View: 12817|Reply: 53
|
Syamsul Yusof merajuk? Yusof Haslam harap hubungan kembali jernih
[Copy link]
|
|
Syamsul Yusof merajuk? Yusof Haslam harap hubungan kembali jernih
https://www.kosmo.com.my/2024/03 ... gan-kembali-jernih/
Oleh NUR EMIRA SAIZALI
3 Mac 2024, 3:43 pm
SEBAGAI bapa Yusof Haslam tidak putus berdoa semoga Syamsul Yusof pulang bertemunya dan isteri, Datin Patimah. - Foto Foto MOHD FIRDAUS JOHARI
SHAH ALAM – Penerbit Datuk Yusof Haslam mengakui anaknya, sutradara Syamsul Yusof belum pulang bertemu dengannya dan isteri, Datin Patimah sejak beberapa tahun lalu.
Menurut Yusuf, 70, putera sulungnya itu mungkin sibuk dengan penggambaran filem terbaharu sehingga tidak berkesempatan menghubunginya.
“Dia masih tidak berhubung dengan kami dan mungkin sedang sibuk dengan peggambaran filem Original Gengster yang dijangka ditayang pada tahun ini.
“Apa pun, saya dan ibunya sentiasa mendoakan yang terbaik. Tiada ibu bapa yang mahu melihat kejatuhan anaknya,” katanya kepada Kosmo! Online pada majlis pelancaran Al Aqsa Carpets Factory Outlet milik pelakon Dazrin Kamaruddin di sini, hari ini.
Mengulas lanjut, Yusof tidak menolak kemungkinan perkara itu berlarutan kerana Syamsul terkilan dengan isu yang berlaku antara mereka.
Namun, sebagai bapa dia tidak akan melakukan perkara serupa terhadap Syamsul sebaliknya terus berdoa agar kemelut antara mereka segera berakhir.
“Tak mengapalah, sebagai orang tua saya perlu berfikiran matang.
“Sebagai ayah, apabila anak bersikap sebegitu saya tak boleh melakukan hal sama. Kata isteri saya, kita serahkan kepada Tuhan.
“Saya rasa tiada anak yang tak sayangkan ibu bapanya, mungkin dia masih merajuk atau terkilan. Ramadan pun semakin hampir, saya sentiasa doa yang terbaik,” ujarnya.
Kata pelakon drama Gerak Khas itu, dia enggan mengulas panjang perkara itu kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan termasuk hubungannya dengan isteri.
“Kita tak boleh ubah takdir. Saya tak mahu komen lebih-lebih takut ada pihak merajuk selain mahu jaga hati semua orang termasuk isteri.
“Saya tak mahu hubungan dengan isteri jadi keruh hanya kerana benda ini. Semua yang berlaku masih baru dan harap ada penyelesaian.
“Sebagai anak, harus juga berfikir sendiri. Tepuk dada tanya selera,” katanya lagi.
Terdahulu, Yusof pada tahun lalu mendedahkan Syamsul sudah lama tidak pulang ke rumah tanpa mengetahui punca sebenar.
Syamsul pada Januari tahun lalu menjadi sorotan ramai apabila mengakui sudah bernikah dengan isterinya, Ira Kazar di Thailand dan bercerai dengan pelakon Puteri Sarah Liyana pada 13 Jun dengan talak satu. – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Open house raya tahun ini degawan maybe dah booking solident utk cuci pinggan. Tunggu je la mana2 tetamu open house yg rajin yg upload ig story kelibat solident nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Anak tidak mengenang budi betui |
|
|
|
|
|
|
|
70 dh? Steady lg ya dato. Aku ni belum tntu smpat hidup smpai 70 hahahahaha.
Watawan xbosan ke ulas sol je. Sol mcm tunggul, xpenah bg respons..klu aku xfedup dh nk siasat bab dia lg. Aku yakin dia dgn ik dh cerai. Tu je. Koser nk gigih cari dato datin lg. Zmn bila punya kes.. dh basi |
|
|
|
|
|
|
|
Pelik aku anak macam samdol ni
waktu mula2 dulu, siapa financier dia kalau bukan paknya
paloii.
|
|
|
|
|
|
|
|
sabar la Tok Sop. nanti bila tiba zaman kejatuhan Sol dan ego dia tertunduk, mesti dia pandai cari jalan pulang.
semua pun tau, Sol is nothing without Tok Sop.
gitcheww mak karang skrip drama keluarga sempena Ramadhan |
|
|
|
|
|
|
|
Ni betul2 real life sazali. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm mana hidup kau skrg notelo oii...tenteram ke weiii
mesti aman damai kan hidup kau belakangkan ibu ayah
tahniah notelo |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti ada untold story di balik statement pak ucop ni. Come on ucop, jadilah lelaki tegas & alpha male. Jgn kalah dgn timoh toxic. Beras kan tokcop beli. |
|
|
|
|
|
|
|
Nak kembali jernih..kenalah peluk cium bini baru dia dulu |
|
|
|
|
|
|
|
Degawan tengah garu biji tu sambil mimpi dapat rivu riban duit raya dari menantu kesayangan. Untung family degawan. Kaya hasil penat jerih tok usop… |
|
|
|
|
|
|
|
Anakko ada bini. Ko asyik2 ckp nak Sol je balik. Menantu ko xsebut? LOL |
|
|
|
|
|
|
|
alieyrina replied at 3-3-2024 07:53 PM
Anak tidak mengenang budi betui
Tp rezeki heols murah sentiasa. Lagu dia nyanyi dgn mawi tu betul2 gambarkan heols |
|
|
|
|
|
|
|
Pernah jumpa dato usop ni masa makan dekat restoran haslam, kulit dia elok dan Nampak muda.. |
|
|
|
|
|
|
|
X cerai lagi la tu IK dgn Sol |
|
|
|
|
|
|
|
Neraka kirim salam sol oiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Sol ko ubah jela bighah pakai pudah kelubung cam jahlop, pasti toksop sejuk hati..plus xdela sakit hati sgt tintimah sbb bighah dah kelubung nampak mata. Elok mata bighah pon pakai jaring2 cam burqa org arab tu xdela berapi sgt tintimah |
|
|
|
|
|
|
|
Tok Sop ambik side PS hari tu. Tu yang dia merajuk tu. Bila ibu bapa ambik side menantu, kena terima la kot2 anak bakalan merajuk. Sekarang pun true colors PS dah keluar sikit2. |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa Sol punnnn…
If yr parents ada makes mistake… maafkan je la..
Ibu ko tuuu
Ayah ko tuuu…..
Forgive them pleaseeee….
Call them Sol…. Talk to them… |
|
|
|
|
|
|
|
sok bila mak ayah dh xde, kau jgn menyesal pula... |
|
|
|
|
|
|
| |
|