View: 17738|Reply: 60
|
“Siap! Terima Kasih Yang Membeli Barangan Saya. Sudah Cukup RM75,000,” - Ali Puteh
[Copy link]
|
|
“SUDAH cukup RM75,000!”
ITU luahan gembira pelawak Ali Puteh akhirnya berjaya mengumpul sebanyak RM75,000 hasil penjualan barangan peribadi dan produk makanan yang diusahakan bagi melunaskan hutang kepada kakak iparnya, Nor Hidayah Hamzah.
Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, 35, berterima kasih kepada pembeli kereta, motosikal serta semua pembali sambal yang diusahakan bersama isterinya, Melati Fitri Abdullah.
“Siap! Terima kasih atas doa, terima kasih semua rakyat Malaysia. Semoga Allah membalas segala kebaikan anda.
“Terima kasih yang membeli barangan saya. Sudah cukup RM75,000,” katanya menerusi perkongsian dalam Instagram.
Hasil jualan berkenaan akan digunakan untuk melangsaikan tuntutan saman yang dibuat balu kepada abangnya
Allahyarham Abam Bocey iaitu Nor Hidayah Hamzah.
Meninjau ke ruangan komen, ramai dalam kalangan peminat yang turut berkongsi rasa syukur dengan usaha yang dilakukannya.
“Insya-Allah saya sokong bisnes Ali. Nak bayar jangan tunggu senang. Bayar sikit-sikit,” tulis seorang netizen.
“Bayarlah dan selesailah semua masalah. Semoga dimurahkan rezeki Ali sekeluarga,” kata pemilik akaun laman sosial lain.
“Kami tunggu Ali serahkan duit pada sebelah sana tu,” komen seorang pengikutnya.
Sebelum ini bapa kepada seorang anak itu menjual sebuah kereta jenis Honda Accord miliknya bagi mengumpul wang bagi membawar hutang berkenaan.
Dia juga dilihat turut menjual barangan kesayangan lain, termasuk sebuah motosikal RXZ.
Lebih menarik perhatian netizen apabila Ali juga sanggup melepaskan trofi kemenangan dalam program televisyen yang pernah disertai sebelum ini, Maharaja Lawak Mega.
Sebelum ini kakak iparnya itu mendedahkan Ali masih belum menjelaskan hutang kepadanya sebanyak RM75,000.
Jumlah tersebut membabitkan ganti rugi yang ditetapkan mahkamah selepas pelawak terbabit kalah tuntutan saman fitnah yang difailkan Hidayah pada Mei 2020.
Konflik antara Ali da Hidayah tercetus selepas kematian Abam pada Februari 2020 kononnya melibatkan pembahagian harta peninggalan pelawak itu.
Sumber – HIBGLAM |
|
|
|
|
|
|
|
Jangan kau campak duit tu kat dayah pulak sambil maki hamun dia. Bagi elok2, jernihkan hubungan kekeluargaan. Kot mana2 pun hamzah tu tetap anak buah kau. Jangan sebab kau tak suka dayah kau benci hamzah pulak. Ingat tu, ali. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan duit tuh kena serah kt loyar dulu ka camna??
|
|
|
|
|
|
|
|
Litam ni mana penah iklas. Dlm nak bagi2 tu pun mulot pongpang2 kuor mcm2 kata nista. Jijik laki bini.. |
|
|
|
|
|
|
|
jgn lupa buat live ye |
|
|
|
|
|
|
|
kau buat benda senyap2 tak boleh ke wei
|
|
|
|
|
|
|
|
Binodino replied at 16-2-2024 05:47 PM
Jangan kau campak duit tu kat dayah pulak sambil maki hamun dia. Bagi elok2, jernihkan hubungan keke ...
Teringat org yg hutang aku... dia buat2 lupa.. last2 aku bersuara mintak... lps tu..dia g mesin atm..ambik duit..campak kat aku...
Lorrrr????? Patut ada rasa malu la.. sbb hutang dh lama..x byr.. dia ingat main lebih kurang..burn2 je kot... vavi betol. |
|
|
|
|
|
|
|
Dayah.. klu dia nak jumpa hang utk by hand duit tu... hang jgn layan.. sbb dia nak buat content tu... silap2 sambil hulur sambil jatuhkan air muka kau.. baik kau lantik org tgh utk terima duit tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu berapa tahun dulu dia kata dah start bayar ke dah habis bayar
Lama lama baru dayan kata takde sesen pun bayar
Ni kali netizen taknak ditipu hidup hidup lagi tau |
|
|
|
|
|
|
|
Rasanya dia byr transfer, cash yg berkepuk atau syiling berkarung? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku xrasa si ali ni akan diam lepas ni. Cakap pun xde bunyi insaf lansung. Masih rasa dia mangsa, pusing sana pusing sini.
Tadi lalu kat tiktok dia cari sorang pompuan spore sbb mengata bini dia nangis masa jual kete tu. Ganjaran rm500
Kau miskin susah pun tetap ego nak bazir duit ke benda bukan2 |
|
|
|
|
|
|
|
Cyempaka replied at 16-2-2024 06:35 PM
Aku xrasa si ali ni akan diam lepas ni. Cakap pun xde bunyi insaf lansung. Masih rasa dia mangsa, pu ...
Hahaha harap ramai2 buat fake acc mengata dia n bini indon dia. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok muka keruh dia tu memg xkan berenti kacau dayah. Belum ada duit ritu pun berangan nk campak duit depan dayah |
|
|
|
|
|
|
|
dah cukup kan..jumpa loyer dayah gi bayar jgn lupa buat live sambil buat muka toya mcm dayah lak hutang dia..jgn berkompang sgt kang dah settle masih berkompang siang mlm meratib yg bukan2..bukan boleh caya |
|
|
|
|
|
|
|
amat simpati dgn nasib ali putih. sudah jatuh ditimpa tanggq |
|
|
|
|
|
|
|
Selagi takde apa2 dripada lawyer dayah yg kata kau dah bayar,sikit aku tak percaya. Dlu pun kau kata dah bayar sikit2 tpi dayah kta sesen pun tak bayar. Dlu kau kata dah bincang dgn lawyer nak bayar ansur2,tp lawyer kau sendiri tak tau apa2. Sb Dayah takmau kau bayar ansur2. Dia tau sgt dah perangai propahh kau. So nak bayar sila melalui lawyer eh.. setakat gebang dah cukup tak guna jugak. Tu pun nak membazir rm500 cari pompuan yg kutuk bini kau nangis. Usik bini kau tak leh,kau hina isteri arwah abang kau boleh pulak! |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus lah ada usaha nak byr saman walau byk bunyinya...lepas ni jgn berbunyi lagi..kang dpt saman lain takkan nak jual rumah pulak kan
|
|
|
|
|
|
|
|
Bayaran saman ni ada tempoh bayar ke? Kalau x bayar dalam tempoh kena sita harta ke? Sebab tu ke dia meroyan? Ada sapa2 boleh explain x |
|
|
|
|
|
|
|
i feel u wei..
cuma aku x dibayo lagi |
|
|
|
|
|
|
|
i tgh bertelekung ni..
tp i nk ckp jgk..nape mcm roghinyuck
|
|
|
|
|
|
|
| |
|