CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11921|Reply: 14

Gelang Emas RM8,500 Hilang, Ustaz Dan Pelajar Tahfiz Solat Hajat! Pencuri 'Panas' Pulangkan Dalam Bentuk Duit Tunai

[Copy link]
Post time 20-12-2023 09:21 AM | Show all posts |Read mode
Seorang wanita bersyukur apabila individu yang mencuri seutas gelang emas bernilai RM8,500 akhirnya memulangkan semula perhiasan itu baru-baru ini.


Bercerita kepada mStar, Norhazwani Che Wahid berkata, gelang emas milik adiknya itu hilang lima bulan lalu sewaktu mereka pulang dari sebuah kedai aksesori kereta di Terengganu.


Adiknya hanya menyedari gelang tersebut tiada di dalam beg galas yang dibawa setelah mereka pulang ke rumah di Kuala Nerus.




Foto: mStar




"Adik saya sedar gelang dia dah tak ada semasa beli makanan di warung berdekatan dengan rumah. Masa dia nak keluarkan duit dari handbag, dia perasan gelang tu dah hilang.


"Saya cakap mungkin terjatuh tapi dia cakap tak mungkin sebab barang lain semua masih ada. Jadi kami cuba ingat semula semua tempat kami singgah.


"Sebelum hilang tu kami ada singgah di pusat pameran untuk ambil kereta baharu dibeli adik saya. Kemudian kami berempat pergi kedai aksesori pula bersama ibu dan sepupu saya," jelasnya yang senang disapa Wani.


Wani berkata, adiknya tertinggal beg tangan miliknya sewaktu pekerja premis tersebut menukar aksesori kereta baharunya.


Menurut anak sulung daripada empat adik beradik ini, gelang seberat 34.33 gram bernilai RM8,500 sewaktu dibeli itu merupakan hadiah daripada ibu bapa kepada adiknya.


Foto: mStar




Pelbagai usaha dilakukan Wani dan ahli keluarga namun gelang tersebut tidak dapat ditemui dan adiknya akhirnya pasrah.


"Masa dekat kedai aksesori tu adik saya keluar dari kereta. Dia tertinggal beg tangan dalam kereta dan itu kali terakhir dia tengok gelang tu.


"Jadi kami syak orang terdekat yang ambil. Kami reda dengan kehilangannya selepas segala ikhtiar dilakukan. Kami ada juga minta tolong beberapa buah tahfiz dan ustaz untuk lakukan solat hajat.


"Tapi baru-baru ini adik saya hampir lima kali bermimpi wajah orang sama yang mungkin ambil gelang tu. Memang kami terasa barang tu dekat sangat, membuatkan kami buat solat hajat selama 18 hari berturut-turut," jelasnya.


Sehinggalah pada Rabu, keluarganya dikejutkan dengan satu bungkusan plastik hitam yang diletakkan di dalam raga motosikal bapanya.


Alangkah terkejutnya apabila dalam bungkusan tersebut terdapat wang tunai RM8,500 dan mereka terus menganggap barang kemas yang dicuri sebelum ini telah dipulangkan dalam bentuk duit.


Walaupun bersyukur apabila pencuri telah membayar ganti rugi tetapi mereka sekeluarga tetap berasa terkilan kerana pencuri itu dikatakan individu yang dikenali.


"Semasa ayah keluar rumah, dia terkejut apabila melihat satu bungkusan hitam dalam raga motor yang disorok bawah topi. Ayah terus bawa bungkusan tu masuk dalam rumah.


"Ayah buka bungkusan tu depan kami dan semua orang terkejut apabila wang RM8,500 ada dalam tu. Dalam bungkusan tu terdapat satu nota bertulis 'Saya minta maaf atas kes'.


"Saya syak dia ganti semula sebab dia berada dalam ketakutan sekarang selepas banyak posting dekat media sosial kami buat sebelum ni. Apa yang boleh saya katakan, berhati-hatilah dengan mereka yang pura-pura baik depan kita," ujarnya menitipkan pesanan. -CARI


Sumber: mStar
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Betoi ka..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 10:49 AM | Show all posts
tunjuk kulit dosa..
tunjuk gelang emas tak dosa
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:04 AM | Show all posts
taste makcik2 umo 60an je
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
gelang pesen founder timbang kilo
mahal pon huduh
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 11:52 AM | Show all posts
rm8k besar tu? nampak sangat emas kosong lompong.. janji besorrrrrr...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2023 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Design roti/bun ke nih..x suka design skrg karut2 je..paling buruk ketum..paper clips pon serabut je iols tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 02:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Kitty_catz replied at 20-12-2023 11:04 AM
taste makcik2 umo 60an je

Paten emas 60an bunga2 dengan daun2.. cantik taw.. halus2 lagi workmanship.. iols tak sempat pegang seketui yg nenek iols punya... Telan ailio je mikir balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2023 05:19 PM | Show all posts
VespaSilbe replied at 20-12-2023 02:18 PM
Paten emas 60an bunga2 dengan daun2.. cantik taw.. halus2 lagi workmanship.. iols tak sempat pegan ...

pattern dedulu halus mulus sbb tukang nya ada

yg sekarang ni kasar namatey.. pehtu mcm bermusim.. pulut dakap la, ketum la, ntah machiam2 lagi


design beso2 gini mmg idok le.. rentua suke kut
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2023 06:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur berapa pakai gelang emas besor gitu?
Iols tak minat emas jd mmg takde pakai seurat pun.
Knp dorang ni tak pakai emas kaler putih yg nampak classy
Cth gelang tu halus je tp harga 4 juta. Kaler putih mcm biasa2 je ha gituh
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 03:58 PM From the mobile phone | Show all posts
apa ke hauk la emas tu pun kau nak
mak2 mokcik2 kita ramai pakai besar gini
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2023 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
For some, less is more tidak terpakai dalam pemakaian emas
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2024 10:57 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2024 02:44 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2024 07:13 PM | Show all posts

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-9-2024 04:26 PM GMT+8 , Processed in 0.216764 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list