View: 12364|Reply: 28
|
Diana Danielle Respon Isu Duit Raya – ‘Apa Kau Ingat Nafkah Ke?’
[Copy link]
|
|
Duit raya merupakan satu budaya yang diamalkan oleh masyarakat Melayu di negara ini ketika menyambut aidilfitri.
Namun, terdapat segelintir individu yang tidak berpuas hati dan mempertikaikan jumlah wang yang diberi.
Isu tersebut turut mendapat perhatian penyanyi dan pelakon, Diana Danielle yang tampil memberi pandangan menerusi platfrom X.
Menurut Diana, duit raya yang diberikan adalah satu bentuk sedekah dan bukanlah kewajipan.
"Sekarang ini orang tak faham ke duit raya tu bukan wajib tapi ianya sedekah yang ikut keikhlasan dan kemampuan seseorang itu."
Dalam pada itu, aktres berusia 32 tahun tersebut menyelar tindakan segelintir individu yang disifatkan tidak bersyukur ketika menerima duit raya.
"Seringgit ke seratus ringgit ke, enjoy je lah the festive gesture, nak rasa entitled dan menghakimi sangat dah kenapa?
"Sampai kata kalau banyak ni baik tak payah bagi, apa kau ingat nafkah ke?"
Pelakon filem Imaginur itu berkata dia malah teruja menerima duit raya daripada bapa saudaranya dan tidak pula memandang kepada nilai tetapi keikhlasan.
"Relaks la, saya pun dapat RM10 dari pakcik saya, wah rasa berbunganya lama tak dapat duit raya.
"Enjoy faham, enjoy? Ni kerja tak puas hati je memanjang."
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan kenyataan Diana kerana ada di antara mereka juga turut berdepan dengan situasi yang sama.
Dalam pada itu, warganet berharap agar ibu bapa di luar sana menekankan nilai syukur dan adab kepada anak-anak mereka.
Sumber: X Diana Danielle/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
memang bongok orang yang condemn duit raya ni. no brain. dia ingat anak dia sekor je ke orang bagi. TAHIII |
|
|
|
|
|
|
|
mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by lightheaded67 at 17-4-2024 09:25 AM
nafkah |
|
|
|
|
|
|
|
Bersyukur laaa dapat gakk. Apooo mak pak mata duitan |
|
|
|
|
|
|
|
seronok bg duit raya kt adik beradik, ank buah
mcmn seronoknya kita dulu2 dpt duit raya
i wish i could give more
|
|
|
|
|
|
|
|
tah...sibuk la kata dua ringgit tu tak cukup utk bebudak.. eh bebudak mana guna duit sgt pun.. drg guna buat beli apa je? ni mesti jenis mak pak yang tibai duit raya anak yg tak puas ati tu |
|
|
|
|
|
|
|
Iolls buat priority. Duit raya kan sedekah. Bajet pun limited. Mak Ayah, adik2 y masih status student, anak2 sedara then anak2 sedara mara. Yang x berkaitan tu makan biskut raya jer lah. Anak2 sedara mara sepupu sepapat pun priority bagi kat babies then ada lebih baru bagi kat budak2.
|
|
|
|
|
|
|
|
kan...
duit ku sukahatiku la nak bagi berapa.
bukan mereka pon bersengkang mata kerja siang malam.
|
|
|
|
|
|
|
|
Aku, anak jiran rm3, anak sedara drpd 2nd cousins ke atas rm5, anak sedara 1st cousin rm10, anak sedara sendiri rm30, anak sendiri rm50, pakcik makcik mak mil fil rm50, anak2 kwn2 yg paling rapat rm10.
Ha gitu pembezaannya.. ikut bajet aku. |
|
|
|
|
|
|
|
samadengan
dak dak yg dtg rumah masa marhaban, masa raya..
anak2 sedara bg lebih sikit..
|
|
|
|
|
|
|
|
Isu duit raya ni, dari duluuuu lagi orang macam x nampak ikhlas kita, dah macam 1 benda wajib pulak tiap2 tahun. Kadang budak2 x tau apa, tapi yg mak bapak dia pulak soksek2 kat belakang cakap kita bagi sekian2 amount aje kat anak dia |
|
|
|
|
|
|
|
berapa nilainya pun, bersyukurlah bila ada yg peruntukkan sedekah (duit raya) tahun demi tahun. |
|
|
|
|
|
|
|
thn ni budget2 sbb anak2 masuk skolah..memang baju raya dah settle awal tahun tapi berjimat2 apa patut..niat sedekah..thn sudah rezeki lebih dapat la lebih tahun ni bersederhana.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku yg da tua bangka ni,duit berkepok bila dapat duit raya rm 3 dari sepupu pun rasa dunia ini aku yg punya,rasa feeling masa kecik2 dpt duit tu dtg balik, seronok gila. Kudos to sepupu aku la dia cuba hidupkan perasaan n suasana tu pada adik2 sepupu. dia sebenaqnya bukan pada amount, tapi keseronokkan yg kita dpt tu xdpt dibeli dgn wang ringgit. org yg bising pasal amount ni adalah mereka yg laparkan duit raya anak2, sbb selalunya budak2 ni seronok sbb dapat duit je, tapi depa xtahu duit depa pegi ke mana. |
|
|
|
|
|
|
|
KamikuP replied at 17-4-2024 09:17 AM
mEOLLS masih bagi RM2.00 yaach kat budak2 yg dtg beraya.. kecuali anak sedara meolls bagi lebih siki ...
X salah pon. Lagi2 diorang dtg beramai2. Bagi sikit sorang biar semua merasa. Tgk pada kelaziman korang, jenis rmh selalu kena serbu atau mmg sendu budak2 x dtg. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau yg bg tu keluarga dekat, fahamilah bahawa anak kau tak comel la tu.. ataupun kau sekeluarga kelihatan miskin.. yg org pikir rm3, rm5 tu besar utk dia. terima je la kenyataan. ada org xtergamak nak bagi amount sikit utk anak2 org kaya.
kalau yg bagi tu sedara jauh atau sekadar jiran2 je, elok benam je kepala pak dia dalam lumpur. kau ingat anak kau special sgt orang nak bagi byk2? org bagi pun dah besar rahmat dah |
|
|
|
|
|
|
|
tetinggal keteapi iols psl isu duit raya ni tp remai btl retis yg ulas. isu netizen kn? masa lopa tayang duit raya anak xnk pulak korg ulas. |
|
|
|
|
|
|
|
tengok jugakla tahap ekonomi yg member tu camne. dpt cam i sedara mara dekat jauh yg kecik2 ni ramai pengsan la kalau nak membagi sorang rm5. |
|
|
|
|
|
|
|
best friend hakak bagi duit raya. huhu thanks bestie. dia ikhlas so kita kena hargai, tak ternilai bila someone sudi ingat kat kau yg dah tua |
|
|
|
|
|
|
| |
|