View: 5267|Reply: 0
|
Coleman lebur impian Lyles
[Copy link]
|
|
COLEMAN (kanan) mengatasi Lyles. FOTO REUTERS
Glasgow: Impian Noah Lyles untuk meraih empat gelaran utama tahun terbantut selepas Christian Coleman mengatasinya sekali gus memenangi pingat emas dalam acara 60 meter (m) pada Kejohanan Tertutup Dunia di Glasgow, awal pagi tadi.
Coleman mendahului sejak permulaan dengan catatan masa 6.41 saat (s), catatan masa terpantas untuk jarak itu musim ini.
Ia adalah gelaran pecut tertutup dunia kedua untuk pemegang rekod dunia itu selepas sebelum ini meraih kemenangan pada 2018.
"Anda perlu menghabiskan masa 10,000 jam, menganalisis dan terus menjadi lebih baik dalam perkara yang anda tidak lakukan dengan baik," kata Coleman mengenai rahsia kejayaannya.
"Saya berasa lebih teruja berada di kemuncak prestasi dan melihat peluang seterusnya di hadapan saya," katanya mengenai prospek untuk bertanding di Sukan Olimpik Paris, selepas terlepas edisi di Tokyo kerana memenuhi hukuman penggantungan akibat gagal ujian doping.
Lyles, yang menyasarkan perlumbaan ini sebagai persediaan untuk menggondol tiga emas di Sukan Olimpik Paris musim panas ini, meraih perak dengan catatan masa 6.44s manakala atlet Jamaica, Ackeem Blake meraih gangsa (6.46s).
"Saya tidak berasa gembira, tetapi saya OK kerana ia adalah 6.44s, catatan kedua terpantas pernah saya lakukan hasilkan. Saya tidak akan pernah berasa berpuas hati dengan catatan itu.
"Saya sangat teruja untuk setiap perlumbaan seterusnya," kata Lyles.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... -lebur-impian-lyles |
|
|
|
|
|
|
| |
|