Semlm nmpk kt ig
Speechless kita dgr hajiah nelofa dan haji nabil punya nasihat
Terpaling pemaaf sangat ya
Sedutan dr tulisan fb
Ibu yang meninggalkan anak-anak dan suami kerana lelaki lain itu benar ya.
Dalam menghadapi masalah hidup, pertamanya saya nasihatkan diri saya, sahabat dan siapa sahaja agar mendapatkan nasihat daripada pakar yang bertauliah, terapis atau kaunselor. Saya minta maaf, meminta pendapat selebriti atau influencer secara terbuka hanya akan memburukkan keadaan.
Dalam kes ini, pemanggil menceritakan bagaimana penderitaannya bermula apabila ibunya meninggalkan si ayah bersama dua adiknya yang lain, untuk menjadi isteri kedua lelaki lain. Pemanggil ketika itu berusia 13 tahun amat trauma dengan apa yang berlaku. Lebih malang, si ayah pula meninggal dunia.
Dia struggle membesarkan adik-adik dan ibu yang telah tiada dalam kehidupan mereka. Pada hari bergraduasi, si ibu datang bersama keluarga mereka. Wanita si pemanggil amat berat untuk menerima kembali si ibu.
Namun jawapan yang diterima daripada dua selebiriti ini agak tidak kena dengan kondisi si pemanggil.
Kita tidak berada di kasut mereka, jangan mudah menghukum jika si anak tidak menerima kembali si ibu.
Saya sendiri pun akan menasihatkan sesiapa sahaja agar berjumpa dengan terapis atau kaunselor bertauliah.
Trauma tidak harus dipandang enteng.