View: 2826|Reply: 0
|
Nurelfira cipta sensasi di Australia
[Copy link]
|
|
ATLET muda dari Sabah, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf. FOTO Karim Batjo
Kuala Lumpur: Atlet muda dari Sabah, Nurelfira Umaira Mohd Yusuf mencipta sensasi apabila muncul juara dalam acara 80 meter lari berpagar bawah 14 tahun (B-14) dalam kejohanan 'WA State Track & Field Championship 2024' di Australia semalam.
Kejohanan berkenaan yang berlangsung di Stadium WA Athletics itu menyaksikan atlet cilik itu berjaya melakukan larian pantas melakukan catatan rasmi 13.10saat (s).
Meskipun melakukan catatan masa lebih baik dari atlet tuan rumah namun Nurelfira Umaira terpaksa berkongsi kedudukan pertama dengan Zoe Daby biarpun catatan masa dia 13.11s.
Lebih membanggakan, pelajar dari Sekolah Sekolah Kebangsaan (SK) Pasir Putih Tawau, Sabah itu turut muncul selaku pelari terpantas ketika aksi saringan pertama dengan catatan 13.43s untuk mengalahkan lima lari atlet tuan rumah sekaligus gus membawa dirinya ke pentas final.
Dalam acara yang sama itu, tempat kedua menjadi milik Aaliyah Garbin dengan catatan masa 13.26s sementara Miia Velthuysen yang melakukan 13.69s berada muncul pemegang nombor tiga. Kedua-dua peserta berkenaan dari Australia.
Sebelum itu, Nurelfira Umaira turut cemerlang apabila berjaya mengukir nama dalam acara 200m lari berpagar dengan catatan 29.93a untuk berkongsi kedudukan kedua bersama atlet tuan rumah, Aleeah Pike selepas mencatat masa yang sama.
Menurut ketua Jurulatih Dzulfikar Awang Anak, beliau melihat tiada apa yang mustahil untuk seseorang itu mencipta kejayaan di peringkat antarabangsa.
"Semua ini sebab boleh, kita mesti boleh bawa balik pingat dan semua ini tiada yang mustahil. Syukur kita berjaya meraih pingat emas dalam acara 80 meter lari berpagar bawah 14 tahun.
"Dari segi latihan, kita mengadakan latihan sepanjang tahun di SK Pasir Putih Tawau dan Stadium Tawau manakala latihan selama seminggu sebelum berlepas di Perth telah diadakan di Sekolah Sukan Bukit Jalil daripada 10 hingga 18 Februari lalu.
"Nurelfira dilatih dibawah kendalian coach Karim Batjo bersama saya sendiri, syukur ini adalah kejayaan yang membanggakan, "katanya.
Selain Nurelfira Umaira, terdapat dua lagi atlet dari Sabah iaitu Mohammad Syahzwan Willian dan Randy Ryann Samson turut cemerlang apabila berjaya memenangi pingat emas dalam lontar peluru serta lompat kijang lelaki B-15.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... ensasi-di-australia |
|
|
|
|
|
|
| |
|