View: 14221|Reply: 173
|
Tak Pernah Periksa Telefon Bimbit & Kongkong Suami, Ekin Dedah Mawi Tiada Lesen Memandu
[Copy link]
|
|
Penyanyi dan penyampai radio, Asmawi Ani atau lebih mesra disapa sebagai Mawi memberitahu dia dan isteri meletakkan kejujuran sebagai kunci utama kebahagiaan dalam rumah tangga.
Hampir 16 tahun hidup bersama, juara musim ketiga Akademi Fantasia (AF3) ini mengakui dia dan Ekin tidak mempunyai apa-apa rahsia.
"Alhamdulillah, Allah beri kasih sayang yang kuat untuk kami. Saya bersyukur usia perkahwinan kami sudah mencecah 16 tahun. Sejujurnya, tiada apa-apa rahsia. Tetapi bagi saya, apa yang penting dalam sesebuah rumah tangga itu adalah kejujuran."
"Insya-Allah, jika pegang padanya, rumah tangga selamat."
Sebagai isteri, Ekin berkata, dia sentiasa reda setiap kali Mawi meninggalkan rumah untuk keluar mencari nafkah dan berdoa agar Allah mempermudahkan setiap langkah suaminya itu.
"Saya percaya kalau berlaku ketidakjujuran, lambat laun Tuhan beri petunjuk. Kami tidak ada rutin periksa telefon bimbit masing-masing. Kami saling percaya. Saya tidak suka kongkong suami atau bertanya dia hendak ke mana setiap kali bergerak."
Berbicara lebih lanjut, Ekin mengakui dia tidak pandai cemburu atau marah sekiranya Mawi hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita.
"Saya beruntung kerana suami diurus oleh bapa saudaranya sendiri. Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani bapa saudara saya."
"Saya juga tidak pandai cemburu atau marah kalau suami hendak berduet atau bekerjasama dengan artis wanita. Saya tahu dia buat semua itu kerana kerja."
Sumber: BH Online/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Mawi tak dak lesen tu zaman ina naim tu org dah tau..ina yg kulu kilir bawak dia gi odition |
|
|
|
|
|
|
|
Ingatkan mawi dah setel ambil lesen kereta, sbb lepas AF habis macam ada ternampak video tunjuk mawi try drive around ala2 practice. ingat2 lupa video tu, maybe i salah recall. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by Pak.dolla at 8-5-2024 01:40 PM
.
.
suami takpe kalau nak follow ig atau tiktok
pompuan lain....xperlu minta izin isteri...
tp isteri kalau nak follow ig atau tt lelaki lain kena minta izin suami dulu....kalau berdosa besat..ini ustaz yg bgtau.. |
|
|
|
|
|
|
|
tay22 replied at 8-5-2024 01:34 PM
Ingatkan mawi dah setel ambil lesen kereta, sbb lepas AF habis macam ada ternampak video tunjuk mawi ...
aku rasa aku pun pernah baca macam dia ada ambil nak lesen dulu2 rupanya auta ke..la dah bertahun hidup tak ambil lesen..sebaik la bukan jenis biawak kalo tak haruslah dicerca 7 keturunan..duit kepuk pun tak mampu ambil lesen.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kira ok la kan couple ni. Takde la cite buruk keluar sepanjang kawen.
Ekin pun takde la gila glam lepas kawen asik nk perhatian netizen je.
|
|
|
|
|
|
|
|
EWWWWWWW, aku geli dgn jantan yg tak reti bwk kereta. Sorry not sorry. Aku rasa mcm dia adalah seorang loser. Jgn kata lah, org kaya pun tak drive sbb ada driver tu semua.
Maksud aku, jantan yg taktau drive. Mcm... eek. Loser nya kamu |
|
|
|
|
|
|
|
Yelah, dulu ina yg byk jd driver dia. |
|
|
|
|
|
|
|
.
.
aku lupa nak tanya....lesen motor ada tak? |
|
|
|
|
|
|
|
I husnuzon dia ada driving anxiety , on the bright side dia terkeluar daripada bakalan termasuk statistic pemandu yg akan merbahayakan org lain di jalan raya. Or dah terlalu selesa tak perlu drive around, nak2 bapak saudara dia dah jadi designated driver and ended up malas nak ambik.
|
|
|
|
|
|
|
|
Zaman mawi dah berlalu.
Sape aje nk himpit dia |
|
|
|
|
|
|
|
hazami sonata musim salju tu pon takde lesen kete...
rare betul duduk malaysia takde lesen kete.. |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu bg alasan tak amik lesen sbb ramai nk kerumun kat sekolah tu kan?
Halah2 amik jelaa takde sapa dah nk tgk pun, lelaki penting kena amik lesen keta nih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Dia tak dak lesen je bukan tak leh memandu.. |
|
|
|
|
|
|
|
sleepandream replied at 8-5-2024 10:07 PM
hazami sonata musim salju tu pon takde lesen kete...
rare betul duduk malaysia takde lesen kete..
Ada lesen tp takut nak mandu tu biasa laa terutama pompuan atleast ada lesen gak
Tp bila tak amik langsung ni mmg pelik gak, chef wan pun takda lesen sbb takut memandu gak
Mujur la dorang ni kaya so leh suh org je yg drive |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 8-5-2024 09:51 PM
EWWWWWWW, aku geli dgn jantan yg tak reti bwk kereta. Sorry not sorry. Aku rasa mcm dia adalah seora ...
Kat tiktok masa topik pasal apa tah ramai bini2 org ngaku laki dorang tak reti memandu dan takda lesen.
Rupanya ramai lelaki taktau memandu, beza dgn pompuan ramai ada lesen walau tak berani sgt nak memandu.
Tp yg lelaki ni lesen pun takda dan mmg penah memandu.
Selalunya lesen takde pun tp tahu memandu cthnya si alip tulaa.
Kawan2 aku pun ramai juga gini, boleh bawak keta tp lesen tak amik2 lg.
Masa aku amik lesen dulu pun ramai je acik2 yg dah bawak keta bertahun2 tp baru nak amik.
|
|
|
|
|
|
|
|
"Saya beruntung kerana suami diurus oleh *bapa saudaranya sendiri*. Mawi tidak memandu dan tiada lesen memandu. Jadi, ke mana-mana sahaja suami pergi, dia ditemani *bapa saudara saya*."
Confuse iols.. bapak sedara sapa sebenarnya nih.. |
|
|
|
|
|
|
|
Turn off la lelaki takde lesen ni sebab kalau bini nak terberanak, nak call grab ke? Unless you mmg ada driver 24/7 duduk tercongok tunggu you tak pergi mana |
|
|
|
|
|
|
|
tay22 replied at 8-5-2024 09:34 PM
Ingatkan mawi dah setel ambil lesen kereta, sbb lepas AF habis macam ada ternampak video tunjuk mawi ...
iols ada nampak gak. tak lulus kot. bahahahaha |
|
|
|
|
|
|
|
rosevelvet replied at 8-5-2024 09:56 PM
Yelah, dulu ina yg byk jd driver dia.
ina dah berkereta baru. mawi masih xde lesen |
|
|
|
|
|
|
| |
|