluarkan arahan penarikan semula 3.3 juta kenderaan di Amerika Syarikat (AS)  kerana risiko kenderaan terbakar secara tiba-tiba, kata pihak berkuasa kelmarin.


“Sehingga semua kenderaan yang dipanggil semula ini dibaiki, tempat selamat adalah meletakkan kenderaan anda di luar,  jauh dari kediaman dan struktur lain.






“Kebakaran boleh berlaku sama ada kenderaan ini diparkir dan enjinnya dimatikan,  atau semasa memandu,” kata Pentadbiran Keselamatan Trafik Lebuh Raya Kebangsaan (NHTSA) dalam satu kenyataan.


Kenderaan dipanggil semula itu termasuk 1.64 juta daripada Hyundai dan Genesis,  melibatkan keluaran tahun 2010 hingga 2015 dan 1.73 juta kereta Kia dari 2010 hingga 2017.


“Masalah berpunca daripada kerosakan sistem brek anti kunci (ABS) yang boleh bocor dan mengalirkan cecair brek, menyebabkan litar pintas dan seterusnya kebakaran,” kata NHTSA.


“Hyundai merancang memaklumkan pengguna supaya membawa kenderaan mereka ke pengedar terdekat untuk menggantikan fius modul ABS,  manakala Kia masih mencari jalan penyelesaian,” tambah agensi sama.


Kedua-dua syarikat terbabit tidak menerima laporan mengenai sebarang kemalangan, kecederaan atau kematian akibat masalah tersebut.


Hyundai merekodkan 21 kebakaran kenderaan keluarannya berkaitan masalah sama  di AS di samping 22 insiden ‘termal’ termasuk asap, komponen mencair  atau terbakar.


Kia pula merekodkan satu kebakaran kompartmen enjin dan enam komponen mencair. – AFP




Sumber: Kosmo! Online
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2023 11:55 AM From the mobile phone | Show all posts
NAZA KIA tersenyum sinis
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:13 AM GMT+8 , Processed in 0.259399 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list