|
Hun Haqeem, 25, dinasihatkan oleh doktor untuk berehat selama tiga bulan selain mengurangkan aktiviti seni lakon.
Ini susulan dia telah menjalani pembedahan Anterior Cruciate Ligament (ACL) di bahagian kaki awal Oktober lalu.
Foto: IG
“Alhamdulillah, saya kini dalam fasa pemulihan selepas menjalani pembedahan ACL di bahagian kaki pada awal Oktober lepas.
“Doktor minta saya untuk berehat sekurang-kurangnya tiga bulan kerana ketika ini pun saya masih menjalani rawatan fisioterapi.
“Buat masa ini, doktor menasihatkan saya untuk kurang bekerja, jadi saya tidak mengambil tawaran berlakon yang memerlukan tempoh penggambaran yang panjang,”katanya kepada Utusan.
Selain itu, meminta supaya peminat dan pengikut tidak perlu bimbang dengan keadaan kesihatannya, Hun turut menolak andaian bahawa dia jatuh sakit kerana terlalu bekerja keras.
“Saya ini seorang yang sangat ‘passionate’ dalam apa yang saya lakukan. Apabila terlibat dengan satu-satu projek, saya memang akan memberikan sehabis baik.
“Pada masa yang sama, saya tidak menganggap jatuh sakit ini sebab terlalu bekerja keras. Tetapi mungkin Allah nak beri saya masa dan ruang untuk ‘bercuti’ sekejap.
“Sebelum menjalani pembedahan, kebanyakan penggambaran sudah hampir selesai jadi saya teruskan dengan komitmen yang sangat minimum.
“Saya bertuah kerana pihak produksi dan pengurusan sangat memahami dan memastikan kesihatan saya berada dalam keadaan yang baik dan optimum,”katanya. -CARI
Sumber: Utusan
|
|