CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2448|Reply: 1

[Tempatan] Kes penjual buah warga tempatan mati ditikam, 13 warga asing ditahan

[Copy link]
Post time 29-9-2023 09:59 AM | Show all posts |Read mode
Kes bunuh penjual buah, 13 warga asing ditahan

https://www.hmetro.com.my/mutakh ... warga-asing-ditahan

Mohd Haris Fadli Mohd Fadzil
[email protected]

Disiarkan pada: September 28, 2023 @ 11:05pm


GAMBAR hiasan

Kuala Lumpur: 13 warga asing ditahan termasuk suspek utama berhubung kejadian penjual buah warga tempatan yang mati ditikam di hadapan sebuah rumah di Taman OUG di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Brickfields Asisten Komisioner Amihizam Abdul Shukor berkata, kesemua lelaki berusia lingkungan 22 hingga 52 tahun itu ditahan dalam serbuan 11 pagi, hari ini.

"Bertindak atas maklumat tangkapan awal, polis berjaya menangkap suspek utama dan membuat rampasan beberapa barang kes.

"Polis berjaya menahan semua suspek dalam kes ini dalam tempoh 48 jam," katanya dalam kenyataan hari ini.

Terdahulu Harian Metro melaporkan, penjual buah berusia 80 tahun maut akibat ditikam di beberapa bahagian badan dan muka dalam kejadian di hadapan rumah dua tingkat sekitar Taman OUG, di sini, Selasa lalu.

Sepasukan polis bergegas ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan jam 7.40 petang dan menahan empat suspek lelaki warga asing berusia lingkungan 29 hingga 52 tahun.

Mengulas lanjut beliau berkata, kesemua suspek direman sehingga 4 Oktober bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (bunuh).

"Sebarang spekulasi berkaitan kes ini hendaklah dihentikan.

"Maklumat berkaitan jenayah boleh disalurkan kepada Hotline Polis Brickfields di talian 03-22979222, Hotline Polis Kuala Lumpur 03-2115 9999 atau mana-mana balai polis," katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2023 10:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes bunuh, rogol, rompak, ugut warga asing nih kes terpencil 1 kes je dlm tempoh 10 tahun ....xde pun kita dengar laporan sotkabar tiap2 hari.....

....begitu la luahan sebuah NGOk yg pertahankan pati2 dkt tanahair nih
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.033801 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list