CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6890|Reply: 0

Australia akan bina tentera laut terbesar sejak Perang Dunia Kedua

[Copy link]
Post time 21-2-2024 10:06 AM | Show all posts |Read mode



SYDNEY – Australia menggariskan rancangan 10 tahun untuk menggandakan armada kapal perangnya termasuk meningkatkan perbelanjaan pertahanan sebanyak AS$7 bilion (RM33.5 bilion) dalam menghadapi kerancakan perlumbaan senjata di rantau Asia Pasifik.

Di bawah pelan tersebut, Australia akan memperoleh 26 kapal perang utama, berbanding 11 yang ada pada masa ini.

“Ia adalah armada terbesar yang akan kami miliki sejak Perang Dunia Kedua berakhir,” kata Menteri Pertahanan Richard Marles semalam.

Menurutnya, Australia akan membina enam kapal frigat kelas Hunter, 11 frigat biasa dan enam kapal perang tanpa manusia.

Sekurang-kurangnya beberapa armada itu akan dilengkapi dengan peluru berpandu Tomahawk yang mampu melancarkan serangan jarak jauh ke dalam wilayah musuh.

Pengumuman itu dibuat susulan penambahan besar-besaran persenjataan oleh pesaingnya, China dan Rusia.

Rancangan itu akan menyaksikan Australia meningkatkan perbelanjaan pertahanan kepada 2.4 peratus daripada keluaran dalam negara kasarnya (KDNK) dan melebihi sasaran dua peratus KDNK yang ditetapkan oleh sekutunya, Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Beberapa kapal perang akan dibina di Adelaide yang akan mewujudkan lebih 3,000 pekerjaan, manakala sebilangan lagi akan dibina berdasarkan reka bentuk dari Amerika Syarikat  dan reka bentuk yang belum diputuskan dari Sepanyol, Jerman, Korea Selatan serta Jepun. – AFP


This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:42 PM GMT+8 , Processed in 0.555188 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list