CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6140|Reply: 45

Watie Takut Nak Ada Zuriat Sendiri, Sedar Diri Kahwin Dengan Shuib Sebab Nak Jaga Anak-Anak Tiri

[Copy link]
Post time 18-10-2023 03:13 PM | Show all posts |Read mode
Isteri Shuib, Watie Hanifiah tak ada rancangan lagi untuk memiliki zuriat sendiri.


Watie berkata matlamatnya adalah untuk membesarkan keempat-empat cahaya mata Shuib terlebih dahulu.


Foto: IG




Malah, cemburu adik-beradik kepada adik bongsu membuatkan dirinya takut untuk ada cahaya mata.


“Sebenarnya, saya dan Shuib buat masa sekarang belum merancang untuk memiliki zuriat sendiri.


“Namun, anak-anak selalu cakap bagilah adik baharu, namun sikap cemburu mereka dengan adik sendiri (Ayash) buat saya jadi takut.


“Itu yang membuatkan saya terfikir bagaimana suatu hari nanti andai saya punya anak sendiri?Sebab itu saya akan cakap, selagi mereka tak boleh layan adik sendiri dengan baik, maka saya tak akan beri adik baharu.




  



“Bayangkan kalau saya rapat atau layan Ayash lebih, yang lain akan cakap ‘Ayash tu semua boleh, kami tak boleh’,” katanya kepada Sinar Plus.


Sementara itu, tidak dinafikan dia mahu menimang cahaya mata sendiri namun bimbang jika perkara tersebut dipersoalkan.


Watie sedar keperluan dirinya adalah untuk mencurahkan kasih sayang seorang ibu kepada anak-anak Shuib.




  



“Bohonglah andai kata saya tidak mahu timang anak sendiri. Namun, sejujurnya, saya takut apabila soal zuriat menjadi sebutan.


“Sejak awal memasuki keluarga Shuib, saya tahu keperluan diri saya adalah mencurahkan kasih sayang kepada anak-anak.


“Sekarang hubungan kami sangat rapat, jadi bagaimana kelak layanan saya andai diberikan zuriat sendiri?




  



“Saya takut nanti akan timbul soal beza membezakan. Bagaimana perasaan mereka kelak? Adakah mereka terasa disisihkan? Demikian juga waktu mengajar mereka, saya terfikir jika anak sendiri, beginikah layanan saya kelak?,” ujarnya.


Untuk rekod, Watie dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 23 Jun lalu.


  



Hasil perkahwinan bersama Allahyarham Siti Sarah Raisuddin, Shuib dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra, 9, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia dua tahun.


Siti Sarah meninggal dunia pada 9 Ogos 2021 akibat jangkitan Covid-19.-CARI


Sumber: XTRA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 03:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak. I faham apa AcikWatie nak sampaikan tp rasanya akan dapat banyak laharan. Bertabahlah Acik.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:39 PM | Show all posts
comelnya yg paling kecik tu.. bam bam
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Ikut kau lah wati. Kau yang hidup ngan dorang. Tp sebagai isteri pada suami tetap ada hak untuk punya anak jugak. Selagi usia masih muda.

Ikut kau lahhh haih
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:04 PM | Show all posts
selagi muda beranak je la

syg betul anak2 tiri dkt watie
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga yang baik2 je sis.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-10-2023 04:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko hanya bibik je wati
Mulut soeb dan ank2 tetap meratib nama sarah
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 04:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Semoga watie jaga ank2 arwah dgn baik. Klo dpt adik pn xpe. Jgn bezakj kasih syg dah lA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang no 3 memang sayang benar dengan Watie ni mungkin masa arwah Sarah meninggal dia yang paling manja dan bongsu (adiknya belum lahir) jadi memang dia nak perhatian seorang ibu.
Harap Watie terus jaga diorang baik2 dan jangan beza2kan kasih sayang.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 05:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Penat aku tgk watie..
Hantar laki pg2 p keje pn dia
Hantar anak2 p sek pn dia
Masak lg..
Anak2 n laki suka bermanja lg..

Shuib oiii yg hantar tu ko ambil jela driver..kesian dia..cukupla dia bg kasih syg ke anak2 tu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 05:57 PM From the mobile phone | Show all posts
baiklah kalau begitu..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Ko kawen nk buat charity ke apa.. Ko nk anak sendiri go ahead.. Laki ko pun bkn mesken x mampu tambah anak..
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 06:45 PM | Show all posts
Dr awal lagi watie mmg nmpk keberatan nak anak sendiri. Tp shuib cam nak je rs nya
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysiaku123 replied at 18-10-2023 05:55 PM
Penat aku tgk watie..
Hantar laki pg2 p keje pn dia
Hantar anak2 p sek pn dia

Patutnya soeb g la sendiri keje dia dh la subuh buta
Anak2 plak naik van sekolah or driver yg hantar.
Tp kalau watie nk hantar terpulang laa bkn pe takut dia burnt out je
Awal2 ni ok la lagi..
Jiran iols anak 6 orang, 5 dah bersekolah ada sesi pagi n ptg.
Sblm ni dia la hantar amik tiba2 lepas raya aritu anak2 dia semua naik van plak.
Taktau napa dia dh takmo hantar, maybe penat kot Dia buat bisnes on9 kat umah.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 18-10-2023 06:58 PM
Patutnya soeb g la sendiri keje dia dh la subuh buta
Anak2 plak naik van sekolah or driver yg hant ...

Iouls anak sorang, pjj dengan suami. Hari jumaat je memang bateri dah tinggal 10% je. Rasa penat giler. Padahal anak dah sekolah dah. Pagi2 pukul 5.30 dah bangun, pukul 9.30 dah rasa nak tarik selimut. Iouls respek la mak2 yg beranak banyak (dalam kes wati ni anak instant) pastu buat kerja macam lipas kudung.

Nampak berseri anak2 soeb semenjak dapat mak baru. Walaupon iouls rengsek tengok mira over benor, iouls doakan yg baik2 la untuk anak2 dorang
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysiaku123 replied at 18-10-2023 05:55 PM
Penat aku tgk watie..
Hantar laki pg2 p keje pn dia
Hantar anak2 p sek pn dia

Rasanya dia tak penat kot.Shoeb dh mandikan dgn kemewahan. Aku nmpk dia btul2 bagi 100 persen utk Shoeb dan anak2 tiri. Harap2 Shoeb xde la nk buat benda yg bukan bukan belakang Watie. Kesian dia.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-10-2023 07:31 PM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 18-10-2023 07:13 PM
Iouls anak sorang, pjj dengan suami. Hari jumaat je memang bateri dah tinggal 10% je. Rasa penat g ...

Yup mmg penat, iols pun selalu tak sabar nk tunggu hujung minggu.
Kadang tanak g mana pun hari cuti, iols akan baring je mcm org sakit hahah sebenarnya nak qada tidur.

Lagi satu iols kagum hat dah berumur masih nk beranak kecik.
Kuatnya korang huhu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 07:43 PM From the mobile phone | Show all posts
malaysiaku123 replied at 18-10-2023 05:55 PM
Penat aku tgk watie..
Hantar laki pg2 p keje pn dia
Hantar anak2 p sek pn dia

Soeb tak reti bawak kereta sendiri ke? Udah macam bibik lak dibuatnya bini tu. Terkejar2
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 07:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 18-10-2023 06:58 PM
Patutnya soeb g la sendiri keje dia dh la subuh buta
Anak2 plak naik van sekolah or driver yg hant ...

Diorg ada maid kan? Tang masak2 tu maybe maid prepare bahan masakan, watie masak kan je. Masak ni letih kat pre and after cook tu
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2023 07:49 PM From the mobile phone | Show all posts
asfaz replied at 18-10-2023 07:43 PM
Soeb tak reti bawak kereta sendiri ke? Udah macam bibik lak dibuatnya bini tu. Terkejar2

Maybe tu salah satu masa yg ada utk berdua dgn soeb kot kan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:25 AM GMT+8 , Processed in 0.070841 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list