View: 1360|Reply: 0
|
Tele'a kembali perkuat All Blacks di final
[Copy link]
|
|
Pemain New Zealand, Mark Tele’a (tengah) antara bintang All Blacks yang menjadi tumpuan pada aksi Piala Dunia kali ini. - Foto AGENSI
PARIS: Mark Tele'a kembali memperkuat skuad New Zealand selepas ketua jurulatih, Ian Foster memaafkannya kerana melanggar had waktu keluar malam.
Pemain 26 tahun itu beraksi cemerlang ketika kemenangan 44-6 ke atas Argentina dalam aksi separuh akhir Piala Dunia.
Dia bagaimanapun direhatkan ketika perlawanan suku akhir menentang Ireland kerana melanggar peraturan keluar malam ditetapkan ketua jurulatih.
Tele'a dijangka akan beraksi pada final menentang Afrika Selatan - negara kelahiran bapanya - pada Sabtu ini.
Tele'a antara tonggak All Blacks pada kempen kali ini, menjaringkan try terpantas dalam aksi pembukaan Piala Dunia ketika menentang Perancis dan kemudian dua lagi bertemu Itali.
Perjalanan karier Tele'a tidak semudah rakan sepasukan lain. Pada tahun 2019, dia kehilangan abangnya, Jerico, yang dibunuh oleh Joseph Larson.
Larson yang mabuk ketika menyerang Jerico, dimaafkan oleh keluarga Tele'a dan terlepas hukuman penjara.
Tele'a sewaktu kecil menjadikan pemain sayap Afrika Selatan, Bryan Habana sebagai idolanya dalam sukan ragbi. - AFP
https://www.bharian.com.my/sukan ... all-blacks-di-final |
|
|
|
|
|
|
| |
|