Hubungan baik cuma tidak berhubung
Bukan itu sahaja, menjawab pertanyaan tentang hubungan bersama bekas isterinya itu, penyanyi ini menjelaskan hubungannya masih baik dengan Nourul cuma sudah jarang berkomunikasi lagi-lagi setelah anak perempuan mereka sudah dewasa.
Pada masa yang sama, bekas suami Nourul ini sudah mempunyai beberapa projek bagi merakam semula lagu-lagu bersama Nourul.
Hubungan kami baik dan tiada sebarang masalah, cumanya komunikasi itu semakin berkurangan apatah lagi anak kami sudah dewasa. Saya rancang rakam semula lagu-lagu popular bersama Nourul dengan penyanyi wanita lain seperti Elly Mazlein.
Untuk info, Nourul dan Ajai mendirikan rumah tangga pada Disember 1996 sebelum berpisah pada tahun 2007. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak perempuan, Ayu Nazirah.