View: 3629|Reply: 17
|
‘Buat Sesuatu Itu Dengan Betul Beserta Ilmu’ – Hazeman Huzir Tegur ‘Terpaling’ Netizen
[Copy link]
|
|
Pengacara dan pempengaruh, Hazeman Huzir tampil memberikan ulasannya mengenai gerakan #Blockout2024 yang sedang giat dilakukan wargamaya di Malaysia.
Menurut Huzir, dia sangat menyokong gerakan tersebut dilakukan namun menganggap segelintir wargamaya sudah menyalah tafsir sebab sebenar gerakan tersebut dilakukan.
Menerusi hantaran tersebut, Hazeman tampil menjelaskan tujuan asal gerakan adalah untuk menghalang akaun-akaun yang didakwa terlibat dengan sokongan kepada pihak Zionis ini daripada mendapat ‘engagement’ yang tinggi.
Menurut Hazeman, tindakan segelintir wargamaya yang meninggalkan kata kecaman terhadap akaun yang dimaksudkan hanya akan menambah lagi ‘engagement’.
"Kita buat block out ini adalah untuk mengelakkan brand-brand (yang menyokong Zionis) terus mendapat ‘algorithm’ serta engagement yang tinggi."
"Cumanya, kenapa korang (netizen) pergi masuk ke Instagram (IG) dan akaun TikTok seseorang itu dan mencaci-maki mereka?"
"Bila kau engage dan berinteraksi sebegitu, itu hanya akan menambahkan lagi engagement. Dia dah ‘defeat the purpose’ dah ini."
"Kalau korang nak buat macam itu, jangan gunakan #Blockout24 sebagai premis sebab tindakan korang itu bukan ‘block out’."
"Kau block dan blah, tak perlu nak tinggalkan komen caci-maki, ugut bunuh dan sebagainya."
Dalam pada itu, Hazeman menasihati agar wargamaya membuat ‘research’ terlebih dahulu sebelum meninggalkan kata-kata cacian kepada mana-mana artis dan pempengaruh yang tidak berkenaan.
"Maaf cakaplah ya. Pempengaruh Cina seperti Ceddy yang selalu cakap pasal Islam, selalu pertahankan isu di Palestin pun kena block juga."
"Sekurang-kurangnya boleh tak kita ini buat ‘research’ dulu sebelum ambil apa-apa tindakan."
"Ini tidak, asalkan seseorang itu promosi barang yang ada nama ‘orang putih’ sikit, korang dah kata barang tu barang support zionis."
"Jangan disebabkan tindakan kita, ia menjadi fitnah kepada gerakan ini dan jangan disebabkan kita, semakin berkurang orang yang ‘support’ Gaza."
"Jangan jadi pengkhianat. Buat sesuatu itu dengan betul berserta dengan ilmu."
Hantaran tersebut telah meraih perhatian dan rata-rata netizen bersetuju dengan pandangan yang diberikan Hazeman.
Sumber: TikTok Hazeman Huzir/OhBulan |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni..walaupun vibe pakcik bawang tu kuat, tp aku respek dia ni...aku suka tgk resepi2 dia. Sesuai utk aku yg mls nk msk ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Dia masa zaman blondie dia kat motif viral dl pun, aku tetap suka lontaran pendapat dia
Pendapat dia bernas, berisi & bijak |
|
|
|
|
|
|
|
Dia ni pun terpaling juga sebelum ni cakap orang murtad pasal tak boikot kan? |
|
|
|
|
|
|
|
Aku suka je Haze ni. Bila bukak mulut, nmpk la org yg educated. Bkn setakat pondringga yg mekak, tapi otak penuh taik. English dia not only good, tapi knowledge Dia pun bagus. So meols #teamHaze |
|
|
|
|
|
|
|
muka dia macam kail sapik |
|
|
|
|
|
|
|
memang ada ke netizen block dan maki? bukan lepas dah block, takleh akses dah ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Betul dia cakap.
Aku mmg dah pikir mcm apa dia cakap. Block terus out dah. Org2 bijak mcm dia dan aku je boleh pikir benda2 mcm ni. Maka jadilah org bijak. Pas ko block dah tayah nak search2 balik retis tu |
|
|
|
|
|
|
|
retis sokong zionis ke
prangai haprak ke
mnyundal ke
curang ke
blokout je habis2an
dan ignore
br tau lngit tinggi rendah
org xpnddang prangai2 redflag hakphtuihhh ni semua!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Akak suka budak jerebu ni share resepi2 malas dia tu kat ig |
|
|
|
|
|
|
|
apa ilmu kau sibuk nak nasihat orang??? |
|
|
|
|
|
|
|
Carcosa replied at 18-5-2024 10:53 AM
Aku suka je Haze ni. Bila bukak mulut, nmpk la org yg educated. Bkn setakat pondringga yg mekak, tap ...
Dak2 UIA ni dulu. Course English & Literature … tgok gaya mcm budak Human Science gitu je noh. |
|
|
|
|
|
|
|
Teringat dia jemput diva AA kat motif viral tanya soklan direct setepek.
Haze ni dulu i rajin tgk youtube dia. Pas tu start dia collaborate dgn sorang minah ni cite mistik, terus i tak follow. Scary mary.
Suka dia sbb penerangan dia jelas. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok la bapak dia siapa uols. Antara pengacara yg bijak & bernas. Tapi iols pun dah unfollow dia ni, nampak makin gayah nau skrg, kata dah insaf.
Carcosa: Aku suka je Haze ni. Bila bukak mulut, nmpk la org yg educated. Bkn setakat pondringga yg mekak, tapi otak penuh taik. English dia not only good, tapi ...
|
|
|
|
|
|
|
|
nazzse replied at 20-5-2024 12:29 PM
Tengok la bapak dia siapa uols. Antara pengacara yg bijak & bernas. Tapi iols pun dah unfollow dia n ...
Hah tulah chuols. Masa Motif Viral lagi meols dah gugel psl Haze ni, siapa apak dia. Ter impressed jgk la, and tgk cara dia berckp. Walaupun nmpk Kegayathri Pillai dia, tapi meols still suka dia, sbb dia berilmu. Dia nmpk bijak bila berbincang psl certain2 issue. |
|
|
|
|
|
|
|
kembarsiti replied at 20-5-2024 12:27 AM
Dak2 UIA ni dulu. Course English & Literature … tgok gaya mcm budak Human Science gitu je noh.
Bagus2 product UIA ni. Meols suka la si Haze ni.
Pasal kelempokan dia, meols malas nak ambik port. |
|
|
|
|
|
|
| |
|