View: 2854|Reply: 25
|
Amir Masdi Rancang Konsert Skala Besar Tahun Depan
[Copy link]
|
|
Penyanyi Amir Masdi mendedahkan dia mengimpikan untuk menganjurkan konsert berskala besar khusus untuk kepuasan diri dan peminat mereka.
Amir atau nama sebenarnya, Amir Syazwan Masdi berkata, dia juga merancang mengadakan konsert solo berskala besar tahun depan.
"Semuanya masih dalam perancangan termasuk lokasi yang dipilih untuk mengadakan konsert terbabit.
"Saya juga mempunyai lagu yang cukup untuk dipersembahkan dalam konsert nanti," katanya ketika ditemui selepas showcase Amir Masdi Album Tour di Tropical Klup di Changkat Bukit Bintang, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Amir berkata, dia kini lebih yakin untuk beraksi dalam konsert berskala besar selepas menjayakan showcase di beberapa lokasi termasuk di Kuala Lumpur sepanjang tahun ini.
Katanya, showcase Album Tour itu sebagai platform untuk membina keyakinan diri dan memperbaiki kelemahan ketika beraksi di pentas.
"Saya juga dapat mengukur baju di badan sendiri ketika beraksi di pentas. Selain itu persediaan yang perlu dibuat jika mahu mendendangkan lebih 15 lagu," katanya.
Ditanya kelemahan perlu diperbaiki pula, kata Amir, pihaknya juga dapat mengenal pasti kelemahan daripada sudut susunan dan pemilihan lagu menerusi post mortem dilakukan dalam beberapa showcase terdahulu.
"Saya juga perlu memperbaiki cara berinteraksi dengan peminat dengan lebih relaks dan santai. Maklumlah, saya seorang yang pemalu dan selalunya saya akan menyanyi saja ketika persembahan.
"Tapi berbeza dalam showcase album jelajah ini, saya yang perlu mengawal pentas dan ia adalah latihan buat saya sebelum buat konsert berskala besar," katanya.
Amir berkata, persembahan itu banyak memberikan impak sekali gus membantu mempromosikan albumnya di pasaran.
Menurutnya, ramai peminat yang teruja untuk membeli album fizikal ketika persembahan berkenaan.
Ditanya mengenai album fizikal, Amir berkata, dia mengakui kesukaran untuk menghasilkan album fizikal ketika ini kerana ada platform digital yang lebih ekspres.
"Apa-apa pun, saya percaya dengan kelompok peminat saya yang meminati dan mengumpul album fizikal. Pada masa sama, saya juga mahu berikan kepuasan kepada diri sendiri juga," katanya.
Sebagai penyanyi, Amir memang impikan untuk mempunyai album fizikal membabitkan bingkisan album pertamanya itu.
"Album fizikal itu juga akan menjadi nilai sentimental buat saya dan peminat. Untuk album seterusnya, saya dan pengurusan sudah berbincang untuk menghasilkan yang lebih baik supaya ia dapat memberi impak yang lebih besar menerusi penjualan album fizikal," katanya.
Sumber: Harian Metro |
|
|
|
|
|
|
|
wokey sokong2
hrp menjadi la bang |
|
|
|
|
|
|
|
Amir masdi ni suara boleh tahan sedap, tapi jenis penyanyi yg boring. Tak ada aura kah? |
|
|
|
|
|
|
|
Ramai ke yg nak pegi konsert mamat ni? Dia popular dgn lagu apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ko pun org tak tau, ko konsert palancau mat? |
|
|
|
|
|
|
|
Satu je nak cakap..amer ni comel tau tgk depan2 ????
|
|
|
|
|
|
|
|
Lagu dia banyak tapi tak banyak yg hit. Tak tau la peminat dia tak mengundi ke. Yg tak sedap pulak yg lepas masuk ajl. Personally i suka lagu asmara. Lagu lain semua tak sedap. Menurut saya sahaja. Telinga makcik2 |
|
|
|
|
|
|
|
Ada je lgu dia tk tk popular sgt..dia pn tk popular sgt..2 lgu je kot i pernah dgr byk kali..yg lain tu tk sdpp utk ddgrmmmtp suara dia best..minat jgk dia..kalau free nk je tgk dia... |
|
|
|
|
|
|
|
ok je nak buat konsert. dia pun baru release album..
kalau tengok dari tour album dia, ramai je yang datang..
cuma jangan la buat dekat stadium mcm axiata.
kalau buat dekat DFP ok kot
takpun Zepp |
|
|
|
|
|
|
|
Huwanadam replied at 17-12-2023 01:39 PM
Satu je nak cakap..amer ni comel tau tgk depan2 ????
yes lagi2 masa dia rambut pendek..elok gile..
|
|
|
|
|
|
|
|
ctnorenjoy replied at 17-12-2023 05:53 AM
Amir masdi ni suara boleh tahan sedap, tapi jenis penyanyi yg boring. Tak ada aura kah?
yes suara sedap lagi best dari khai..nama pun orang tahu tapi tu la macam sejenis tak boleh recall apa lagu beliau. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu kau pun acik tak tau nih. Hahaha
Kak EL tuh dah lejen kot, kau baru nak hidup. Mana maunya org nak gi tengok. |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu sedap2 tapi ntah kenapa tak hit. Gaya nyanyi pun dah ala2 ft. Berhenti mencinta tu best kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Mary_jane replied at 18-12-2023 12:37 AM
Lagu sedap2 tapi ntah kenapa tak hit. Gaya nyanyi pun dah ala2 ft. Berhenti mencinta tu best kot.
Management gagal |
|
|
|
|
|
|
|
Verangan is freeee dek non. Apooo lagu kau pun sendu setakat duet lagu dgn ella & dayang terus fefeeling ke? |
|
|
|
|
|
|
|
lovelytouch replied at 18-12-2023 05:34 AM
Verangan is freeee dek non. Apooo lagu kau pun sendu setakat duet lagu dgn ella & dayang terus fefee ...
Kheunz? Apo dia ingat dia setanding dgn pazzpizzpuzz keww yg punyai 7-8 albums under her belt yg mampu buat konsert berskala besar seperti kolpelir bila dia adakheun konsert pazzpestival tahun lepas kheunz?
|
|
|
|
|
|
|
|
lagu dia iols xtau tp yg pasti iols xsuka sepi sekuntum mawar merah versi beliau |
|
|
|
|
|
|
|
Lagu ko haram satu pun meolls tak tau apatah lagi nak sing along.. ekekekek |
|
|
|
|
|
|
| |
|