View: 11199|Reply: 26
|
Dasyat! Padah Ambil Marissa & Aslam Jadi Model, Netizen Pakat ‘Report’ Akaun TikTok Butik Sampai Kena ‘Banned’
[Copy link]
|
|
Baru-baru ini, sebuah butik pakaian teruk dikecam kerana didakwa telah mengambil kesempatan ke atas kontroversi Marissa Dania, Aslam dan Umisya Mazlan untuk melariskan produknya.
Isu tersebut menjadi tular di platform media sosial dan pemilik butik berkenaan mendapat kecaman hebat malah disifatkan tiada empati gara-gara tergamak menggunakan krisis rumah tangga mereka untuk kepentingannya.
Disebabkan itu juga, ramai netizen marah dan berpakat untuk report hantaran video dan akaun TikTok butik berkenaan bagi mengajar jenama tempatan agar tidak ‘menunggang’ kontroversi orang lain.
Netizen juga berpendapat tindakan report akaun TikTok tersebut sebagai pengajaran kepada founder butik itu dan jenama yang lain agar tidak mengambil individu bermasalah (dalam kes ini, Marissa dan Aslam) sebagai model mereka.
Usaha netizen tidak sia-sia apabila akhirnya akaun TikTok jenama tersebut dilaporkan telah pun dinyahaktif dipercayai kerana report yang dibuat oleh ramai orang.
Menerusi X, seorang individu berkongsi tentang hal itu dan ramai warganet yang lain turut sama ‘meraikan’ kemenangan mereka untuk memberi pengajaran kepada founder berkenaan.
Bagaimanapun, mereka sudah pun menyedari kemunculan akaun TikTok jenama itu yang baru dan masing-masing sekali lagi berpakat untuk report sekali lagi.
Bukan itu sahaja, sesetengah individu mengajak netizen untuk turut report akaun Instagram mereka kerana meskipun video Marissa dan Aslam sudah dipadam namun tiada permohonan maaf dibuat oleh pihak butik.
Dalam pada itu, netizen turut menyeru orang ramai untuk memboikot mana-mana jenama tempatan yang suka ‘menunggang’ isu viral atau menggunakan individu bermasalah untuk marketing mereka.
SUMBER : Twitter/Beautifulnara |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga yang boikot2 tu tak berperangai mcm dorg |
|
|
|
|
|
|
|
Sakai je kelaku org malaysia, baik yg ponder, netz and semua yg berkaitan. |
|
|
|
|
|
|
|
nanti dia buat 50%-70% harga dah mark-up pun mesti ada orang bodoh support jugak...... sebab tu founder & brand-brand sial ni tak takut... |
|
|
|
|
|
|
|
Ayat last tu butik mana yg aniaya staff & intern kat penang tu???
|
|
|
|
|
|
|
|
Menyampah dengan founder2 yg desperate nih. Normalize kan benda2 yg kurang baik nak naik kan sales |
|
|
|
|
|
|
|
Ko memang mengidolakan mak tiri ko dek.. Muka tu mainkan peranan
Rasanya dapat support kuat dari mak tiri |
|
|
|
|
|
|
|
"Dalam pada itu, netizen turut menyeru orang ramai untuk memboikot mana-mana jenama tempatan yang suka ‘menunggang’ isu viral atau menggunakan individu bermasalah untuk marketing mereka..."
Setuju sangat2. Mmg bodoh yg tunggang isu viral sbb nk lakukan produk. Lps tu makin popular pulak orang2 tak bermoral ni. Entah siape2 tiber popular, dpt job sbb buat benda bodoh dan bermasalah.
Harap boikot berkekalan lah ye.
|
|
|
|
|
|
|
|
terbenam lagi dan lagiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Butik leeyana rahman pon ambik marissa jugak , tapi takde pulak org nak boikot….patut boikot je semua… |
|
|
|
|
|
|
|
Alip sukri tu dah lama wat gini takda sapa pun nak boikot
|
|
|
|
|
|
|
|
leeyana ni aku rasa mcm sebelum kes thailnd tu kot
pandai marissa senyap2 je. cuba kalu selepas ke siam
baru nk sign up
mampoih hidup balik org tanak amik dia
|
|
|
|
|
|
|
|
Bukan isu ambik Marissa ye Cik kak
Ambik dua dua bini then kasi minik no 2 aksi sweet dengan laki.
Minik tua tak tahu apa-apa dibiar posing sesorang . Tak tau pun dua ketul tu ada shooting jguak.
|
|
|
|
|
|
|
|
1 post anak yebbi pun xde dah ye kt ig ni |
|
|
|
|
|
|
|
Moh la kita jadi netizen yang bijak, boikot retis, founder, influencer & semua yang problem. Nanti diorang ni jadi contoh yang tak elok untuk anak2 kita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Baju raya taun ni nape laaa xde yg herlok..
Haha |
|
|
|
|
|
|
|
yg baju hitam berdondon2 ni butik apa? |
|
|
|
|
|
|
|
Bila lah forum ada option nak thumbs up for the replies. Ada komen forumers yg ada isi, but kadang2 I malas juga nak reply balik, prefer kalau ada option to thumbs up je.
Sesetengahnya, especially lelaki, tak nampak this part relevant. Lepas tu deduced netz bising ni condemn poligami = tak faham agama or feminist (in negative way).
|
|
|
|
|
|
|
|
prince_marhaen replied at 11-3-2024 01:02 PM
nanti dia buat 50%-70% harga dah mark-up pun mesti ada orang bodoh support jugak...... sebab tu foun ...
Bagus laa gitu..kalau sale smpi 70% sila pi beli..janji ponder ada akal sket lepas ni bila nk buat marketing |
|
|
|
|
|
|
|
Last2 smuanya psl marketing, netz yg laju panas bontot lol |
|
|
|
|
|
|
| |
|