CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6628|Reply: 0

'Menang atau pulang awal'

[Copy link]
Post time 20-4-2024 11:35 AM | Show all posts |Read mode

Skuad B-23 negara menjalani latihan menjelang pertemuan dengan Vietnam. - Foto FB FAM

KUALA LUMPUR: Menang atau pulang!

Skuad Bawah 23 tahun (B-23) negara tiada pilihan selain perlu menumbangkan Vietnam pada aksi kedua di Stadium Antarabangsa Khalifa, malam ini, sekiranya mahu menghidupkan peluang pada Piala Asia B-23 di Qatar.

Ini boleh dianggap sebagai 'penentu' nasib buat mereka bagi kempen kali ini sama ada perlawanan menentang Kuwait akan menjadi aksi yang bermakna ataupun sekadar menjadi perlawanan pelengkap kumpulan.

Melihat kepada aksi pertama menentang Uzbekistan, skuad negara tidak boleh mengulangi kesilapan sama dengan memberikan gol 'mudah' khususnya menerusi sepakan penalti dan juga membiarkan lawan 'bersenang-lenang' masuk ke dalam kotak penalti.


Justeru, skuad negara perlu mengambil semangat ditunjukkan pemain pada edisi 2018 apabila mereka berjaya bangkit pada aksi kedua untuk mengikat Jordan 1-1 meskipun dibelasah Iraq 4-1 pada aksi pertama sebelum itu.

Kebangkitan pada aksi kedua itu jelas menjadi pembakar semangat buat skuad Harimau Muda untuk menundukkan Arab Saudi 1-0 pada aksi terakhir sekali gus mencipta sejarah mara ke suku akhir pada penampilan pertama mereka di Piala Asia B-23.

'Semangat 2018' ini perlu menjadi inspirasi buat skuad bimbingan Juan Torres Garrido kerana jika mereka gagal lagi, ini sekali gus menyaksikan mereka mengulangi 'Tragedi 2022' di mana mereka turut 'bungkus' seawal peringkat kumpulan.

Pada edisi 2022, mereka tumbang 1-4 di tangan Korea Selatan namun kebangkitan diharapkan pada aksi kedua berkecai apabila mereka tewas 0-3 di tangan Thailand - nasib mereka segera ditentukan hanya selepas dua perlawanan.

Lebih memeritkan, mereka pulang tangan kosong apabila tewas buat kali ketiga, kali ini di tangan satu lagi seteru ASEAN, Vietnam dengan keputusan 0-2.

Pertembungan malam ini secara tidak langsung menjadi medan terbaik untuk skuad negara menebus kekecewaan di Uzbekistan, dua tahun lalu selain memburu tiga mata pertama pada kempen kali ini.

Sama seperti Malaysia yang memiliki beberapa pemain yang sudah beraksi di pentas senior, Vietnam turut membawa lima pemain yang beraksi di Piala Asia 2024 di Qatar, Januari lalu.

Antaranya adalah Nguyen Van Tung, Nguyen Van Viet, Khuat Van Khang, Nguyen Thai Son serta Nguyen Dinh Bac dengan pengalaman bersama skuad senior 'Naga Emas' pasti membantu mereka mengharungi saingan B-23.
https://www.bharian.com.my/sukan ... ng-atau-pulang-awal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-11-2024 11:17 PM GMT+8 , Processed in 0.047266 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list