CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6669|Reply: 7

Jasmin Hamid Lega 'Cyst' Dalam Rahim Mengecut, Tak Payah Bedah Buang Ketumbuhan

[Copy link]
Post time 29-10-2023 02:15 PM | Show all posts |Read mode
Pelakon Jasmin Hamid lega apabila dimaklumkan masalah cyst dihadapinya sebelum ini bukan kanser rahim.


Jasmin, 50, berkata, ketumbuhan yang terdapat pada bahagian rahimnya itu juga semakin mengecil malah doktor tidak menyarankan dia melakukan pembedahan membuang cyst.






"Saya mahu berkongsi dengan semua mengenai keputusan pembedahan perut saya baru-baru ini... Doktor maklumkan saya bebas kanser rahim.


"Doktor juga beritahu cyst pada bahagian sebelah kiri pun sudah hilang manakala sebelah kanan pun sudah mula mengecut.


"Doktor beritahu mungkin saya tak perlu buat pembedahan buang ketumbuhan itu," katanya.


Jasmin berkongsi khabar gembira itu menerusi hantaran di Instagram miliknya pada petang Ahad.


Bagaimanapun kata pelakon itu, dia masih perlu menjalani pemeriksaan secara berkala bagi memastikan cyst pada bahagian kanan rahimnya tidak kembali membesar.


Tidak hanya itu, doktor turut memaklumkan tahap kesihatannya juga semakin menunjukkan peningkatan.


"Doktor beritahu kesihatan saya semakin pulih, saya sendiri tak tahu nak cakap macam mana sebab gembira apabila bebas daripada kanser rahim.


"Alhamdulillah ini semua dnegan izin dan rahmat Allah serta berkat doa keluarga, rakan-rakan serta semua yang sayangkan saya," ujarnya.






September lalu Jasmin mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil pada ulang tahun kelahirannya.


Kata Jasmin, dia tergores hati dengan komen negatif netizen yang mengutuk perubahan fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan sedang dihadapinya.


Jelasnya, perubahan itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.


Tahun lalu, Jasmin mengalami serangan jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) namun tahap kesihatannya beransur pulih selepas mendapat rawatan.




Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-10-2023 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Cyst tu biasa lah...cuma pendarahan tu yg buat kita rasa takut...
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
alaa nape tak cerita journey mcm mana cyst tu mengecut
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 07:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Syukur bukan kanser....kalau buat biopsy nie memang stress nak tunggu resultnya

Semuga sihat selalu.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 08:18 PM From the mobile phone | Show all posts
syukur kak semoga cepat sembuh
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 08:37 PM From the mobile phone | Show all posts
3chanceno replied at 29-10-2023 07:46 PM
Syukur bukan kanser....kalau buat biopsy nie memang stress nak tunggu resultnya

Semuga siha ...

Yerr... Nak tau juga cemNa dia buat.. Iols da 2x operate fibroid...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-10-2023 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
xtahumenahu replied at 29-10-2023 08:37 PM
Yerr... Nak tau juga cemNa dia buat.. Iols da 2x operate fibroid...

Kesian nya sis 2x kena operate..

Tak dikongsikan camna boleh kecut. masalah ini sering berkait dgn hormones. Setahu meol, kalau masih ada  menses, kemungkinan masalah cyst/fibroid akan berulang tu memang ada.  Ada orang jaga pemakanan seperti kurangkan makan daging, ayam, dairy prods & kawalan tahap stress tu penting.

Semuga kita semua sihat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-10-2023 11:29 PM | Show all posts
Alhamdulillah, satu berita yg baik dan syukur dgn rahmat Allah swt, mengangkat penyakit yg diujikan. Barangkali juga Allah menduga2 kesabaran mereka yg diuji dgn penyakit, kemudian bila sembuh, apakah hikmah yg dpt dikutip ketika diterpa ujian yg sangat menakutkan.
Semoga Jasmin cepat sembuh dn sehat kembali.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 02:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042367 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list