View: 24050|Reply: 186
|
Aliff Aziz Akui Khilaf Masuk Rumah Ruhainies – "Saya Bantu Bawa Barang ‘Shooting’ Miliknya Ke Atas Sementara Tunggu Kakaknya"
[Copy link]
|
|
Pelakon Aliff Aziz mengakui khilafnya adalah masuk ke rumah Ruhainies dan menunggu ketibaan adik-beradik aktres tersebut untuk makan malam sehingga mereka dicekup berkhalwat.
Kata suami kepada Bella Astillah itu, dia tidak terfikir pertolongan membawa barangan kegunaan penggambaran ke kediaman rakan gandingannya dalam drama Terjerat itu mencetuskan situasi tidak terjangka.
“Pada awal kejadian kami baru selesai penggambaran. Dalam perjalanan pulang kami berkonvoi dengan PA (pembantu peribadi) Ruhainies.
“Ruhainies ada maklumkan malam itu adik-beradiknya merancang makan-makan di rumah, jadi memandangkan ada adik-beradik lain tiada masalah saya turut serta dan saya juga memang kenal dan berkawan dengan kakaknya, Risteena.
“Semasa sampai di kondominium, saya bantu bawa barang ‘shooting’ miliknya ke atas sementara tunggu kakaknya yang masih dalam perjalanan, cara betul adalah kita sepatutnya tunggu di lobi,” katanya dalam kenyataan terbuka di Instagramnya sebentar tadi.
Perkongsian tersebut dimuat naik aktor asal Singapura itu serentak dengan kenyataan Ruhainies atau Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 31, yang sebelum ini berjanji mengeluarkan kenyataan berhubung insiden dicekup Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) pada Sabtu minggu lalu.
Menurut Aliff lagi, ketika mereka sedang berbual, pintu kediaman terbabit di ketuk seseorang, namun Ruhainies tidak membuka pintu berikutan faktor keselamatan sebaik mendengar suara lelaki.
“Ruhainies yang pada awalnya menyangka kakaknya telah sampai terdengar suara lelaki berbual di luar pintu dan selepas hubungi Risteena dia dinasihatkan jangan buka pintu sehingga dia sampai.
“Apabila adik-beradiknya tiba sudah ada penguatkuasa Jawi di depan pintu,” ujarnya.
Aliff yang mengakui terkejut berdepan situasi terbabit turut menyatakan Ruhainies meminta Risteena berbincang dengan penguatkuasa iaitu hanya akan membuka pintu sekiranya ada pegawai Jawi dan polis saja.
Pada masa sama bapa kepada dua cahaya mata itu memaklumkan kakitangan Jawi cukup profesional, malah dia dan Ruhainies hadir di pejabat agensi terbabit bagi memberikan kenyataan sebelum dibenarkan pulang.
Menjelaskan dirinya terkhilaf, sekali lagi Aliff menyatakan bukan mahu menegakkan benang yang basah, selain menegaskan tiada apa-apa terjadi antara mereka.
Dalam hantaran sama dia juga meminta maaf kerana telah mencalarkan nama sendiri serta keluarga susulan tangkapan khalwat itu.
Terdahulu, Ruhainies mengesahkan dia dan Aliff diserbu Jawi dan polis Diraja Malaysia di kediamannya di ibu negara pada 8 Mac lalu ketika kedatangan rakannya itu atas tujuan bertemu ahli keluarganya yang lain.
Ruhainies turut memohon maaf kerana berada dalam situasi yang menimbulkan syak wasangka negatif dan sepatutnya perkara see sedemikian dapat dielakkan.
Susulan tangkap khalwat pasangan terbabit, kelmarin Bella pula memfailkan permohonan perceraian di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Nama Aliff dan Ruhainies ‘panas’ sejak insiden tangkapan khalwat dibuat, kedua-duanya dibebaskan dengan jaminan dan bakal dibicarakan dalam tempoh terdekat.
Sumber – KOSMO! ONLINE
|
|
|
|
|
|
|
|
Oh berpakat jugak nak keluarkan statement,(masa,hari)
..ikut demo lah!kitonyo bare |
|
|
|
|
|
|
|
Kahkah...ini lain pulak...yg sorang kata jemput dinner...yg ko pulak kata bantu bawak barang...
|
|
|
|
|
|
|
|
Lama betul nk buat karangan ye
Kalau org tak menipu..on the spot dia leh explain |
|
|
|
|
|
|
|
Kengkonon dinner pukul 2 pagi? Tu dah lebih dari waktu supper
Acah2 tak terkesan ke deme 2 ekor ni? Urat malu dah tiada dalam kamus? |
|
|
|
|
|
|
|
Ada yg percaya ke cite dorang nih?
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Soalah aku..
Dah kenapa ko nak kena bawak barang kemut..pandai2lah dia hangkut sendiri..lagipon kata kakaknya otw, tunggu jelah akak dia sampai.hangkut jelah dengan kakaknyer si tina..
Dah kenapa nak kena lepak2 dalam rumah kemut..apa ko tak ada rumah ke..kat rumah ko sendiri ada bini ngan anak2 ko kan..apa tak best ke..dah boring ke ngadap anak bini ko..
Kenapa nak kena lepak malam2 dalam rumah kemut..boleh pikir benda mengundang fitnahkan.. Apa x lepak kat mamak ke..lepak kat carpark ke sementara tunggu tina..
Or sebenarnya korang mmg berkhalwat..tapi kantoi..so hasil perbincangan korang berdua masa shooting maka masing2 pun keluarkan stetment tak cerdik korang.. Sekian.. |
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 15-3-2024 05:57 AM
Lama betul nk buat karangan ye
Kalau org tak menipu..on the spot dia leh explain
Pastu elok plak alif tu setuju nk bercerai express bukan ke kalau tak salah ada drama pujuk memujuk?
|
|
|
|
|
|
|
|
DukunSentet replied at 15-3-2024 06:29 AM
Soalah aku..
Dah kenapa ko nak kena bawak barang kemut..pandai2lah dia hangkut sendiri..lagipon kat ...
Rajin dorang ni supper..jgn org nak buat makan2 waktu supper.. tok hans tangkap EF dan EE pun EF kata ada makan2 waktu supper. |
|
|
|
|
|
|
|
abes shooting biasenye dah malas nak masak2 ni lewat malam pulak tu
iols rela me time chill2 layan netflix |
|
|
|
|
|
|
|
ni pun sama, only sorry u got caught. stop la kotak katikkan bini, malukan dia, buat dia nampak bodoh depan orang ramai dengan bagi alasan merendahkan kebijaksanaan bini macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
kaedahnya replied at 15-3-2024 06:52 AM
ni pun sama, only sorry u got caught. stop la kotak katikkan bini, malukan dia, buat dia nampak bodo ...
Dia mmg saja buat karangan fiksyen camni supaya org nampak konon bini dia jeles tak tentu pasei
Tu pun ada acik porum yg percaya tu
|
|
|
|
|
|
|
|
pocongkiutss replied at 15-3-2024 06:54 AM
Dia mmg saja buat karangan fiksyen camni supaya org nampak konon bini dia jeles tak tentu pasei
T ...
dia memang anggap bini dia ni tak ada harga pun. sebagai alat nak cuci imej jah.
ye la sebab dia tunggang terbalik macam mana pun bini tu kutip balik, backup dia, sucikan imej dia akhirnya.
stok pompuan lain yang nak kat dia tu tak putus putus pulak takkan buat donno pulak.
bila kantoi, pujuk bini, getback, orang luar pun lupakan salah dia.
syok la kehidupan. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau dh habis shooting tu, balik tgk anak bini la. Melencong tlg angkat barang dan mkn mlm kt rumah org itu dh kenapa?
Sis tidak purchaya statment ni. Berhari2 baru keluar kenyataan, adalah fishy. |
|
|
|
|
|
|
|
Sian si Bella ni. Silap2 dengan alasan bodo dak Alep ni pun, dia akan u turn. Kadang2 kalau jadi bini ni kita memang jadi auto bodo. Tapi kat luar bijak bistari pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Kemut takut nak bukak.pintu sebab dengar suara lelaki. Abistu kau yg llaki pulak buat apa? Menyorok dlm selimut sebab ikut takut gak nak bukak pintu?? Bangang |
|
|
|
|
|
|
|
Haish dah ditangkap khalwat, kawen jer la. Mana ada lagi jantan yg berani nak kawen ko. Kalau ko ada bf pon, kalau kawen pasti diungkit2 sampai ko menopause. Contohilah syuk, hapiz dan ude. Memasing kawen dgn scandal. Jgn muncul lagi dalam industri seni. Buat business diam2. Skrg ni org sibuk nak g travel. Ha apa kata org dua buat bussiness ni. Jual fake hemis ke kat retis suam2… ha…. |
|
|
|
|
|
|
|
kuzaime replied at 15-3-2024 07:19 AM
Kemut takut nak bukak.pintu sebab dengar suara lelaki. Abistu kau yg llaki pulak buat apa? Menyorok ...
Dgr suara laki takut...tp ajak laki masuk umah x takut pulak ..ish ish ish...weng nya enko ni minah |
|
|
|
|
|
|
| |
|