View: 5554|Reply: 0
|
Muslim buka langkah kanan dalam muay thai
[Copy link]
|
|
Muslim yang berusia 43 tahun menumbangkan lawannya, Atingpek pada pusingan kedua menerusi pukulan ‘TKO’. - Foto TikTok
KUALA LUMPUR: Bekas pemain bola sepak kebangsaan, Muslim Ahmad membuka langkah kanan pada penampilan pertamanya dalam sukan muay thai, malam tadi.
Lebih manis, Muslim yang berusia 34 tahun menumbangkan lawannya, Atingpek pada pusingan kedua menerusi pukulan 'TKO'.
Pada pertarungan yang berlangsung di Padang Serai, Kedah itu, dia yang beraksi bersama Sri Pahang musim lalu menggunakan lutut untuk menjatuhkan Atingpek sebelum dinobatkan pemenang.
Sebelum pertarungan, Muslim sudah menyatakan bahawa muay thai tidak asing buat dirinya dan dia memiliki asas dalam sukan itu.
"Sebenarnya saya sudah biasa dengan sukan muay thai ini dan dikelilingi orang-orang dari sukan ini sejak dari kecil, jadi saya dah ada sedikit asas.
"Tetapi saya tidaklah cakap saya secara rasmi sudah bersara dari bola sepak, cumanya sekarang saya masih menunggu tawaran daripada mana-mana pasukan," katanya.
Sebelum ini, BH Sukan melaporkan Muslim serius bagi menyertai pertarungan muay thai dengan dia dilihat seakan termuntah pada hari ketiga menjalani latihan.
Muslim menjadi antara pemain yang memiliki nama besar dalam kancah bola sepak tempatan dengan dia pernah menjulang Piala AFF pada 2010 bersama skuad Harimau Malaya.
https://www.bharian.com.my/sukan ... nan-dalam-muay-thai |
|
|
|
|
|
|
| |
|