View: 22661|Reply: 6
|
Tiada Siapa Pukul Syasya Dolla, Peminat 'Overreact'
[Copy link]
|
|
Tular dakwaan ahli kumpulan popular Dolla, Syasya Rizal menjadi mangsa pukul lelaki dipercayai kekasihnya sehingga menyebabkan tangannya lebam.
Dakwaan itu dibuat oleh akaun Instagram milik peminat kumpulan tersebut iaitu @idolla.fansdolla_ yang memuat naik foto bahagian lengan dengan kesan lebam.
Bagaimanapun, wakil syarikat rakaman Universal Music Malaysia, Amir menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa lebam di tangan Syasya itu bukanlah akibat dipukul seperti yang dikatakan.
Amir juga sempat berseloroh dengan mengatakan lebam itu sebaliknya disebabkan oleh Syasya terkena gigitan makhluk halus.
"Eh! mana ada, tak betul tu (dipukul). Kami pun tak tahu kenapa tangan Syasya jadi lebam sampai macam itu.
"Kami sempat gurau cakap mungkin dia kena gigit hantu. Orang lama dulu kata lebam macam tu sebab kena gigit hantu," katanya.
Selepas bergurau tentang gigitan hantu itu. Amir sekali lagi menafikan sekeras-kerasnya dan mengesahkan bahawa penyanyi berusia 22 tahun tersebut tidak menjadi mangsa pukul sesiapa.
Bagaimanapun, Amir tidak menafikan bahawa tindakan Syasya memuat naik foto lengannya di Instagram telah mengundang kekeliruan dan salah faham dalam kalangan peminatnya.
"Biasalah budak budak nak tunjuk tangan ada lebam sikit tapi ada pula peminat yang overreact. Tiasa siapa pukul Syasya," katanya lagi.
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke pompuan ni sendiri yg post kt tt die?
post pon mengundang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul kene pukul mesti management diorang ambik tindakan....dh pump duit byk kot kt group nih.....takkan nk biar jer... |
|
|
|
|
|
|
|
jangan jangan betul kena pukul tak.
tapi pernah baca kalu selalu lebam tanpa penjelasan ni better pi checkup la takut ada penyakit darah. |
|
|
|
|
|
|
|
nampak mcm kurap kesan berkubang dlm parit je |
|
|
|
|
|
|
|
Ni mesti tido lepas asar kannn... iol salu gak dulu kena gigit antu ni bila terlajak tido pas asar.. tp biasenya peha la.. tak penah lg kot lengan. Ke penah? Tak ingat plak.. tp caye la benda2 ni, setad kazem pon ckp, djin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Try to follow empat2 org ni, stories diorg hari2 bosan ye. Balik2 kje, nyanyi ke sne ke sini. Sekali sekali update tgh dinner dgn family or kwan2.
Mcm tk fun life langsung, diorg betul2 tiru blackpink. Tu pn bosan gk, berhari2 tde stories, sekali skala tnjuk bnde random, pastu nyanyi, pastu pergi even, sekali sekala selfie.
Peminat diorg je lah gigih korek sekecil2 details buat assumptions.
Baik la iols follow pondan, kurang2 ade drama. Melawa tetap melawa, gduh tetap gduh haha |
|
|
|
|
|
|
| |
|