CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5850|Reply: 0

[Selangor] Sistem dalam talian KWSP alami gangguan sementara

[Copy link]
Post time 11-5-2024 03:52 PM | Show all posts |Read mode

Gambar hiasan

PETALING JAYA – Keterujaan pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mengakses simpanan dalam Akaun Fleksibel atau Akaun 3 terbantut seketika apabila sistem itu mengalami gangguan sementara.

KWSP melalui laman web rasminya memaklumkan, capaian sistem dalam talian mereka mengalami gangguan sementara bermula 10 dan 11 Mei disebabkan oleh kerja-kerja penyelenggaraan dan dijangka pulih semula pada Ahad, 12 Mei.

Sehubungan dengan itu, orang ramai diminta supaya menunggu pengumuman terbaharu daripada KWSP melalui saluran komunikasi rasminya.

Terdahulu Kosmo! melaporkan pelaksanaan penstrukturan semula akaun ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun melibatkan Akaun Fleksibel atau Akaun 3 akan bermula hari ini.

Menurut laman web KWSP, simpanan dalam Akaun Fleksibel atau Akaun 3 boleh dikeluarkan oleh ahli KWSP pada bila-bila masa mengikut keperluan tertakluk kepada terma dan syarat.

“Caruman baharu yang diterima selepas tarikh kuat kuasa (esok) akan dikreditkan ke dalam akaun mengikut nisbah 75:15:10 iaitu Akaun Persaraan (75 peratus), Akaun Sejahtera (15 peratus) dan Akaun Fleksibel (10 peratus).

“Pada masa ini, penstrukturan semula akaun KWSP tidak mengubah polisi semasa penentuan kadar dividen. Kadar dividen yang sama akan terpakai ke atas ketiga-tiga akaun,” kata KWSP.

Jelas KWSP, penentuan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel adalah tertakluk kepada baki simpanan dalam Akaun Sejahtera ahli pada tarikh permohonan pilihan amaun permulaan.

Kata KWSP, ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel melalui KWSP i-Akaun atau Self-Service Terminal (SST) di mana-mana pejabat KWSP.

“Ahli boleh membuat pilihan pindahan amaun permulaan bermula 12 Mei sehingga 31 Ogos 2024. Pilihan ini hanya boleh dibuat sekali sahaja pada bila-bila masa sepanjang tempoh tersebut dan tidak boleh dibatalkan.

“Sekiranya ahli tidak memilih untuk membuat pindahan amaun permulaan, baki sedia ada dalam Akaun Persaraan dan Akaun Sejahtera akan kekal.

“Manakala, caruman baharu mulai 11 Mei 2024 akan dikreditkan ke Akaun Persaraan, Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel. Pilihan pindahan amaun permulaan akan diluluskan dalam tempoh tiga hingga lima hari bekerja,” katanya. – KOSMO! ONLINE
https://www.kosmo.com.my/2024/05 ... gangguan-sementara/
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-9-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.031038 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list