View: 4680|Reply: 24
|
"Kalau Dia Kena Bayar RM100 Pun Saya Menang Dalam Kes Ini," A.Aida Okay, Boleh Je Nak Cium Peluk Amelia Handerson
[Copy link]
|
|
Datuk A. Ada menerima dengan hati terbuka terhadap keputusan mahkamah.
A. Aida atau Zaidah Awang, 53, berkata, dia tetap menganggap memang dalam kes saman terhadap Amelia yang telah berlarutan sejak tahun lalu.
"Kita kena hormat keputusan mahkamah dan saya reda... Bagaimanapun dia tetap kena bayar denda. Jadi di situ terbukti dia bersalah kerana melanggar kontrak.
"Walaupun bukan jumlah yang disebut sebelum ini namun saya tetap rasa menang. Kalau dia kena bayar RM100 pun saya menang dalam kes ini," katanya kepada mStar.
Pada pagi Jumaat, Pesuruhjaya Kehakiman Leong Wai Hong membenarkan rayuan Amelia berhubung keputusan Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada 18 April lalu yang memerintahkan aktres itu membayar ganti rugi RM200,000 kepada A. Aida Production.
Ia susulan Amelia melanggar kontrak penglibatannya menerusi drama terbitan A. Aida iaitu Sekali Lagi Cinta Kembali.
Mahkamah memerintahkan Amelia hanya perlu membayar ganti rugi nominal RM10,000 dalam tempoh 14 hari dan faedah lima peratus kepada A. Aida Productions bermula selepas keputusan ditetapkan (Jumaat).
Selain rayuan mengetepikan ganti rugi itu, Amelia atau Amelia Thripura Henderson, 28, turut memohon menangguhkan permohonan maaf yang perlu dibuat kepada A. Aida.
Sementara itu, A. Aida menjelaskan tindakan dia memfailkan saman sebelum ini bertujuan memberi pengajaran kepada semua pelakon supaya tidak menyukarkan urusan penggambaran.
"Ada juga rasa kecewa apabila keputusan mahkamah tidak mengenakan bayaran seperti sebelum ini.
"Selama ini saya berjuang sebab nak beri pengajaran kepada pelakon supaya tidak lagi langgar kontrak. Dia tarik diri sehari sebelum penggambaran dan itu menyusahkan produksi.
"Ramai pelakon yang tarik diri tapi bukanlah di saat-saat akhir... Disebabkan itu saya tidak boleh terima," ujarnya.
Dalam masa sama A. Aida juga tetap profesional dan tiada masalah untuk bertemu Amelia dalam mana-mana majlis di masa akan datang.
"Dia tetap my sweet sister. Saya suka Amelia dan sebab itu saya panggil dia berlakon. Masalah peribadi dan kerja tidak boleh disatukan.
"Kalau jumpa dia selepas ini saya tiada masalah untuk peluk cium Amelia. Kita kena profesional dan saya tidak berniat pun nak bergaduh dengan dia," jelasnya. -CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
Angkuhnya.nak mintak mahap pun tangguh2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Erkkk.. Sakan beza jumlah ganti rugi terbaru yg rayuan ni.
Means dato zaidah awang pon ada khilaf jugak la ni?
Ptt ame berani fight |
|
|
|
|
|
|
|
Susah sangat ke nak mintak maaf? Maaf pon nak kena tangguh? Mesti dia ni jenis dia je yg betol. |
|
|
|
|
|
|
|
Tak dapatlah kck season 2 dah gadoh .. |
|
|
|
|
|
|
|
bila org sombong gitu laaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
susahlah mcam ni..yg sorang cenggini yang sorang cenggitu mati la weyhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
boleh tahan lagak juga ye amelia ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Klu baca kat IG, org dok puji2 kt AH ni kata bijak sebab tak yah bayar saman 200k.. Padahal sah2 minah ni dah kalah n still kena bayar ganti rugi 10k.. Nmpk Sgt masing2 tak baca berita tu betul2..
|
|
|
|
|
|
|
|
200k to 10k...
mahkamah seksyen vs mahkamah rayuan...
teringat dulu kes apek gaduh dgn petugas parking majlis...
mahkamah seksyen bg denda ringan je... sekali pegi mahkamah rayuan kene penjara 2 minggu tak silap...
|
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk betul beza denda mahkamah |
|
|
|
|
|
|
|
Nek aida sakit Hati Tu ..siap perlu perli lagi |
|
|
|
|
|
|
|
Ame tangguh sebab nak jemput A Aida masuk Studio Sembang and minta maaf dlm tu |
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa I rasa AH kena bayar amount tu sebab dia tunjuk pendapatan dia? Yg dia x mampu bayar jumlah byk tu. I dont know la. Possible x ini jadi sebab denda tu kurang drpd 200k ke 10k? |
|
|
|
|
|
|
|
mawardia replied at 28-10-2023 01:20 AM
Kenapa I rasa AH kena bayar amount tu sebab dia tunjuk pendapatan dia? Yg dia x mampu bayar jumlah b ...
Tak babe kan tulis selepas meneliti bukti dan fakta kes. So dia kena bayar kos guaman je. Dia buat rayuan bukan untuk pengurangan amount dia buat rayuan kes. |
|
|
|
|
|
|
|
Sorry i team nek aida dari awal cerita ni |
|
|
|
|
|
|
|
Minta maaf pun leh tangguh2 sedangkan ajal tak bertangguh bila tiba.
|
|
|
|
|
|
|
|
Betul la tu. Menang tetap menang. Cuma dlm rayuan mahkamah mendapati kerugian taklah sampai 200k mcm A.Aida mintak. Kiranya rm10k tu cukuplah utk cover apa yg dah rugi. Itulah gunanya mahkamah rayuan. Peguam Amelia pun of course pandai juga manipulate itu ini.
Tapi menangguhkan maaf tu memang sombonglah. Maybe sebab geram pun iya. Dah la malu kalah, takkan nak minta maaf lagi. Mana nak letak muka kan. Yg penting A.Aida slayyyyyy... Bayar 10 sen pun aku tetap pihak yg menang gitewwww....
|
|
|
|
|
|
|
|
codenamedream replied at 28-10-2023 01:12 AM
Ame tangguh sebab nak jemput A Aida masuk Studio Sembang and minta maaf dlm tu
Kannnn...
Ala2 permohonan maaf cara ekskusif ajak masuk rumah dia dan live..
So ikut turn masuk show hahahaa |
|
|
|
|
|
|
|
bukan_ustazah replied at 28-10-2023 03:48 AM
Tak babe kan tulis selepas meneliti bukti dan fakta kes. So dia kena bayar kos guaman je. Dia buat ...
Ai pun rasa gini... Memang nek aida menang... Tp bila rayuan tu nampaklah bersebab utk merayu.. Sedikit ke arah win win situation gak. |
|
|
|
|
|
|
| |
|