View: 661|Reply: 0
|
All Blacks sasar Argentina 'mangsa' seterusnya
[Copy link]
|
|
SMITH (tengah) ketika sesi latihan. FOTO AFP
Paris: New Zealand sudah melupakan kemenangan mendebarkan ke atas Ireland untuk menghadapi aksi separuh akhir Piala Dunia menentang Argentina, Sabtu ini dengan keperitan tewas empat tahun lalu di peringkat sama menjadi motivasi terbaik mereka.
"Perasaan itu membantu kami untuk bangkit semula selepas perlawanan yang penuh mendebarkan menentang Ireland dan segala-galanya sempurna minggu lalu," kata pemain scrum All Blacks, Aaron Smith.
"Ia memberi pengajaran bermakna kepada kami dengan mengambil perkara yang positif. Satu lagi perlawanan penting untuk kami dan peluang bagi memenuhi matlamat utama (muncul juara)," katanya lagi.
New Zealand menewaskan Ireland yang juga pasukan nombor satu dunia 28-24 di suku akhir manakala Argentina menewaskan Wales 29-17.
"Itu adalah persembahan All Blacks yang paling membanggakan sepanjang pengalaman saya bersama skuad kebangsaan," kata Smith, anggota pasukan New Zealand yang tewas kepada England pada aksi separuh akhir 2019.
"Kami cukup bertuah kerana mempunyai peluang lagi pada hujung minggu ini dan kami mahu meraih keputusan paling terbaik," katanya lagi.
Argentina tewas 27-10 kepada England yang beraksi dengan 14 pemain pada perlawanan pembukaan peringkat kumpulan tetapi mempamer peningkatan secara berterusan selepas itu.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... a-mangsa-seterusnya |
|
|
|
|
|
|
| |
|