CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4698|Reply: 0

Pingat emas Para Asia ubati duka Latif selepas kereta dicuri

[Copy link]
Post time 26-10-2023 04:28 PM | Show all posts |Read mode

ABDUL Latif Romly menunjukkan pingat emas yang dimenangi dalam lompat jauh T20 pada Sukan Para Asia di Hangzhou. - MAJLIS PARALIMPIK MALAYSIA


PETALING JAYA: Kejayaan memenangi pingat emas dalam Sukan Para Asia 2022 menjadi penawar duka buat jaguh lompat bergalah para negara, Datuk Abdul Latif Romly yang terbang ke Hangzhou dengan penuh keresahan ekoran keretanya dicuri.

Atlet kelahiran Perlis itu mendedahkan, beberapa minggu sebelum berlepas ke China dia bukan sahaja bergelut dengan kecederaan paha, malah kehilangan kereta.

Kata Latif, 26, apa yang membuatkan dia amat terkilan kereta jenis Kia Sportage itu adalah hadiah daripada Syarikat Naza Corporation sebagai penghargaan ketika dia meraih pingat emas Sukan Paralimpik Rio 2016.


AKSI Abdul Latif Romly ketika melakukan lompatan emas di Hangzhou. – MAJLIS SUKAN NEGARA

“Dua tiga minggu sebelum saya ke Hangzhou, kereta saya kena curi. Saya pula asyik fikirkan kereta yang hilang tapi isteri (Nurul Nabila Farhana Musaidi) banyak bagi semangat dan minta saya fokus kepada sukan dulu.

“Kereta Kia pemberian 2016 itu berjaya dijumpai di Batu Caves (Selangor) tapi dah kena potong,” katanya yang dipetik kepada Bernama.

Kejayaan meraih emas tujuh tahun lalu itu turut menyaksikan dia menerima RM1 juta menerusi Skim Hadiah Kemenangan Sukan (Shakam) selain beberapa sumbangan daripada syarikat korporat.

Selain kereta Kia Sportage, Naza Corporation ketika itu turut menghadiahkan suite kediaman di Equine Park, Seri Kembangan bernilai RM350,000.


PINGAT emas yang dimenangi Abdul Latif Romly.

Selasa lalu, Latif memenangi emas lompat jauh T20 (masalah pembelajaran) iaitu emas ketiga berturut-turut selepas turut memenanginya dalam temasya Incheon 2014 dan Jakarta-Palembang 2018.

Dalam aksi di Stadium Pusat Sukan Huanglong, Selasa lalu, Latif melakukan lompatan terbaik 7.18 meter (m) dalam percubaan keempat untuk mengatasi pencabar terdekat, Hassan Nasser Dawshi dari Arab Saudi yang meraih perak. – UTUSAN
https://www.utusan.com.my/sukan/ ... epas-kereta-dicuri/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 10:09 AM GMT+8 , Processed in 0.330830 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list