CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2824|Reply: 27

Umur Dah 25 Tahun Tapi Macam Budak Sekolah Rendah

[Copy link]
Post time 6-11-2023 07:05 PM | Show all posts |Read mode
Kuala Terengganu: Usia mencecah 25 tahun tanggal 6 Julai lalu namun saiz badan Muhammad Afis Awis sudah  seperti kanak-kanak sekolah rendah dengan ketinggian 138 sentimeter (sm) saja.


Ada yang tidak percaya Muhammad Afis sudah dewasa walaupun dia sudah bertugas sebagai pembantu tadbir di Universiti Sultan Sultan Zainal Abidin (UniSZA), di sini.


Anak ketiga daripada tujuh beradik itu berkata, dia dilahirkan normal namun disahkan menghidap penyakit artritis idiopatik juvana (JIA) ketika berumur lima tahun.




Foto: Harian Metro




Pemuda dari Gong Badak, di sini yang juga pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) fizikal itu berkata, dia satu-satunya dalam keluarga yang ada penyakit berkenaan.


Katanya, simptom awal dialaminya adalah sakit sendi yang menyebabkannya badan dan tulangnya membengkok.


Akibatnya, Muhammad Afis hanya sempat bersekolah tadika selama seminggu saja sebelum berehat.


"Waktu itu, saya bersama keluarga menetap di Kelantan namun perlu berulang alik ke Hospital Selayang, Selangor untuk menjalani pemeriksaan lanjut dengan doktor.


"Mulanya tak dapat kenal pasti punca penyakit sampai doktor nak ambil air tulang belakang tapi ayah tak benarkan.


"Akhirnya iaitu dalam tahun sama, doktor dapat kenal pasti juga. Dua tahun juga saya rehat dan tak sekolah tadika sebaliknya terus masuk Tahun Satu.


"emeriksaan masih dijalankan cuma dalam tempoh tiga hingga enam bulan sekali dan sampai sekarang, saya masih bergantung dengan ubat tahan sakit, Prednisolone yang tujuannya mengurangkan keradangan sakit," ketika dihubungi Harian Metro.


Muhammad Afis berkata, kali terakhir ketinggiannya bertambah adalah ketika 2020 iaitu selepas mendapat vaksin kali kedua.


"Sebelum 2020, ketinggian saya adalah 127 sm dan lama juga tak berubah sehingga selepas terima vaksin kedua," katanya.


Mengimbas zaman persekolahan, Muhammad Afis, dia pernah diejek oleh rakan di sekolah malah dapat gelaran seperti pendek dan ketot hingga dia jadi lali


Katanya , ramai juga memandang hairan apabila dia berada di khalayak namun yang paling ketara sewaktu dia menyambung pengajian di kolej dan baru memasuki alam pekerjaan.


"Ada yang ingat saya budak genius waktu masuk kolej kerana nampak macam kanak-kanak.


"Waktu hari pertama menjalani latihan industri, majikan terkejut malah ada yang ingat saya anak kakitangan di situ.


"Bimbang juga nak minta kerja dulu kerana khuatir tak diterima disebabkan fizikal tapi rezeki saya apabila lepas temuduga walaupun panel penemuduga sangat terkejut sebaik lihat saya," katanya yang mempunyai berat 37 kilogram (kg).


Muhammad Afis berkata, cabaran lainnya adalah ketika mahu mendaftar untuk mengikuti kelas memandu bagi mendapatkan lesen kereta.


"Cabarannya adalah kerana saya diminta sediakan kereta sendiri yang sudah diubahsuai dan agak 'down' juga kerana waktu itu belum kerja.


"Bagaimanapun, rezeki saya apabila dapat kerja dan berjaya beli kereta sendiri. Awalnya saya beli pedal khas di dalam talian namun tak ada masalah rupanya bawa kereta macam biasa walaupun pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) macam tak yakin tengok saya.


"Alhamdulillah, saya lulus ujian memandu selepas percubaan pertama dan boleh memandu sampai sekarang walaupun ada saja yang memandang hingga saya berasa diri ini seolah barang pameran di muzium yang selalu diperhatikan," katanya.


Seperti insan lain, Muhammad Afis juga menyimpan impian untuk berumah tangga.


"Saya pernah ada teman istimewa namun hubungan kami bertahan sekejap saja dan dia pergi selepas pertemuan pertama, mungkin sebab tak boleh terima kekurangan saya.


"Meskipun begitu, saya belum berputus dan tetap berharap serta berdoa semoga bertemu jodoh dengan wanita yang boleh terima saya satu hari nanti.


"Saya juga merancang untuk beli rumah sendiri jika ada rezeki dan diharap impian itu tercapai," katanya.


Tambah Muhammad Afis, niatanya berkongsi kisahnya di TikTok adalah memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai penyakitnya.


"Saya juga mahu beritahu masyarakat yang saya bukannya orang kerdil tetap jadi begini kerana JIA," katanya. -CARI


Sumber: Harian Metro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya..rasanya he has strong support from family mentally dan financially..ye la ulang alik kelantan ke selayang mkn byk duit tu...and rezeki dia Allah buka berjaya dpt kerja elok...hrp dpt jodoh baik2 nanti...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:20 PM | Show all posts
siannya...
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Nk wat lawak pasal cocok air soci tu.
Tp mcm xsensitip pulak.
Yg cenonet kt tganu ka hapa tu pn bjodohan ngn lelaki normal, harap adik ni pn btemu jodohnya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin makwe tinggalkan dia lepas first date sbb rasa macam pedo ... tak semua org boleh nampak  dia dewasa
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 07:35 PM From the mobile phone | Show all posts
muka dia pun mcm bdk2 yg baju pink tu skali pandang mcm bdk darjah 6. mujur baju kelabu tu dah matang sikit ada kumis kot.
harap ada jodoh lepas ni
dok trg kerja gomen even pembantu tadbir pun dah blh selesa kalau pandai control kewangan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-11-2023 09:02 PM From the mobile phone | Show all posts
spesis Barkoba!
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 09:16 PM | Show all posts
badan aje kecik tu...kote nya besar dr org biasa...acik2 porum tak berminat?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-11-2023 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Try la buat group komuniti penyakit tu, mungkin bertemu jodoh disitu
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Kesian plak sbb kalau tgk rupa heols mmg ada rupa. Tp sbb ada penyakit, so nmpk budak2. Prempuan xberani. Mgkin boleh try cucuk vaksin 5 kali
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:19 PM From the mobile phone | Show all posts
anony-mous replied at 6-11-2023 10:55 PM
Kesian plak sbb kalau tgk rupa heols mmg ada rupa. Tp sbb ada penyakit, so nmpk budak2. Prempuan xbe ...

Ayat last mengekek iol gelak

Tp tu la
Dia agk confident sbb vaksin bertambah 11cm
From 127cm to 138cm in 3 years
Utk seorang yg berusia 22 masa cucuk
Klu org normal umur gini dh stop tinggi, melebar mungkin

Moga dimurahkan rezeki dan dipermudahkan urusan dek afis
U can do anything in your life
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2023 11:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Klu xdpt tackle yg tinggi2 tu, cuba cari yg setara. (Bkn mencerca, bg cadangan je). Mana tau lahir anak normal.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Ciannn…. Tapi takpe asalkan sihat, ada pekerjaan, hidup berguna dan diberkahi..
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:07 AM | Show all posts
Okey je dik yang penting tak hisap dadah.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 07:12 AM | Show all posts
baru tau ni sejenis penyakit & pemegang OKU
si bocil tu pun sama kategori la maknanya kan
dulu2 aku konpius dgn kemunculan si bocil
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 09:55 AM | Show all posts
Mcm bocil tu ke?? pelawak Indon tu??
Tapi dia ni muka semua nampak normal.
Macam Bocil tu nampak mcm OKU
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2023 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Thunderclouds replied at 6-11-2023 07:27 PM
Nk wat lawak pasal cocok air soci tu.
Tp mcm xsensitip pulak.
Yg cenonet kt tganu ka hapa tu pn bjod ...

Skang viral kt tt
Gambar graduation pompuan kenit kot. Tp cite sgt mcm kanak2 ribena.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
ifanonline replied at 6-11-2023 01:16 PM
badan aje kecik tu...kote nya besar dr org biasa...acik2 porum tak berminat?

Siapa top ? Siapa bottom ?
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 10:59 AM | Show all posts
syamzana replied at 6-11-2023 07:35 PM
muka dia pun mcm bdk2 yg baju pink tu skali pandang mcm bdk darjah 6. mujur baju kelabu tu dah matan ...

kan, yang baju pink tu cam siap berbedak akt muka..alolololo kiutnyeeehh



Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2023 11:26 AM | Show all posts
ooo ada lalu fyp haritu

dia cakap umur dah 20++ baru rasa macam baligh, sebab tiba-tiba tinggi naik, pastu jambang tumbuh

lepas stop ubat steroid untuk sakit dia
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:28 AM GMT+8 , Processed in 0.190186 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list