CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1505|Reply: 0

Aufahanie 'memberontak' gara-gara perpisahan ibu ayah

[Copy link]
Post time 5-5-2024 12:04 PM | Show all posts |Read mode
Menginjak dewasa, Aufahanie yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mengakui hidup lebih tenang. Foto IG Aufahanie





KUALA LUMPUR: Bagi gadis ini, meniti zaman remaja, tiada yang indah untuk dikenang gara-gara perpisahan kedua ibu bapa sejak dirinya bersekolah rendah.

Namun, bakat baru Aufahanie tidak secalitpun menaruh dendam terhadap kedua orang tua. Akuinya, bukan mudah hidup dalam keluarga berpecah belah, hingga dirinya lelah asyik berpindah randah.

Menginjak dewasa, Aufahanie yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor, mengakui hidup lebih tenang. Dia bersyukur perpisahan ibu bapa menjadikan dirinya lebih berdikari.

"Ummi dan ayah berpisah ketika saya berusia sembilan tahun. Sejak itu, saya tinggal bersama ayah di Shah Alam, ummi pula di Sabak Bernam.
Aufahanie yang menyertai musim kelima program realiti Big Stage, pernah melalui fasa hidup di mana dirinya menjadi pemberontak. Foto IG Aufahanie
Aufahanie yang menyertai musim kelima program realiti Big Stage, pernah melalui fasa hidup di mana dirinya menjadi pemberontak. Foto IG Aufahanie

"Saya dan adik bongsu ikut ayah sebab dia menanggung kami. Ummi pula tidak bekerja. Apabila adik masuk asrama, kebanyakan masa saya tinggal sendirian kerana ayah sibuk," katanya kepada BH Online.

Disebabkan sering berpindah randah termasuk menetap bersama abang yang sudah berkahwin, Aufahanie yang menyertai musim kelima program realiti Big Stage, pernah melalui fasa di mana dirinya menjadi pemberontak.

Namun, kongsi Aufahanie atau nama sebenar, Nur Aufahanie Mokhtar, dia lekas tersedar dan menjadikan al-Quran sebagai panduan hidup. Jika tidak, mungkin sudah lama dirinya hanyut.

"Saya penat dengan liku hidup yang terpaksa dilalui. Kesan daripada perpisahan ummi dan ayah, saya alami masalah kegelisahan dan tekanan teruk. Mujur saya cepat tersedar dan mula dekatkan diri dengan Tuhan pada usia 15 tahun.

"Ketika kawan-kawan di asrama nyenyak tidur, saya pergi ke surau untuk membaca tafsir al-Quran. Keputusan untuk tinggal bersama datuk dan nenek di kampung juga berjaya menyelamatkan saya daripada hanyut," katanya.

Biarpun diduga dengan kehidupan yang tidak seindah seperti remaja lainnya, Aufahanie mengaku apa yang berlaku ke atas ibu bapa membuatkan dirinya trauma menjalinkan hubungan serius dengan mana-mana lelaki.

Lantas, Aufahanie mahu memastikan kedudukan kewangannya kukuh sebelum mendirikan rumah tangga. Ini dianggap penting kerana jika sesuatu berlaku terhadap perkahwinannya, dia sudah ada perlindungan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:56 PM GMT+8 , Processed in 0.045478 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list