CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 13156|Reply: 70

Gadis 16 Tahun Mati, Alami Darah Beku Di Otak Lepas Makan Pil Senggugut

[Copy link]
Post time 19-12-2023 03:02 PM | Show all posts |Read mode
Seorang gadis berusia 16 tahun maut akibat darah beku di otak selepas mengambil pil kontraseptif oral untuk mengurangkan senggugut.


Daily Mail melaporkan, mangsa, Laya Khan mengambil pil tersebut pada 25 November lalu ekoran sakit yang terlampau disebabkan haid.


Beberapa hari kemudian iaitu pada 5 Disember, Layla mula mengalami muntah dan sakit kepala.




Foto: Daily Mail




Bimbang dengan keadaan tersebut, ibu bapa Layla kemudian membawanya ke klinik dan pegawai kesihatan mengesahkan bahawa Layla hanyalah mengalami kembung perut. Namun, Layla dinasihatkan ke hospital sekiranya keadaannya semakin teruk.


Pada Isnin, dia mula menjerit kesakitan di atas katilnya sebelum rebah di bilik air. Layla kemudian dikejarkan ke hospital namun sepanjang perjalanan, dia tidak memberi sebarang tindak balas.


Layla disahkan mengalami darah beku di otak dan terpaksa dipindahkan ke hospital di Hull untuk menjalani pembedahan. Namun Layla disahkan mati otak dan meninggal dunia. -CARI


Sumber: Mail Online

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 03:40 PM | Show all posts
kesiannya..cantik budaknya..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 03:49 PM | Show all posts
ni yang macam pill kaler pink tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 03:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah consult doktor ke ambil pil tu?


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 04:17 PM | Show all posts
bahaya ke makan pil pink tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Ubat senggugut paling berkesan pada aku ialah tuam perut dgn air panas or heating pad & tido. Biasanya lepas bangun tido senggugut akan kurang or hilang. Tapi ade Dr. kadang2 tak nak kasik mc utk senggugut. Dorg suruh telan panadol or pain killer.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-12-2023 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
kesiannyaaa...ni ubt pink yg  sama kt sini ke..kwn i selalu beli kt farmasi..apa punca sesunggut eh?
i xpnh ada alahan gitu..
tp kdg tu ada je jgk.dlm sthn sekali skt perut yahamat bila period...dan period yg kaw kaw sampai xblh jalan mcm misscariage cmtu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 04:52 PM | Show all posts
Laki bila kita mengadu period pain disuruhnya telan pil, baca kat atas ni lagi lah takut nak makan pil semua tu. Tapi sakit kot.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 05:05 PM | Show all posts
kesiannya...nasib la anak dara iols x suka mkn pain killer..iols suh dia tuam perut guna botol air suam...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 05:08 PM | Show all posts
masa kat U dulu ada my fren kena inject pain killer kat bontot ke kat mana sbb teruk sgt senggugut dia setiap kali dtg period...dia boleh pitam kesakitan kalau tak cucuk...ntah kaum adam faham ke tak kesakitan senggugut ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah kenapa telan contraceptive pill pulak for period pain.  Paracetamol ke ibuprofen ke dah tak de ke kat UK tu. Macam2 budak2 sekarang kan dah meninggal.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by primarikey at 19-12-2023 07:47 PM

Klu senggugut minum je jus delima...tak pun mkn buah delima...insyaAllah dlm setengah jam dh hilang sakit senggugut...klu tak percaya try ler...nahh sharing is caring....semoga memberi manfaat.

5 Khasiat Utama Jus Delima untuk Wanita

1. Kesihatan rahim

Jus delima berperanan dalam menjaga serta menguatkan rahim wanita. Bukan itu sahaja, jus delima turut membantu menyuburkan rahim wanita. Ianya sangat bagus diamalkan untuk mereka ikhtiar hamil.

2. Haid

Bagi wanita yang mempunyai masalah haid tidak teratur, jus delima merupakan pengamalan yang sangat diperlukan oleh tubuh badan anda. Hal ini kerana, jus delima dapat mencantikkan dan melancarkan kitaran haid wanita.

3. Elak kanser

Antara kanser yang paling dekat dengan wanita adalah kanser rahim dan kanser payudara. Oleh itu, pengamalan jus delima dapat mengelakkan risiko untuk mendapat kedua-dua kanser ini. Jus delima juga dapat mengelakkan pembentukan sel kanser tersebut.

4. Kesihatan usus

Jus delima berperanan untuk membantu dan menjaga kesihatan usus wanita sama ada usus kecil ataupun usus besar.

5. Hormon

Jus delima juga berperanan menstabilkan hormon wanita . Jus delima dapat membantu memelihara kadar keseimbangan hormon semasa haid.

6. Masalah senggugut

Bagi mereka khususnya terjadi kepada wanita yang masih muda, jus delima juga dapat membantu mengurangkan masalah senggugut yang teruk yang terjadi kepada anda. Jika anda mempunyai masalah senggugut, jus delima adalah jus yang sesuai untuk anda amalkan
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Samerosie replied at 19-12-2023 07:29 PM
Dah kenapa telan contraceptive pill pulak for period pain.  Paracetamol ke ibuprofen ke dah tak de k ...

Ntah tak paham aku...kalo masalah period tak teratur yer la...kadsng dr akan prescribe contraceptive pil...kalo takat period pain ni amik painkiller je...aku penah sakit gilor...aku pi klinik...cucuk painkiller...tp takleh nak drive balik though rumah dekat je...aku minta dgn dr nak baring tido bilik treatment...
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:11 PM | Show all posts
Confirm ke ubat tu punca?
Sbb dalam 10 days tu maybe ade punca lain.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia amik ocp sbb piyed byk kott..

Iols pernah dgq satu kes minah ni amik ocp bertahun2.. pastu kena strok juga mcm adik ni.. cuma strok dia tak teyuk mcm ni.. strok dia sebabkan kehilangan penglihatan kat scotoma tu..
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 08:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam takziah kepada keluarga mangsa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-12-2023 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
mejaputih replied at 19-12-2023 05:08 PM
masa kat U dulu ada my fren kena inject pain killer kat bontot ke kat mana sbb teruk sgt senggugut d ...

Iols pernah kena cucuk kt montot jgk painkiller. Time tu mmg sakit yg sampai nak pitam. Mulut pun sampai biru dah sbb tahan sakit. Skrg ok sikit tapi kalau tak makan painkiller tu takleh buat keje.

Nak ambik mc tiap2 bln org pun tak percaya sgt sbb tak semua sakit gitu. Ada je jgk doc yg tak nak bagi mc.
Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Iols ada baca pasal manohara dia kata dulu period pain dia teruk sangat. Mula2 doktor kata masalah tak serius pun. Pastu jumpa gynae, scan ultrasound semua tu jumpa punca. Ada cyst kecil ke apa tah kat saluran tu. Pastu operate ke macamana tah, baru ok. Dah tak senggugut. Iols try cari post tu tak jumpa pulak.


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2023 09:13 PM | Show all posts
minum je la jus kunyit, blend sendiri je kat rumah... murah, selamat, menjadi..... yang remaja pun boleh minum...
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 03:41 AM | Show all posts
Kalau dah sakit teruk tu pergi la scan, kuat sangat sakit mungkin ada cyst atau benda lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:16 PM GMT+8 , Processed in 0.059201 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list