View: 407|Reply: 0
|
Jonah pecah rekod Malaysia berusia 12 tahun
[Copy link]
|
|
Jonah pecah rekod Malaysia berusia 12 tahun
JONAH muncul pemegang rekod baharu kebangsaan dalam acara lontar peluru dengan catatan 17.67m pada Kejohanan Balingan Asia 2023 di Mokpo, Korea Selatan. FOTO: IG ROBERT BALLARD
KUALA LUMPUR – Bintang muda olahraga negara, Jonah Chang Anak Rigan mencipta sensasi apabila memecahkan rekod lontar peluru kebangsaan yang sudah berusia 12 tahun pada Kejohanan Balingan Asia 2023 hari ini.
Jonah, 20, bergelar pemegang rekod baharu Malaysia dalam acara itu menerusi catatan 17.67 meter (m) walaupun mengakhiri kejohanan di Mokpo City, Korea Selatan tersebut di kedudukan kelima.
Ia sekali gus memadam rekod lama kebangsaan iaitu 17.54m yang dilakukan oleh Adi Alifuddin Hussin sewaktu Sukan SEA Palembang, Indonesia pada 2011.
Menariknya, Jonah sebenarnya memecahkan rekod tersebut sebanyak dua kali pada kejohanan itu iaitu 17.64m ketika balingan pertama sebelum memperbaharui catatan tersebut menerusi jarak 17.67m pada percubaan terakhir.
Pingat emas bagi acara itu dimenangi atlet China, Zhang Haochen menerusi catatan 19.21m, manakala perak menjadi milik peserta Jepun, Jason Atuobeng (18.56m) dan Ivan Ivanov dari Kazakhstan meraih gangsa (18.29m). – KOSMO! ONLINE
Sumber:https://www.kosmo.com.my/2023/10 ... a-berusia-12-tahun/
|
|
|
|
|
|
|
| |
|