View: 3671|Reply: 0
|
Pesilat Terengganu diberi tempoh bertenang lima hari
[Copy link]
|
|
WAN Muhammad Haikal meninggal dunia, pagi semalam.
Kuala Terengganu: Bagi menghormati pemergian atlet silat Terengganu, Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, semua pesilat negeri ini diberi tempoh bertenang selama lima hari.
Semalam, pesilat yang bakal mewakili Terengganu ke temasya Sukan Malaysia (Sukma) itu menghembuskan nafas terakhir pada 1.20 pagi ketika dirawat di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).
Terdahulu atlet berusia 21 tahun itu yang menjadi sasaran pingat buat Terengganu di Sukma Sarawak pada Ogos ini rebah ketika bertempur dengan lawan di peringkat suku akhir Kejohanan Pra- Sukma di Dewan Komuniti Taman Coral Heights, Sikamat, Negeri Sembilan.
Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya berkata, tempoh rehat hampir seminggu itu sebagai menghormati pemergian atlet berbakat besar dalam sukan silat itu.
"MSNT membenarkan semua pesilat Terengganu yang bakal bertarung di pentas Sukma edisi ke-21 nanti diberi tempoh rehat lima hari sehingga 9 Mac ini.
"Tempoh itu sebagai menghormati pemergian arwah Muhammad Haikal selain tempoh bertenang buat semua atlet yang mungkin terkejut dengan kematian atlet itu.
"Kita mengharapkan atlet yang sudah berada di fasa akhir sebelum kejohanan itu nanti tidak patah semangat, sebaliknya teruskan berlatih seperti biasa untuk memburu seberapa pingat di Sukma itu," katanya ketika dihubungi.
Ahmad Shahrizal berkata, pihaknya akan melakukan proses tuntutan insurans arwah sebagaimana polisi dibuat sebelum ini.
Jenazah anak keempat daripada lima beradik yang sepatutnya beraksi dalam Kategori Putra I (85-90 kilogram) itu selamat disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Alor Selising, Besut, kira-kira 10 malam tadi, dengan dihadiri lebih 200 masyarakat setempat termasuk ahli keluarga, rakan serta pihak MSNT.
https://www.hmetro.com.my/arena/ ... bertenang-lima-hari |
|
|
|
|
|
|
| |
|