View: 8237|Reply: 0
|
MotoGP: Bastianini sedia pertahan kedudukan
[Copy link]
|
|
BASTIANINI sedia berjuang untuk mempertahankan kedudukannya bersama pasukan utama Ducati. - AFP
SEPANG – Pelumba Ducari, Enea Bastianini bakal memulakan musim 2024 dengan penuh tekanan apabila kedudukannya bersama pasukan itu cukup rapuh kecuali dia mampu mempamerkan aksi yang menakjubkan musim ini.
Pelumba Gresini Racing, Marc Marquez dan pelumba Pramac Racing, Jorge Martin dilaporkan menjadi calon terkuat untuk mengisi kedudukan Bastianini bersama pasukan utama Ducati sekiranya dia gagal sekali lagi musim ini.
Musim lalu yang menjadi musim debutnya bersama Ducati tidak berjalan lancar apabila aksinya diselubungi masalah kecederaan yang menyaksikannya gagal mempamerkan prestasi terbaik.
“Sukar untuk saya mengulas mengenai perkara ini sekarang. Saya harap Enea Bastianini masih lagi kekal bersama Ducati, namun ia masih terlalu awal,” kata Bastianini.
Musim lalu Martin mendedahkan bahawa terdapat klausa dalam kontraknya bahawa dia akan diserap ke pasukan utama sekiranya berjaya muncul juara dunia 2023, namun terpaksa akur apabila tewas kepada Francesco Bagnaia dalam perebutan tersebut.
Mengulas mengenai perkara tersebut, Bastianini mengakui dia tidak mengetahui mengenai perjanjian yang wujud itu dan situasi berkenaan tidak menjejaskan fokusnya untuk mengharungi musim baharu nanti.
“Pastinya musim baharu nanti penting untuk saya menyelamatkan karier dalam MotoGP selepas apa yang diharungi tahun lalu. Saya pasti tahun ini akan lebih berbeza.
“Saya tidak pernah hilang keyakinan untuk mengejar kemenangan. Musim ini saya lebih tenang dan secara mental serta fizikal, saya lebih bersedia,” jelasnya. – AGENSI
https://www.kosmo.com.my/2024/02 ... pertahan-kedudukan/ |
|
|
|
|
|
|
| |
|