CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9805|Reply: 0

[Selangor] Penduduk merana kilang buang sampah di merata tempat

[Copy link]
Post time 30-4-2024 05:14 PM | Show all posts |Read mode

SANGEETHA (kanan) bersama Pegawai Majlis Perbandaran Kajang ketika tinjauan pembuangan sampah haram di Jalan Mega 2A kawasan Peridustrian Mega, Bandar Teknologi Kajang, Semenyih. FOTO Amirudin Sahib

Kajang: Pengusaha kilang yang menjadikan bahu jalan di sekitar Kawasan Perindustrian Mega, Bandar Teknologi di sini sebagai tapak pembuangan sampah haram akan dikenakan tindakan lebih tegas.

Ahli Majlis Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ), Sangeetha Chandra Mohan berkata begitu susulan menerima banyak aduan daripada penduduk yang kurang selesa dengan lambakan sampah di kawasan mereka.

"Ada lebih kurang 10 tapak sampah haram di sekitar Bandar Teknologi di sini dan saya harap menerusi sidang media ini dapat kawal masalah ini kerana sudah berlarutan lama.

"Saya masih baru di sini dan dapat aduan dan bila buat pemeriksaan kami dapati memang teruk, bila berlaku begini (pembuangan sampah haram) akan merumitkan tugas KDEB Waste Management (KDEBWM).


"KDEBWM memerlukan jengkaut untuk bersihkan (tapak sampah haram) tetapi MPKJ juga tidak memiliki banyak jengkaut," katanya ketika ditemui di lokasi.

Menurutnya, masalah itu terjadi apabila pengusaha kilang dan pemilik perniagaan enggan menyewa tong sampah lalu mengambil jalan mudah dengan membuang sisa pepejal berkenaan di merata tempat.

Katanya, sampah di tapak-tapak haram itu merupakan sisa daripada kilang-kilang dan peniaga dipercayai dari kawasan berhampiran.

"Orang ramai perlu ada kesedaran, jangan buang sampah macam ini. Pada pendapat saya ada orang luar yang buang di sini tapi kebanyakan (sampah) dari kilang-kilang (di sini).

"Tengok sampah ini ada almari semua takkan orang luar yang buang, jadi kita minta kilang-kilang ini beri kerjasama," katanya.

Menurutnya, cadangan meletakkan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan itu adalah kurang efektif dan memerlukan modal yang banyak memandangkan keluasan lokasi itu.

Sangeetha berkata, beliau akan membawa isu ini kepada pihak MPKJ supaya tindakan pemantauan dan Penguatkuasaan lebih tegas diambil bagi membendung masalah itu daripada berleluasa.

"Saya akan usahakan satu perjumpaan dengan pengusaha kilang bersama KDEBWM dan MPKJ. Sesi dialog itu kita boleh tambah baikkan perkara ini.

"Banyak kilang di sini, jumlah keseluruhan saya tidak pasti namun saya difahamkan separuh daripada kilang tidak memiliki tong sampah sendiri," katanya.
https://www.hmetro.com.my/mutakh ... ah-di-merata-tempat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-12-2024 12:20 PM GMT+8 , Processed in 0.093494 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list