View: 6812|Reply: 30
|
Kena Sound Tentang Drama Surat Dari Tuhan, Janna Nick Hantar Mesej Kepada Ustazah Asma' Harun
[Copy link]
|
|
Ustazah Asma' Harun memuji Janna Nick seorang yang matang selepas namanya terpalit dengan kontroversi drama Surat Dari Tuhan.
Asma' berkata dia menerima pesanan mesej daripada Janna selepas dia menegur produksi drama berkenaan susulan terdapat babak tidak bersesuaian di hadapan makam Rasulullah S.A.W. di Masjid Nabawi, Madinah.
Foto: IG
Walaupun berada dalam keadaan tertekan namun Janna masih mampu menghantar mesej kepadanya dengan menggunakan kata-kata berhemah.
"Saya salute dengan dia (Janna) dan berharap ramai lagi artis yang boleh ikut cara dia menguruskan konflik.
"Saya terima DM di Instagram daripada Janna, dia mengirimkan mesej dengan baik dan berhemah... Daripada situ saya rasa bagus dan hebatnya Janna.
"Dalam keadaan sedang tertekan dengan apa berlaku, dia masih boleh menulis dan menyusun kata-kata sangat berhemah kepada saya," katanya menerusi sebuah video yang dimuat naik di saluran YouTube miliknya pada Jumaat.
Pendakwah itu turut berkongsi perbualan di antara aktres itu yang antara lain terbuka menerima teguran daripadanya.
Kongsi Asma', Janna dalam perbualan itu juga memberitahu menerima kecaman dan mengaku masih cuba memperbaiki diri menjadi individu lebih baik.
"Janna ada beritahu dia memang selalu follow saya dan berasa sedih dengan situasi yang berlaku kerana dia menerima kecaman daripada banyak pihak.
"Janna pun ada mendoakan saya semoga sentiasa berada dalam rahmat Allah. Dia mengaku dia seorang jahil dan pendosa, seorang hamba Allah yang lemah dan masih cuba memperbaiki diri," kongsinya.
Bagaimanapun Asma' menjelaskan kepada Janna dia menegur secara terbuka lebih kepada tenaga produksi drama Surat Dari Tuhan dan bukannya menuju kepada pelakon itu semata-mata.
Asma' memberitahu dia sedar Janna sebagai pelakon tiada pilihan dan hanya mengikut arahan diberi.
"Sebenarnya jika dilihat pada teguran, saya banyak menekankan kepada pengarah, penerbit dan penulis skrip. Kadang-kadang berlaku situasi di mana pelakon tidak mempunyai pilihan untuk tidak mengikuti arahan.
"Saya berharap pihak bertanggungjawab selepas ini lebih berhati-hati dan tidak boleh sesuka hati meminta pelakon untuk melakukan babak tidak baik dan akhirnya pelakon perlu menanggung kesan.
"Netizen tidak memberi kecaman terhadap tenaga produksi sebab mereka tidak kenal tetapi Janna yang terpaksa tanggung," jelasnya.
Malah, pendakwah itu turut menitipkan pesanan buat Janna supaya lebih berhati-hati dalam memilih skrip lakonan selepas ini.
"Jujurnya saya suka dan ramai yang sayang pada Janna. Pertama kali saya berasa kasihan kepada Janna kerana terpaksa membaca skrip tersebut.
"Selepas ini jika ada skrip yang Janna rasa tidak sesuai, Janna perlu pertahankan pendirian Janna dan jadikan pengalaman pahit ini sebagai satu hujah buat mereka," katanya.
Pada Selasa, Asma' membuat teguran terhadap satu adegan dalam sebuah drama baharu yang sedang ditayangkan di sebuah stesen televisyen swasta.
Difahamkan Asma' merujuk kepada adegan antara Janna dan Sheila Mambo dalam drama Surat Dari Tuhan yang dilakukan dalam sebuah bilik hotel berhampiran Masjid Nabawi.
Dialog dilontarkan berbunyi; "Hei perempuan, kau dengar apa aku cakap, depan makam Rasulullah ni aku cakap depan muka kau... Kalau Rayan benci aku, aku akan pastikan dekat Tanah Haram ni kau mampus!".
Asma' Harun
Tegas Asma' lagi pihak produksi tidak sewajarnya mengaitkan makam Rasulullah lebih-lebih lagi dialog dilontarkan mengandungi perkataan sama sekali tidak sesuai.
Lebih dikesalkan tambahnya, babak tersebut dipercayai dilakonkan di Tanah Suci berhampiran dengan Masjid Nabawi di Madinah. -CARI
Sumber: mStar
|
|
|
|
|
|
|
|
pelakon ada pilihan nak ambil offer atau x
mesti dia go through skrip tu kan?
|
|
|
|
|
|
|
|
Sapa penulis skrip tu? Janna ni walau dia gitu jarang dia menganjing atau melawan asatizah
Masa kes ustaz wadi dtg majlis kawen dia tu pun dia tak marah2 |
|
|
|
|
|
|
|
betul la kata ustazah ni, dia lebih tegur produksi
tapi bagus la janna jawab |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya director tu yg jawab
Npe dia buat scene maki2 tu kat tempat suci
Sedangkn diorg semua tahu kat sana kne jaga adab kelakuan dan percakapan
Boleh sgt korg berlakon maki2 tu luar dr tanah haram. |
|
|
|
|
|
|
|
yg ustazah2 nie mana tahu dialog mcm tu? ustazah pun layan drama melayu ke atau ada yg share dan minta pandangan. I nie idak le layan drama melayu. |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 3-11-2023 04:12 PM
yg ustazah2 nie mana tahu dialog mcm tu? ustazah pun layan drama melayu ke atau ada yg share dan min ...
kat tiktok ramai yg tegur pasal dialogue tu,sis. from there la,ustazah asma tegur. |
|
|
|
|
|
|
|
ohhh begitu. al maklumlah I xde tiktok. |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 3-11-2023 04:18 PM
ohhh begitu. al maklumlah I xde tiktok.
Pokok meranti buat la tt. Sronok oo tt byk hacks and tips. Resepi masak pon aku follow kt tt mudah and various. Dulu nk skrol resepi jenuh scroll cari kt utube. Kejap2 pause kejap2 play. Tt lg easy-going |
|
|
|
|
|
|
|
Ahh aku nk OT. Nk gtau aku baru perasan janna belakon xkayu. Sbb bru tgok jemputan ke neraka mmg best intonasi janna. Xkayu la pendek kata. Best2 dia talented and betul2 mghayati. |
|
|
|
|
|
|
|
pernah ada tp dah kena hacked. kemudian delete terus. fb i pun dah 2 kali kena. skrg x pernah update apa2.
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus janna matamg terima teguran
yg pelik team produksi tu tak de bagi statement apa2 ke diam gitu jeeeeeee |
|
|
|
|
|
|
|
Suchi replied at 3-11-2023 03:36 PM
Sapa penulis skrip tu? Janna ni walau dia gitu jarang dia menganjing atau melawan asatizah
Masa kes ...
Sis Rozie Rashid ngn sape ntah sorg lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 3-11-2023 05:07 PM
Sis Rozie Rashid ngn sape ntah sorg lagi..
Gamaknya la buat skrip gitu
Hati2 la bila nak sentuh pasal nabi ke apa |
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 3-11-2023 04:20 PM
Pokok meranti buat la tt. Sronok oo tt byk hacks and tips. Resepi masak pon aku follow kt tt mudah ...
Iols buat tt semata2 nk soping hahha
Terpaksa noks sbb seller tu asik nak wat live kat tt je takmo buat kat shopee
Pastu dia rajin lak tu wat contest iols plak mmg suka join contest
Depa ni lak kadang tu hari2 ada wat live harga lak murah 70% berbanding kat butik or website. |
|
|
|
|
|
|
|
fadz84 replied at 3-11-2023 09:07 AM
Sis Rozie Rashid ngn sape ntah sorg lagi..
Rozie Rashid ni yang kawen dengan penyanyi kumpulan Medicine tu ke?
Atau Rozie nenek Syasya Dolla?
|
|
|
|
|
|
|
|
Manusiabesa replied at 3-11-2023 04:21 PM
Ahh aku nk OT. Nk gtau aku baru perasan janna belakon xkayu. Sbb bru tgok jemputan ke neraka mmg bes ...
U tengok janna berlakon dgn mimi lana dlm Cari Aku di Syurga...cerita tu menyentuh hati sangat. Ada aeril zafril dan hun haqeem jugak.
Antara drama melayu yg memberi kesan. |
|
|
|
|
|
|
|
pokokmeranti replied at 3-11-2023 04:12 PM
yg ustazah2 nie mana tahu dialog mcm tu? ustazah pun layan drama melayu ke atau ada yg share dan min ...
Ada short scene di tktok. First i tengok mmg terkejut n nk marah...beraninya lahaiii brlakon gitu. Pastu tgok ustzh Asma dh tegur. Video tu pn i cari dh xda..dorg take down dh la tu. |
|
|
|
|
|
|
|
telracs replied at 3-11-2023 05:16 PM
Rozie Rashid ni yang kawen dengan penyanyi kumpulan Medicine tu ke?
Atau Rozie nenek Syasya Dolla? ...
Yg kawen yg Ejam Medicine tu.. nenek Syasya nama Rozie Othman.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|