CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 13774|Reply: 43

Tuntutan fasakh menantu Ketua Menteri Serawak disebut 24 Mac

[Copy link]
Post time 10-3-2011 03:32 PM | Show all posts |Read mode



Sebutan tuntutan fasakh Datin Seri Shahnaz Abdul Majid, menantu Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud, ditetapkan pada 24 Mac ini oleh Mahkamah Rendah Syariah di Kuala Lumpur hari ini. Hakim Syarie Mohd Amirul Adam Ahmad menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Rafie Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz selaku plaintif memaklumkan bahawa pihaknya tidak dapat menghantar surat saman tersebut kepada defendan, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.Menurut beliau, saman itu telah dihantar ke rumah Mahmud Abu Bekir (kanan) di No 8, Duta Nusantara, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Duta di Kuala Lumpur, pada 28 Februari lalu.Bagaimanapun, defendan yang merupakan timbalan pengerusi Kumpulan Cahya Mata Sarawak itu tidak hadir hari ini.

"Saman tersebut telah dihantar tetapi tidak diserahkan kepada defendan sendiri di mana ketika itu pembantu rumah yang menerimanya."Oleh demikian kami memohon supaya saman itu dihantar melalui surat berdaftar yang dikeluarkan oleh pihak mahkamah," kata Rafie.Mohd Amirul Adam bagaimanapun tidak membenarkan permohonan Rafie selagi plaintif tidak memfailkan afidavit berhubung tuntutan perkara itu."Sepatutnya failkan afidavit terdahulu, selepas itu baru saya boleh mempertimbangkan apa-apa permohonan," kata hakim itu. Rafie, kemudian memaklumkan bahawa pihaknya akan memfailkan afidavit itu  dalam masa terdekat.Ketika ditemui pemberita di luar mahkamah, Rafie memberitahu, Shahnaz, 48, telah memfailkan tuntutan fasakh tersebut pada 22 Februari lalu dengan mendakwa defendan gagal menjalankan tugas sebagai suami yang tidak memberikan nafkah batin sejak 2001.

Dalam tuntutan itu, Shahnaz yang merupakan kakak kepada penyanyi Datuk Sheila Majid, mendakwa defendan melakukan penderaan secara fizikal dan mental dengan menumbuknya di bahagian muka, kepala dan mata sehingga lebam, selain turut menendang rusuk dan mencekiknya.Selain itu, Shahnaz mendakwa suaminya suka memaki hamun dengan menggunakan perkataan kesat terhadapnya menyebabkan dirinya tertekan, aib dan mengalami gangguan emosi.Shahnaz, turut mengemukakan tuntutan mutaah sebanyak RM300 juta dan harta sepencarian bernilai RM100 juta terhadap ahli perniagaan itu.Plaintif menyatakan jumlah tuntutan tersebut adalah munasabah kerana mereka telah berkahwin lebih 19 tahun dan menyatakan defendan mempunyai pendapatan serta harta-harta yang mencecah berbilion ringgit.Plaintif juga memohon aset-aset milik defendan seperti tujuh buah kereta mewah, beribu hektar tanah di Sarawak dan saham di dalam 15 syarikat diisytiharkan sebagai harta sepencarian.Beliau turut menuntut sebanyak 50 peratus ke atas semua harta-harta itu, selain lain-lain perintah atau relief atau apa-apa yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.Pasangan itu mendirikan rumah tangga pada 9 Jan 1992 dan dikurniakan seorang anak lelaki, Raden Murya Abdul Taib Mahmud, 18.
   


kreadit to Malaysiakini
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2011 03:35 PM | Show all posts


Datin Seri Shahnaz Abdul Majid
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 03:36 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 03:56 PM | Show all posts
memang ada rupe sheila majid..hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-3-2011 03:58 PM | Show all posts
Reply 4# lana~yana~


    a'ah...tp tembam kan....shela majid cantik & comel...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:03 PM | Show all posts
Reply 5# faqihah82


    haah..tp cantik la dia ni dlm umur dia dh 48...hehehehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 10-3-2011 04:09 PM | Show all posts
Reply 6# lana~yana~


    betul...betul...
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 04:42 PM | Show all posts
Smlm berita ckp 10 tahu tk dpt nfkah batin...
Kesian mkcik ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-3-2011 05:03 PM | Show all posts
Reply 8# edmundo


    sangap la tu
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 07:37 PM | Show all posts
aku pernah jumpa mahmud ni face to face..masa tu dia dtg kat tempat aku berkerja..lagi handsome kalau real life tak nampak 48 pun..tapi friendly and humble giler..xde lah nak berlagak tak tentu pasal, ckp pun ckp BM takde plak nak esksyen ckp BI ke hapa
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 08:15 PM | Show all posts
sekali tuntut total RM400 juta
just imagine berapa punya kaya mamat ni
tu baru anak Taib harta ratus juta
bapak dia yg dah berkuasa berpuluh2 tahun tu mau billion dia punya harta
ni kalau kat Mesir dah lama kena guling coz lama sgt berkuasa
Mahathir tu pun tak lama mcm Taib ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2011 10:21 PM | Show all posts
aku pernah jumpa mahmud ni face to face..masa tu dia dtg kat tempat aku berkerja..lagi handsome kala ...
mortrainey Post at 10-3-2011 19:37



    Biasaklah nak ngurat hang atau pompuan kat opis hang....inie pon aku tenguk hang dah cair dah... ha..ha...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 12:17 AM | Show all posts
Lamanya...tunggu 10 tahun baru nak tuntut fasakh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 01:34 AM | Show all posts
laaa... selama ni makcik ingat derang dah lama bercerai
mahmud dah kawin 2 kali lepas shahnaz
mahmud ni mmg handsome, nampak macam 30an jer
anak makcik panggil dia " Hot Uncle Mahmud"
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 05:13 PM | Show all posts
lama gila x kasi nafkah batin..
ha kau skali tuntun berjuta2
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2011 08:56 PM | Show all posts
anak2 KM memang semua handsome2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2011 12:47 AM | Show all posts
Duit mano dpt banyak ni? Songlap balak ka???
Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2011 10:15 PM | Show all posts
400juta....?????? banyaknyer.....
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 02:13 AM | Show all posts
terkejut den 400juta?????????????????
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2011 11:43 AM | Show all posts
banyak betul harta dia.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:29 PM GMT+8 , Processed in 0.497878 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list