View: 1766|Reply: 1
|
Subsidi ayam tamat Rabu ini, subsidi telur diteruskan
[Copy link]
|
|
Subsidi ayam tamat Rabu ini, subsidi telur diteruskan
Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Subsidi dan kawalan harga ayam akan ditamatkan sepenuhnya bermula Rabu ini.
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, bagaimanapun berkata subsidi dan kawalan harga telur ayam gred A, B dan C akan diteruskan menggunakan mekanisme sedia ada.
Mohamad berkata, penamatan subsidi ayam mengambil kira situasi dan trend semasa bekalan serta harga ladang dan kos pengeluaran ayam sudah mulai stabil.
"Kerajaan akan memastikan harga jualan bagi ayam akan diapungkan terus berada pada kadar yang munasabah," katanya.
Beliau berkata demikian pada Sidang Media Penamatan Kawalan Harga dan Subsidi Ayam di Menara Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), di sini, hari ini.
Pada pembentangan Belanjawan 2024, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengumumkan kerajaan menimbang untuk mengapungkan harga telur dan ayam tidak lama lagi selepas mendapati trend semasa menunjukkan bekalan kedua-dua sumber makanan itu kini stabil.
Beliau berkata, pelaksanaan tersebut membolehkan pasaran tempatan dapat berfungsi semula dengan bebas dalam memastikan keterjaminan bekalan ayam dan telur di pasaran, dan perincian mengenai langkah itu akan diumumkan oleh Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dalam dua minggu, selepas berunding dengan pihak pengeluar.
Anwar berkata, langkah juga dilakukan bagi memastikan manfaat subsidi yang diberikan sebelum ini hanya dinikmati rakyat yang berhak, bukannya warga asing dan golongan kaya memandangkan sejak 2022, kerajaan telah mengeluarkan subsidi keseluruhan sebanyak RM3.7 bilion bagi menampung kos ayam dan telur.
Sumber:https://www.bharian.com.my/berit ... di-telur-diteruskan
|
|
|
|
|
|
|
|
masyarakat memang masih memerlukan subsidi untuk bahan makanan, namun juga perlu untuk meningkatkan produksi ayam dan telur dalam negeriuntuk seimbangkan harga pada market. bila produksi ayam dan telur kalah dengan volume order inilah buat harga mahal dan perlu banyak subsidi dekat bahan makanan |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|