View: 5551|Reply: 0
|
Bercerai, 3 tahun Sia tidur ‘tak bangun-bangun’
[Copy link]
|
|
SIA
PENYANYI Sia mengakui pernah tidak bangun dari tempat tidur selama tiga tahun selepas berpisah dengan bekas suaminya iaitu pengarah filem, Anders Lang beberapa tahun lalu.
Penyanyi dengan nama lengkap Sia Kate Isobelle Furler itu berkata, selepas bercerai dengan Lang, dia berasakan kehidupannya menjadi kelam dan tidak berguna.
“Selepas bercerai, saya berasa bingung. Kehidupan saya menjadi kelam sehingga saya banyak menghabiskan masa dengan tidur selama tiga tahun.
“Saya berasa sangat tertekan dan tidak boleh melakukan sebarang pekerjaan selama tiga tahun itu,” katanya sewaktu ditemu bual bersama Apple Music 1.
https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... -tak-bangun-bangun/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|