CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3579|Reply: 0

Hidap Kanser Payu Dara Tahap 3, Nor Azifah Zainon Abidin Perlu Bantuan Kewangan RM35,000

[Copy link]
Post time 26-10-2023 03:42 PM | Show all posts |Read mode
Disahkan menghidap kanser payu dara tahap tiga sejak Julai lalu, pelakon drama, Nor Azifah Zainon Abidin, 59, memerlukan bantuan kewangan sebanyak RM35,000 untuk kos rawatannya.


Katanya dia reda dengan ujian kesihatan yang menimpa dirinya kini dan memohon bantuan kewangan berikutan sudah tidak boleh bekerja dan perlu memberi fokus pada proses rawatan dijalaninya di Hospital Kuala Lumpur (HKL).


Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia (PKAVM), Tukiman Radion menyampaikan sumbangan bantuan kepada pelakon veteran, Nor Azifah Abidin yang memerlukan bantuan bagi pembedahan kanser payu dara dikediamanya di AU4 Taman Seri Keramat. Foto: Harian Metro






"Mulanya, saya sakit dada bahagian kiri dan dimasukkan ke Hospital Ampang pada 7 Julai lalu selama empat hari untuk pemeriksaan jantung. Bagaimanapun, selepas dibenarkan keluar dan balik ke rumah, saya menyedari ada benjolan keras pada bahagian dada.


"Jadi, saya rasa ada yang tidak kena pada kesihatan dan buat keputusan ke Klinik LPPKN bagi menjalani pemeriksaan momogram dan ultra sound untuk mengenal pasti penyakit sebenar. Kedua-duanya menunjukkan keputusan 90 peratus adalah kanser.


"Saya sudah menyiapkan mental dan fizikal menerima dengan tenang mengenai penyakit dihadapi sekalipun ia adalah kanser. Selepas membuat biopsi, doktor beritahu kanser payudara saya di tahap tiga," katanya kepada Harian Metro.


Menurut Nor Azifah, selain memerlukan sokongan moral dan semangat daripada keluarga, dia juga harus berhadapan kos rawatan kanser yang agak tinggi walaupun memilih dirawat di hospital kerajaan.


Mengulas rawatan dijalaninya, Nor Azifah berkata, dia baru selesai rawatan kemoterapi pusingan pertama pada 16 Oktober lalu dan perlu menghabiskan sebanyak enam pusingan yang dijangka berakhir pada Mac, tahun depan sebelum melakukan pembedahan.


"Dalam kes saya ini, doktor memaklumkan perlu menjalani rawatan kemoterapi sebanyak enam pusingan, pembedahan dan radioterapi. Bagaimanapun, pada 23 Oktober lalu, saya menjalani pemasangan klip pada payudara.


"Semoga ada yang sudi menghulurkan bantuan kepada saya kerana untuk berlakon, saya sudah tidak larat dan perlu banyak berehat. Sekarang pun saya dah lapan bulan tidak berlakon," kata ibu lima anak berusia antara tiga hingga 35 tahun.


Sementara itu, Nor Azifah juga menerima sumbangan sebanyak RM1,000 daripada Persatuan Kebajikan Artis Veteren Malaysia (PKAVM) yang disampaikan presidennya,Tukiman Radion yang prihatin dengan keadaan ahlinya.


Tukiman berkata, dia mohon kepada sesiapa yang sudi membantu Nor Azifah untuk dapat mengumpulkan RM35,000 yang diperlukan untuk ringankan beban ditanggung walaupun suaminya, Wan Mohd Idzham Faris juga bekerja.


"Semoga dengan bantuan dihulurkan dan doa-doa dititpkan dapat membantu Nor Azifah sihat dan kembali pulih untuk dia berlakon semula bagi membantu suami menyara keluarga," katanya.


Kepada yang ingin menyumbang untuk bantuan boleh ke akaun Maybank 114013153925 atas nama Nor Azifah Zainon Abidin).


Antara drama lakonan Nor Azifah ialah Seindah Tujuh Warna Pelagi, Istidraj, Kalimah Jiwa, Dia Bidadari Syurga, Inikah Dikatakan Cinta, Syurga Noah, Ratu Lori, Suri Cinta dan banyak lagi. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 08:55 AM GMT+8 , Processed in 0.111100 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list