View: 4791|Reply: 11
|
Punya hati emas, pemaaf, Abby Abadi dikagumi netizen
[Copy link]
|
|
"TABIK hormat kepada Abby. Paling banyak tersakiti tetapi boleh menjadi menyatukan semua orang.”
Demikian pujian netizen buat pelakon Abby Abadi yang dilihat berkumpul bersama keluarga besarnya termasuk Marissa Dania dan Memey Suhaiza meski hati pernah dilukai.
Perkara tersebut dilihat dalam sebuah video hantaran Abby atau nama lengkapnya Arbaiyah Abdul Manan, 47, yang beraya di rumah bekas suaminya, Norman Hakim.
Abby bersama isteri Norman iaitu Memey turut mengenakan busana dan tudung sedondon rona hijau sekali gus mencerminkan kebahagiaan kedua-dua keluarga.
Dalam masa sama, Abby juga menunjukkan kemesraan bersama anak keduanya itu sekali gus meleraikan persengketaan antara mereka selepas Marissa membelakangi ibunya dalam membuat keputusan menjadi isteri kedua Ahmad Aslam.
Rata-rata netizen kagum dengan keterbukaan Abby yang masih boleh berbaik selepas mengharungi pelbagai konflik dalam keluarga.
"Sedar tak sedar, cara Abby merupakan dakwah. Melihat kebahagiaan dan kemesraan rumah tangga walaupun dugaan serta ujian datang,” kata peminat.
“Macam mana nak jadi positif seperti Abby. Saya selalu cuba tetapi jauh di sudut hati ada rajuk dan luka,” ujar pengikut.
Sebelum ini, pelakon drama Gerak Khas itu dipertemukan dengan menantunya, Ahmad Aslam yang merupakan suami kepada, Marissa pada 1 Syawal lalu.
Abby turut memaklumkan bahawa hari raya tahun ini merupakan peluang untuk semua pihak memperbaiki kesilapan lalu.
Untuk rekod, Marissa dan Aslam bernikah tanpa pengetahuan keluarga dan isteri pertama suaminya iaitu Umisya Mazlan di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Abby terpaksa tebalkan muka jgk tu gi rumah normiang buat2 happy beraya maybe tu je cara nak baik dgn markisa. Dalam hati dia remuk takde org kesah. Kesian. |
|
|
|
|
|
|
|
Bijik ape mende ni kene kagum? |
|
|
|
|
|
|
|
Cara abby tak salah pun.
Dari hidup ko bitter sampai ke tua. Terima je la qada dan qadar.
Of cos la.unpopular opinion |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti la dia pemaaf, anak dia yang menyondol. Cuba kalau anak dia yang disondol, mau dia maki hamun tanpa henti |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaaa..korang ni..abby dh baik berdamai mcm ni pun korang tak puashati jugak..dah tu korang nak suruh dia merentan bertahun2 mcm ritrud ke |
|
|
|
|
|
|
|
ala dikkk
nanti gaduh lagi spill jantan dayus dia yang tanggung anak2
xyah la korang caye happy happy social media ni |
|
|
|
|
|
|
|
Ala Abby terima je la dah tu pilhan anak ko kawen kat Siam.. ko pun sama kawen kat siam gak dulu.. Dohtu??? |
|
|
|
|
|
|
|
Yg adik muka serupa Memey, yg akak gedik bergambar terteleng2 sama dgn Memey sebelah menyebelah. |
|
|
|
|
|
|
|
tak teruja pun...retis...cam x biasa berlakon. |
|
|
|
|
|
|
|
Dh yg buat prngai tu hat muka herlok t20 mudah la maafkan terima balik...., now aman2 ajak budak merkesah tu review tempeyek..... cuba yg wt prngai si adik yg muka pprt tu..... halau rumah jgn balik lgsg rasanya.. eh nape huduh ek yg si adik tu. Muka xmnjdi lgsg. Yg llki tu pun sama.. gigih bina badan tp tetap muka tokleh ejas apa dh. Papepun bakyah mudah maafkn resah sbb resah herlok sikit wahai rkyt mlysia sekalian...... celik lah mata wahai rkyt... belum kah anda kenal bakyah bagaimana........ titik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|