CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2250|Reply: 0

[Dunia] JKDM patahkan cubaan seludup dadah ke Sabah RM2 juta

[Copy link]
Post time 29-9-2023 10:49 AM | Show all posts |Read mode
JKDM patahkan cubaan seludup dadah ke Sabah RM2 juta





DADAH yang berjaya dirampas JKDM untuk diseledup ke Sabah di Terminal Kargo Udara,KLIA. FOTO Ihsan JKDM


Putrajaya: Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) Bahagian Penguatkuasaan Zon Tengah, Unit lll, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (LTAKL) berjaya mematahkan cubaan menyeludup dadah ke Sabah.

Pengarah Operasi Penguatkuasaan JKDM Zon Tengah, Wong Pun Sian berkata, pihaknya mengadakan pemeriksaan ke atas tiga bungkusan yang diikrar sebagai alat ganti di Terminal Kargo Udara, Zon Perdagangan Bebas KLIA Sepang, 5 September lalu.

Menurutnya, hasil pemeriksaan menemui 60 bungkusan plastik berwarna hijau dengan tulisan 'Refined Chinese Tea' dan juga tulisan Mandarin yang di dalamnya mengandungi serbuk kristal disyaki dadah jenis Metamphetamine.

Katanya, dadah berkenaan dianggarkan berat 61 kilogram dengan nilai rampasan dianggarkan berjumlah RM2 juta.

"Siasatan awal mendapati destinasi akhir ketiga-tiga bungkusan berkenaan untuk dihantar ke Kota Kinabalu, Sabah," katanya dalam satu kenyataan.

Pun Sian berkata, modus operandi sindiket adalah dengan mengikrar bungkusan sebagai alat ganti kenderaan dan menyembunyikan dadah di dalam paket bungkusan bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

Katanya, usaha sedang giat dijalankan untuk mengesan suspek yang terbabit dengan sindiket ini dan berdasarkan jumlah berat dadah yang dirampas ia berjaya membanteras untuk diedarkan kepada kira-kira 305,000 orang penagih.

"Kes ini disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mana jika disabitkan kesalahan akan dijatuhkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan dijatuhkan hukuman sebat tidak kurang 12 sebatan sekiranya tidak dijatuhkan hukuman mati, "katanya.

Beliau menambah, JKDM memohon bantuan orang ramai bagi memerangi jenayah penyeludupan khususnya rokok, minuman keras, mercun, dadah, kenderaan dan lain-lain serta menasihatkan tidak membabitkan diri dengan aktiviti itu.

Katanya, penyeludupan bukan saja merugikan negara dari segi kehilangan hasil, malah ia turut mendatangkan ancaman kepada keselamatan negara dan kesejahteraan rakyat.

Orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi talian bebas tol JKDM 1-800-88-8855 atau berkunjung ke Pejabat JKDM terdekat di semua negeri.

Sumber:https://www.hmetro.com.my/mutakh ... h-ke-sabah-rm2-juta

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.032752 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list