CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2314|Reply: 21

Bapa Jenis Apa Tergamak Rogol Anak 105 Kali! Lelaki Dipenjara 42 Tahun Dan 24 Sebatan

[Copy link]
Post time 8-11-2023 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Putrajaya: Seorang bapa tiri durjana dipenjara 42 tahun dan dikenakan 24 sebatan kerana merogol anak tiri perempuan sebanyak 105 kali dalam tempoh dua tahun.


"Bapa jenis apa yang merogol anak 105 kali? Satu kali pun kita tidak boleh maafkan, ini pula (lebih) 100 kali," tegas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hadhariah Syed Ismail.


Gambar Hiasan




Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan hukuman penjara dan sebatan yang disabitkan Mahkamah Tinggi Klang terhadap lelaki berusia 36 tahun itu.


Keputusan sebulat suara itu dibuat panel tiga hakim yang diketuai Datuk Hadhariah selepas menolak rayuan akhir perayu untuk mengurangkan hukuman berkenaan.


Dua lagi hakim yang turut bersidang ialah Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim dan Hakim Datuk Azmi Ariffin.


Sebelum ini, pada 27 Januari 2021, Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 1,050 tahun terhadap tertuduh, antara rekod hukuman penjara tertinggi bagi kesalahan merogol.


"Ini adalah keputusan sebulat suara, rayuan perayu (kurangkan hukuman) ditolak. Hukuman 42 tahun dan 24 sebatan (yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi) dikekalkan," kata Hakim Hadhariah.


Hadhariah berkata, dalam kes terdahulu membabitkan bapa atau datuk yang merogol kanak-kanak berusia 10 tahun, mahkamah memberikan hukuman maksimum 36 tahun kepada pesalah seksual itu.


"Mereka yang merogol anak sendiri tidak pernah takut dengan undang-undang, selepas kita letak dipenjara mereka kata sudah jadi orang baik," katanya.


Terdahulu, peguam KA Ramu yang mewakili perayu memohon mahkamah mempertimbangkan rayuan perayu untuk mengurangkan hukuman kerana selepas menjalani hukuman di Penjara Kajang banyak memberi pengajaran dan perayu ingin kembali semula ke dalam masyarakat.


Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Dhiya Syazwani Izyan Mohd Akhir selaku responden memohon mahkamah mengekalkan hukuman 42 tahun penjara dan 24 sebatan itu.


"Mangsa dirogol sejak 2018 dan pada 2020 baru ada keberanian untuk melarikan diri. Mak mangsa pergi kerja, perayu melakukan perbuatan terkutuk itu.


"Hukuman 42 tahun penjara adalah sangat wajar, dan dia mempunyai masa untuk bertaubat dalam penjara kerana 'he is sick'," katanya.


Dhiya Syazwani berkata, dengan hukuman itu akan memberi amaran kepada bapa dan bapa tiri di luar sana yang mahu mengambil kesempatan terhadap anak sendiri.


Lelaki itu didakwa atas 105 pertuduhan merogol anak tirinya di sebuah rumah di Sungai Way, Petaling Jaya, Selangor sejak 5 Januari 2018 hingga 24 Februari 2020 mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun serta sebat.


Dia dihukum penjara selama 1,050 tahun dan 24 sebatan oleh Mahkamah Sesyen pada 2021, sebelum Mahkamah Tinggi mengetepikan hukuman penjara itu pada Mac 2022 dan mengurangkannya kepada 42 tahun, manakala sebatan dikekalkan.


Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Azmi Abdullah dalam penghakimannya berkata, hukuman dijatuhkan Mahkamah Sesyen bersifat suatu mengikut perasaan dan berlebihan serta ia adalah suatu yang 'crushing sentence.'


Bagaimanapun, beliau menegaskan, mahkamah tidak boleh memandang sepi terhadap apa yang dialami oleh mangsa yang berusia 12 tahun ketika jenayah itu bermula. -CARI


Sumber: Harian Metro

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 01:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya ulam.
Kesalahan rogol oleh bapa/bapa tiri/datuk/pacik/kazen dll yg family related seeloknya kerat kote.
Percaya la..takat sumbat jel ngn sebat 100x pn depa xheran dh.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:31 PM | Show all posts
Edited by sufi^_^ at 8-11-2023 05:32 AM

Sepatutnya dikembirikan secara fizikal.

Atau gantung aje sampai mati.
Capital punishment untuk kesalahan rogol yang babitkan ahli keluarga atau zuriat sendiri.


Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:34 PM | Show all posts
Thunderclouds: Saya ulam.Kesalahan rogol oleh bapa/bapa tiri/datuk/pacik/kazen dll yg family related seeloknya kerat kote.Percaya la..takat sumbat jel ngn sebat 100x ...

kesalahan seksual ni dia lain sikit berbanding membunuh & Mencuri.
sebab perogol duduk dalam komuniti & masyarakat. boleh jadi sesiapa sahaja.
kalau pencuri biasanya nak membeli dadah
kalau pembunuh biasanya di sebabkan kemarahan melampau.
Kalau perogol ni ...takde dadah & tak marah pun dia rogol jugak.

Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:37 PM | Show all posts
patut sebat tu buat tiap 6 bln, baik je luka sebat lg sampaila 42 taun tu biar padan muka.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 01:39 PM | Show all posts
kerat kote, buang lato2 dan sulakan jubo mereka yg bersalah sebanyak perlakuan mereka, biar tau rasa sakit dijolok jubo dan xdapat membiak lagi.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2023 02:12 PM | Show all posts
macam mana diorang boleh tahu spesifik perbuatan rogol 105 kali !!! diorang estimate ke.
para2 perogol ni x leh ke penjara je sampai mati???
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:32 PM | Show all posts
gigahertz replied at 8-11-2023 01:34 PM
kesalahan seksual ni dia lain sikit berbanding membunuh & Mencuri.
sebab perogol duduk dalam komun ...

Ntah bila la nk buat national registry utk sex offenders mcm kt negara kapir tu.
Pandai depa design preventive mechanism sbb depa tau sex offender ni mostly mmg xleh control kelaku so jatuh atas kepala masyarakat utk take notice ada sex offenders idop dlm komuniti depa.
Everyone bulih access registry to check.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-11-2023 04:33 PM From the mobile phone | Show all posts
knp manusia skrg makin jht ek? masa kita kecik dlu xde pun mcmni kn
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 04:36 PM | Show all posts
sayurmayur88 replied at 8-11-2023 02:12 PM
macam mana diorang boleh tahu spesifik perbuatan rogol 105 kali !!! diorang estimate ke.
para2 perog ...

Betul la kot.
Estimation brapa kali sehari pak tiri saiton kerjakn dr umoq 10 sampai 12thn tuh.
Wallahu A'lam.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:40 PM | Show all posts
Gantung sampai mati atau sula sampai mampos je eloknya. Iblis laknatullah punya perangai.
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Ini pedo mangsa umur 12 tahun. Selayak nya duduk penjara sebat sampai mampus
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak kembali.ke dalam masyarakat?
Weols tak mau pedo
Shuh shuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:31 PM From the mobile phone | Show all posts
sayurmayur88 replied at 8-11-2023 02:12 PM
macam mana diorang boleh tahu spesifik perbuatan rogol 105 kali !!! diorang estimate ke.
para2 perog ...

Mcm sekali seminggu selama 2 tahun..
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapa tiri kan..kalau ada anak perempuan kanak2 & remaja..hold la dulu nak kawen lain tu..seriau zaman la ni
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2023 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedihnya. Tak terbayang situasi mangsa sepanjang 2 tahun tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-11-2023 03:49 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak payah bela kat penjara lama2, kesian rakyat yang duk bayar cukai.. gantung terus, bagi dia terima azab ALLAH terus
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2024 01:47 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 09:44 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2024 04:19 AM | Show all posts
Aku dah pening dengan CI ni.
Forummer xde nama dok up thread lama
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 05:27 AM GMT+8 , Processed in 0.050996 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list