View: 7306|Reply: 11
|
NSYNC kembali bergabung selepas 20 tahun
[Copy link]
|
|
TERLALU banyak tangisan kegembiraan terlihat.”
Itulah momen yang dikongsikan anggota kumpulan NSYNC, Lance Bass sementelah kumpulan itu kembali bergabung dalam studio untuk merakamkan single terbaru mereka.
Pertama kali selepas 20 tahun, Lance, Justin Timberlake, JC Chasez, Chris Kirkpatrick dan Joey Fatone bersatu menghasilkan Better Place yang merupakan lagu latar untuk filem Trolls Band Together terbitan Dreamworks.
Lagu berentak pop moden itu diperdengarkan secara rasmi di seluruh dunia, Jumaat lalu. Pada masa sama, NSYNC juga merakamkan semula lagu I Want You Back yang sedutannya diperdengarkan menerusi trailer filem animasi itu yang ditayangkan seluruh dunia sejak 13 hari lepas.
Trailer filem itu sehingga kini telah merekodkan jumlah tontonan yang cukup tinggi iaitu lebih 7 juta di Youtube.
Bass mengakui tidak menjangkakan reaksi memberangsangkan peminat terhadap kemunculan semula kumpulan itu selepas dua dekad.
“Ia satu perkara indah, ibarat mimpi jadi kenyataan kerana pada usia kami sekarang, peminat masih teruja dengan kumpulan ini. Saya tidak menyangka kegilaan peminat sehingga ke tahap ini.
“Momen ini adalah sangat emosional untuk kami, selepas terlalu lama, kami kembali bekerjasama dalam studio.
“Mac lalu kami putuskan untuk bergabung semula. Kami rasakan keseronokan seperti dulu, ibarat waktu tidak beredar sedikitpun. Ia adalah momen yang cukup indah,” katanya kepada Entertainment Tonight.
Selain lagu baharu, NSYNC pada 12 September lepas membuat kemunculan pertama kali di kaca televisyen selepas 20 tahun menerusi MTV Video Music Awards (VMAs) 2023.
Kemunculan mereka adalah bagi menyampaikan Best Pop Award yang dimenangi penyanyi, Taylor Swift.
“Saya salahkan Swift. Peminat kami bergabung dan mencetuskan gelombang malam itu. Ia adalah malam yang amat menyeronokkan,” kata Bass lagi.
Kemunculan semula NSYNC membuatkan peminat mereka menaruh harapan agar kumpulan tersebut juga mengadakan konsert jelajah untuk mengubat kerinduan pencinta mereka.
Bass bagaimanapun memaklumkan mereka buat masa ini tidak mempunyai sebarang perancangan untuk itu.
“Itu yang saya katakan kepada peminat kami. Setiap kami ada urusan masing-masing. Tapi saya tidak menolak, peminatlah yang menentukan hala tuju band ini,” sambungnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 2-10-2023 11:47 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
mcm biase,lagu better place tu xsedap pun..sore ramen je byk..yg paling kelakar kat youtube ramai nk dgr suara jc je |
|
|
|
|
|
|
|
dah kertu2 nok mohon buat kembali lagu2 baru seperti album no strings attached yach |
|
|
|
|
|
|
|
Justin dah jual catalog lagu2 dia worth 1b kot.apa kes ko suh deyols penat2 buat tour? baik chill relax saje... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by nadie90 at 3-10-2023 10:31 AM
Masa awal2 dengar snippet lagu Better Place tu sedap.....dh dgr lagu penuh macam....bolehlah.....buat yg rindu NSYNC lagi2 kat JC
Mmg ramai komen psl JC kat YouTube....suara pun maintain sedap lagi....member2 yg lain mcm biasa, skdr backup singer ja huhuh
Lps 10 tahun buat kemunculan atas pentas VMA baru keluar lagu baru....dah la perform brp minit ja...lps kluar movie Trolls nanti masuk gua balik ka....tggu lagi 10 tahun nak buat kemunculan....masa tu umur semua dah masuk kategori warga emas |
|
|
|
|
|
|
|
I baca hari tu USD 100 mil, tak sampai RM 1 bil.
Dalam ramai2 tu suara JC paling sedap, JT suara macam chipmunk tercekik, tak sedap. Tapi belum dengar lagi lagu baru ni.
JC ni sayang, try solo sekali je, tak berapa menjadi terus senyap dah macam putus asa, buat kerja belakang tabir je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 3-10-2023 01:47 PM
delia3003 replied at 3-10-2023 01:25 PM
I baca hari tu USD 100 mil, tak sampai RM 1 bil.
Dalam ramai2 tu suara JC paling sedap, JT suara ...
Owh 100 mil.silap.dari mana dtg 1bil pun aku xtau net worth dia pun x sampai 1 bil tak menjadi ke solo dia? mcm byk je lagu2 letop? |
|
|
|
|
|
|
|
alesandra replied at 3-10-2023 01:46 PM
Owh 100 mil.silap.dari mana dtg 1bil pun aku xtau net worth dia pun x sampai 1 bil tak menj ...
JC, setakat release 1 album, lepas tu takde dah. Takkan try sekali je terus putus asa. JT tu dulu ada je lagi meletop tapi I tak minat
Sekarang JT dah merundum tapi takpe aa dia dah kaya raya, pernah merasa di puncak. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by alesandra at 4-10-2023 06:19 PM
solo JT aku boleh layan walau tak minat.sbb lagu2 catchy kan.bila baca dia jual rumah ,catalog tu mcm eh dah kenapa?tak boleh berkarya lagi ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-10-2023 09:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
delia3003 replied at 3-10-2023 10:07 PM
JC, setakat release 1 album, lepas tu takde dah. Takkan try sekali je terus putus asa. JT tu dulu ...
iols layan utube ditypoplitic juctice for jc chasez..ade kena mengena dgn jt jugak..satu group kena tipu dgn jt..tp dorg ni baik..xburukkan jt tu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-10-2023 09:29 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
delia3003 replied at 3-10-2023 10:07 PM
JC, setakat release 1 album, lepas tu takde dah. Takkan try sekali je terus putus asa. JT tu dulu ...
pasal merundum la dia gunakan nsync balik bg nama naik |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-10-2023 09:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
delia3003 replied at 3-10-2023 01:25 PM
I baca hari tu USD 100 mil, tak sampai RM 1 bil.
Dalam ramai2 tu suara JC paling sedap, JT suara ...
suara jc paling tersedap ea dr byk2 boyband |
|
|
|
|
|
|
| |
|